Saturday 8 August 2015

Shaklee Testimoni Terkini 2015






Start amik Gentle Deep Foaming Cleanser Nutriwhite & Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15 Nutriwhite hujung bln 6/2015.

Kulit lebih halus, liang-liang pori mengecil, memudarkan kesan jerawat dan jeragat, kulit kurang berminyak, tona kulit lebih sekata.

Baru konsisten ambil Garlic Complex, Ostematrix, GLA Complex Lecithin, Vita-C, Chinch untuk kesihatan kulit, pengurusan berat badan dan kesihatan dalaman wanita dalam masa sebulan setengah.

Terbaru! Beli seluar jeans dengan saiz 27. Sebelum ni paling gemuk saiz 32.
Rasa happy sebab dapat rasa perubahan bila kita menjaga kesihatan luar dan dalam. Tampil berkeyakinan.

Nak order juga?
Meh pm|sms|whatsapp sy:

Haliza Kamis 017-6396124
Kamarul Rahmat 017-3368777

Pengedar Shaklee PRO Anda
SID 894712

Sunday 26 April 2015

Manfaat Garlic Complex Yang Korang Wajib Tahu


Antara supplement yang perlu ditambah di dalam rutin seharian ialah Garlic Complex. Sebab apa saya katakan begitu? Yes!!! Kerana faktor umur kita yang sentiasa meningkat dan kita perlukan penjagaan yang lebih rapi.





Bagi mereka yang mempunyai masalah JERAWAT yang kronik, Garlic Complex ini juga merupakan supplement yang terbaik untuk anda consume bagi merawat masalah jerawat tersebut.



Antara MANFAAT lain Garlic Complex ialah:

  • Membantu menjadikan sistem penghadaman lebih effective
  • Merupakan antibiotik semula jadi
  • Membantu mengatasi masalah allergic
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Membantu menurunkan paras kolesterol
  • Membantu mencegah KANSER

Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan bronkitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus).

Bagi yang mempunyai masalah Diabetes, Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan merangsang hati untuk mengawal gula dalam darah.



Garlic juga didapati mampu melawan bakteria dan semua jenis jangkitan pada:
  • Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
  • Perut Memulas (stomach upset)
  • Cirit-Birit (diarrhea)
  • Bronkitis
  • Luka-luka (infected wound)
  • Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada, sistem air kencing dan sebagainya.



Sebarang Pertanyaan dan Pembelian, Hubungi:
Haliza Binti Kamis

Telefon/SMS/Whatsapp: 017-6396124
Email saya: ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA




Sumber:
Nornadia Mansor

Monday 20 April 2015

Lagi Testimoni Pengguna Vivix ~ Strok, Awet Muda

Assalamualaikum dan selamat malam.

Niari saya nak share kebaikan Vivix Shaklee.



1) Cuba anda bayangkan wajah Emma Maembong. Begitu cantik kulitnya. Sentiasa aktif. Nak tau rahsianya? Tak lain dan tak bukan adalah Vivix. Sirap ajaib yang sangat sedap. Perasa anggur muscadine. Anggur yang saiznye sebesar  bola golf. Bayangkan khasiat yang ada di dalam anggur tersebut. Saya perhatikan ig emma maembong sendiri jumlah like adalah sebanyak10,866 like pada bulan lepas sahaja. Yang terkini, saya tidak pasti pula. Betapa hebat kesan Vivix sampai follower emma maembong dah banyak.


2) Testimoni pesakit strok yang melalui physio. Hariw susah nak menelan. Tetapi selepas penggunaan 1 botol Vivix, ternyata keadaan kesihatan pesakit tersebut bertambah baik.
Sesungguhnya, kita hanya berusaha selebihnya Allah punya kuasa. Tidak salah kalau kita mencuba ubat-ubatan alternatif selain daripada ubat hospital.






Sebarang pertanyaan dan pembelian, boleh hubungi:


Haliza Kamis / Kamarul Rahmat
017-6396124 / 017-3368777
Pengedar Shaklee Anda
SID 894712
www.myvitaminstore.blogspot.com

Thursday 16 April 2015

Promo Shaklee April 2015





Promo April 2015
Buy 4 at 3 Promotion
~ DTX Complex
~ Chewable Vitalea For Children
~ Chinch Shake Chocolate
~ Chinch Shake Caffe Latte



DTX Complex

- Digunakan secara tradisional untuk tonik hati.
- Formula herba unik dengan antioksidan.
- Mengekalkan sel² hati yang sihat.
- Membantu memelihara aliran hempedu.
- Membantu merangsang pembentukan dan memelihara sel² hati.
- Mengeluarkan sisa sebatian toksin dari badan



Chewable Vitalea For Children

- Membekalkan 19 vitamin dan mineral penting untuk kanak².
- Sumber kalsium bagi menyokong tulang yang kuat.
- Bekalan harian untuk Vitamin B.
- Baik untuk kesihatan dan tumbesaran.



Chinch Shake

* Chocolate
* Caffe Latte


- Cara yang berkhasiat untuk membantu dalam mengekalkan otot perlu.
- Memberikan anda rasa puas semasa menurunkan berat badan.
- Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa mengurangkan berat badan.
- Kaya dengan serat yang tinggi dan protein.
- Membuat anda rasa kenyang.
- Minuman pengurusan berat badan yang berkesan.




Hubungi saya untuk pembelian dan pertanyaan:

Haliza binti Kamis
017-6396124
Pengedar Shaklee Anda
SID 894712

Sunday 12 April 2015

Vita-Lea For Children

Assalamualaikum semua.

Hari ni saya nak bercerita serba sedikit berkenaan vitamin kegemaran anak saya. Tak lain dan tak bukan ialah Chewable Vita-Lea untuk kanak-kanak. Rasanya yang sedap macam anggur ribena sehingga anak-anak saya nak makan  lebih dari 2 biji... Hehehehe... Tapi tak bolehlah nak bagi lebih dari dos yang ditetapkan :) Anak-anak saya makan dengan cara kunyah sahaja.

Yang saya perasan, kalau waktu sesema ngan batuk, cepat sangat redanya. Kahak senang betul keluar.  batuk-batuk, terus keluar kahak. paling lama 2 hari je. Pastu lega. 

Sayalah yang paling risau sebenarnya kalau mereka sakit. Almaklumlah, sepanjang hari tinggal di 'nursery'. Senang sangat berjangkit. Alhamdulillah sejak dipertemukan dengan Shaklee, anak-anak saya jarang jatuh sakit. Berusaha memperbaiki tahap kesihatan anak-anak. Kalau dah sakit, Subhanallah... Susah nak baik..


okeylah, jom baca tentang Vita-Lea ni pulak:


  • Dipenuhi dengan khasiat kebaikan, Vita-Lea® for Children Chewable Shaklee disediakan dalam bentuk mudah untuk kanak-kanak menikmatinya. Ia dilengkapi dengan 19 nutrien penting serta menyediakan 100% nilai harian vitamin C. Kini diperkaya dengan vitamin D-600IU bagi setiap hidangan, dengan 150% nilai harian! 


  • Turut diperkaya dengan kalsium dan magnesium bagi memberi sokongan dan menguatkan tulang serta badan yang sihat. Ditambah dengan khasiat buah oren, anggur dan campuran perisa beri, Vita-Lea® bagi kanak-kanak pasti menyeronokkan. Hanya dua tablet sehari dan mereka bermain sepuasnya!






Fakta ringkas mengenai Vita-Lea® for Children Chewable Shaklee:
  • Mengandungi 19 nutrien penting untuk perkembangan sihat kanak-kanak.
  • Menyediakan 150% nilai harian vitamin D untuk kesihatan tulang dan gigi.
  • Memberi 100% nilai harian vitamin C.
  • Vitamin B yang menyokong fungsi sebenar proses badan manusia.
  • Berasaskan phytonutrien semulajadi.
  • Manisan semulajadi dengan Xylitol, tidak menggalakkan kaviti.
  • Kaya dengan sumber nutrien antioksidan.
  • Diperkaya dengan buah oren, anggur dan campuran perisa beri.



Untuk pembelian @ pertanyaan, sila hubungi:

Haliza Kamis / Kamarul Rahmat
017-6396124 / 017-3368777
Pengedar Shaklee Anda
SID 894712

Friday 3 April 2015

Promo Shaklee April 2015



GLA Complex dan Lecithin
~ Buy 6 free 1
~ Buy 2 get 5% discount


GLA Complex
-----------------------
- Melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala
- Mengatur kitaran haid
- Melegakan tanda² putusnya haid
- Menyokong sistem imun
- Menstabilkan hormon dan menurunkan paras kolesterol
- Minyak boroge yang mengandungi GLA semulajadi yang sangat pekat dalam bentuk yang mudah diserap


Lecithin
---------------
- Sumber utama kolina, komponen asetilkolina neurotransmitter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak & sistem saraf
- Meningkatkan kesihatan hati, sistem kardiovaskular dan pembiakan
- Pengemulsi lemak semulajadi
- Membantu mengurangkan berat badan




Hubungi saya untuk pertanyaan dan pembelian:
Haliza Kamis
haliza Kamis
Haliza Kamis
017-6396124
Pengedar Shaklee Anda
www.myvitaminstore.blogspot.com

Tuesday 24 February 2015

Review Get Clean Basic H ~ Produk Pencuci Serbaguna

Assalamualaikum wbt.

Hari ni saya nak share video pertama saya berkaitan Get Clean Basic H iaitu salah satu produk kegemaran saya. Sebenarnya saya telah diminta oleh Mak Shaklee saya a.k.a Upline saya untuk bagi talk tentang product sharing - satu slot diwaktu petang. Saya buat sharing ni masa Class 4: South Region SUPERCOMEBACK pada 24 Januari 2015 di MMU, Melaka.

Sejujurnya, saya segan nak share sebab saya berasa agak kekok bila tau adanya rakaman yang akan dibuat. Tapi, saya jadi agak seronok bila dapat menceritakan tentang kebaikan Basic H ni kepada Team Supermom SUPERCOMEBACK.

Saya berharap sangat apa yang saya share ni memberi manfaat kepada semua.
Selamat menonton.

p/s: Sekiranya terdapat kekurangan yang dapat saya perbaiki dimasa akan datang, harap rakan-rakan semua dapat memberikan komen dan tunjuk ajar.



Monday 9 February 2015

Tip 10 Cara Memilih Bedak Asas




Tidak semua wanita memiliki kulit yang mulus dan gebu. Lantaran, teknik solekan sangat penting untuk menutup cela dan segala kekurangan pada wajah.

Rahsia kulit wajah yang mulus dan sekata terletak kepada bedak asas. Bedak asas yang tepat akan menyempurnakan solekan seterusnya menyerlahkan kecantikan semulajadi. Jom kenali jenis bedak asas dan cara tepat memilih produk ini.

CECAIR

Kebanyakan wanita memilih jenis cecair kerana ia mudah digunakan dan memberi kesan semula jadi kepada kulit. Terdapat dua jenis bedak asas cecair iaitu berasaskan air dan minyak. Bedak asas jenis ini sesuai untuk semua jenis kulit.

KRIM

Bedak asas krim menutup cela pada wajah dengan lebih baik dan juga mudah digunakan. Didatangkan dalam dua kategori iaitu padat dan batang, bedak asas jenis ini amat sesuai untuk solekan fotografi, litupannya lebih sempurna dan membuatkan kulit wajah tampak licin malah solekan lebih lama.

DUA DALAM SATU

Bagi anda yang mahu menjimatklan masa dan wang, bedak asas dua dalam satu adalah pilihan yang tepat. Bedak asas ini mudah diaplikasikan dan menutup kekurangan pada wajah dengan baik. Ia sering menjadi pilihan pelajar dan wanita  bekerjaya yang mahu menjimatkan masa bersolek.


Saya memilih bedak asas berasaskan cecair sebab mudah diaplikasikan kepada kulit saya. Tetapi, saya jarang-jarang memakai bedak asas. Saya hanya memakainya jika menghadiri majlis formal anjuran jabatan ataupun menghadiri majlis perkahwinan sahaja. Maklumlah... Bila dah ada 2 orang anak kecil, tak sempat nak bersolek....   :)

Tanpa membuang masa, jom baca dengan lebih lanjut berkenaan:

10 CARA MEMILIH BEDAK ASAS.

1. Pilih warna bedak asas yang hampir atau sesuai dengan warna ton kulit anda. Untuk mengetahui sama ada ia sesuai atau tidak, sapukan pada kulit anda. Jika ia tidak kelihatan pada kulit, ertinya anda memilih warna yang betul. 

2. Jangan memilih bedak asas yang terlalu cerah kerana akan membuatkan anda kelihatan seperti patung dan solekan tidak tampak semula jadi.

3. Ketika memilih bedak asas, sapukan pada kulit wajah bukannya kulit tangan. Kulit wajah berbeza dengan kulit wajah.

4. Untuk sapuan yang sempurna, gunakan span atau hujung jari.

5. Jika anda berkulit kering, campurkan bedak asas dengan sedikit pelembap dan gaul  sebati sebelum menyapu pada wajah.

6. Ada yang memakai bedak asas berlebihan kononnya untuk menutup cela pada wajah dengan lebih baik. Cara ini salah sama sekali dan hasilnya solekan tampak tidak natural.

7. Sekiranya bedak asas tidak sekata, ratakan dan kemaskan dengan menggunakan hujung jari atau span.

8. Anda juga boleh menggunakan berus untuk menyapu bedak asas pada wajah.

9. Pilih berus yang diperbuat daripada bahan sintetik agar tidak menyerap bedak. Gunakan berus yang nipis di bahagian hujung agar bedak asas mudah disapu pada wajah.

10. Sapukan bedak secara gerakan sehala agar sapuan lebih rata dan licin. Sapuan bedak dilakukan mengikut liang roma. Jangan melawan liang roma kerana ia membuatkan pori-pori tersumbat dan bedak menjadi tidak sekata.


Harapan saya agar tip ini dapat membantu rakan-rakan dalam membuat keputusan membeli bedak asas yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Kalau tak, rugi je.. Beli mahal-mahal tapi pakai bercapuk-capuk sebab warna yang tak kena dengan kulit...

Good Luck!!!!





Ihsan: Mingguan Wanita

Monday 2 February 2015

Vita-Lea For Children | Multivitamin Terbaik Untuk Kanak-Kanak

 


Shaklee telah memperkenalkan multivitamin pertama khusus buat anak-anak anda. Kalau korang nak tahu dah lama Vita-Lea for children ni menghilangkan diri. Bukan apa, Shaklee dah buat improvement formula kat vitamin tu... 

Sekarang, Vita-Lea for children sudah kembali dengan formula yang lebih lengkap dan terbaik buat anak-anak kita. 
 
 
 
 
Kenapa harga Vita-Lea sekarang makin mahal? Okay ini jawapannya yang lengkap dan munasabah... Bukan Shaklee suka-suka naikkan harga tau...
 
 
"The new Vita-Lea® for Children is an improved formulation with 14 higher levels of vitamins and minerals. Shaklee is committed to ensuring all our products are ALWAYS SAFE. ALWAYS WORK. ALWAYS GREEN.

Even though the bottle price is high, however, it is recommended to consume
1-2 tablets a day instead of 2 tablets a day, which effectively brings the per serving cost to only RM1.48 per serving compare to old formulation’s RM1.20, which is an increase of only about 20%.




Rugilah kiranya ibu-ibu di luar sana jika tidak mengambil peluang untuk memborong Vitalea Untuk Kanak-Kanak ini ketika waktu Promosi (Buy 3 Free 1, Promo Februari 2015).




Sebarang Pertanyaan dan Pembelian, Hubungi:

Haliza Binti Kamis
Telefon/SMS/Whatsapp: 017-6396124
Email saya: ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Tuesday 6 January 2015

Rak Pinggan Mangkuk IKEA Seperti Baru

Assalamualaikum wbt.

Nak cerita sikit ni.. Kelmarin, saya mengemas dapur. Memang sangat teruja la jugak. Rasanya dah hampir 2 minggu saya basuh rak tu. Tapi saya basuh bahagian atas je la sebab tak sempat nak cuci yang bahagian bawah tu.

Nak dijadikan cerita, sekali saya kalih belakang rak tu.. MasyaAllah... Kotornya.. Geli pon ada. Nasib ada penyelamat saya. Kejap je dah bersih. Dah macam baru pula rak pinggan mangkuk IKEA saya ni. Tak payah nak nyental kuat-kuat..

Dengan bantuan pencuci serbaguna BASIC H saya, Alhamdulillah... Seperti baru. Rasailah sendiri, baru tau...


TESTIMONI SENDIRI 

 

 
Kesan degil hilang selepas dicuci dengan Basic H



Kotoran dicelah-celah pun hilang



Testimoni yang lain berkaitan Basic H ~ Kuali Bersih Tanpa Kesan Degil




Sebarang Pertanyaan dan Pembelian, Hubungi:


Haliza Binti Kamis
Telefon/SMS/Whatsapp: 017-6396124
Email saya: ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Monday 5 January 2015

Resepi Sotong Udang Masak Paprik

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak share dengan kawan-kawan semua dengan Resepi Sotong Udang Masak Paprik yang simple tetapi lazat. Ramuannya tidaklah susah mana. Senang je.




Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 3 ekor sotong
  • 10 ekor udang
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap pekat
  • 2 batang kacang panjang - dipotong 1 inci
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang lobak merah - dihiris memanjang
  • garam dan serbuk perasa
  • 2 sudu minyak masak

 

Cara-cara

  1. Rebus sotong dan udang separuh masak - air rebusan jangan dibuang.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, serai, daun limau purut sehingga naik bau wangi.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap pekat, kacau sehingga sos tersebut menjadi pekat.
  4. Masukkan air rebusan tadi, kacang panjang, dan lobak. Setelah lobak nampak separuh masak, masukkan pula sotong dan udang tadi. 
  5. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!!


# Resepi En Suami... 

Saturday 3 January 2015

Promosi Januari 2015 : Vivix, Alfalfa & Vitalea For Children


Assalamualaikum dan Hai!!
Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat tahun baru 2015.

Bulan ini merupakan bulan yang sangat istimewa kerana Shaklee buat promosi 3 produk kesihatan secara serentak. Produk yang ditawarkan oleh Shaklee sempena Promosi Januari 2015 ialah Vivix, Alfalfa Complex dan Vitalea For Children.






Promosi Vivix Januari 2015

Vivix Beli 6 Percuma 1

Vivix Twin Pack


Antara produk kesukaan emak saya ialah Vivix. Produk ini banyak khasiat dan manfaatnya. Mak saya suka kerana rasanya yang manis masam buah. Lepas tu, tak perlu nak bancuh-bancuh. Hanya minum sesudu kfc je setiap hari untuk kesihatan berpanjangan.

Kalau nak tau lebih lanjut tentang Vivix, boleh klik di Sini dan di Sini

Sangatlah beruntung kalau membeli Vivix di waktu promosi kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding pada waktu biasa. Jangan lepaskan peluang untuk merasainya sendiri dan WAJIB buat stok selama setahun. Rugi kalau tak GRAB Vivix ni.




Promosi Alfalfa 2015

Alfalfa Beli 6 Percuma 1

Alfalfa Twin Pack


Alfalfa dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan. Sebab apa saya gelarkannya begitu? Nak tahu sebab-sebabnya? Meh saya bagitau serba-sedikit tentang kehebatan Alfalfa. Ianya merupakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian. Sangat hebat untuk membantu:


  1. Ibu Menyusu yang ingin Memperbanyakkan Susu Ibu
  2. Individu yang nak kuruskan badan
  3. Individu yang mengalami masalah sembelit
  4. Individu yang Gout
  5. Individu yang Asthma
  6. Individu yang Allergik
  7. Wanita yang mengalami masalah keputihan
  8. Dan macam-macam lagi kelebihan yang ada pada Alfalfa ni.
Nak tau lebih lanjut tentang Alfalfa, boleh klik di Sini

Sangat rugilah kalau anda tak membeli Alfalfa ni. Saya suka alfalfa sebab saya boleh kuruskan badan dan membantu masalah keputihan saya.




Promosi Vitalea For Children

Beli 3 Percuma 1


Vitalea For Children ni dah lama tak ada di pasaran Malaysia. Hampir 2 tahun lamanya. Sebab-sebab Shaklee menghentikan penjualan Vitalea For Children ni sebab Shaklee nak upgradekan kandungan khasiatnya.Kemunculan Vitalea For Kid ni memang ditunggu-tunggu oleh semua ibu-ibu. Ianya merupakan multivitamin yang boleh dikunyah dan mempunyai rasanya yang sedap selain membantu tumbesaran anak-anak.

Jom belikan Vitalea For Kid untuk anak-anak anda.


Jangan lepaskan peluang untuk membeli vitamin Shaklee ketika Promosi. 




Sebarang Pertanyaan dan Pembelian:
Call / SMS / WA :  017-6396124
Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Friday 2 January 2015

ALKOHOL & KESAN KEPADA MANUSIA

Minuman beralkohol adalah minuman yang mengandungi alkohol (ethanol). Ia juga dikenali sebagai arak atau minuman keras.




 Jenis-Jenis Minuman Beralkohol

 1. Minuman beralkohol dalam pasaran

i)   Liquor (vodka, whisky)
ii)  Bir (shandy, beer dan stout)


2. Minuman alkohol yang disediakan secara tradisional

i)   Tuak,
ii)  Todi,
iii) Air tapai



TAHUKAH ANDA!!


Alkohol tergolong dalam kumpulan dadah penindas(depressant) yang menindas dan mengganggu sistem saraf dengan melambatkan fungsi/gerakbalas badan.

Dalam jumlah yang tinggi, alkohol boleh menyebabkan rasa mengantuk, mabuk, pengsan dan kematian.

Di bawah Akta Makanan 1983, minuman beralkohol tidak boleh di jual kepada mereka yang berumur kurang dari 18 tahun.




KETAHUI KESAN ALKOHOL KEPADA ANDA



KEMABUKAN

(Kesan Jangka Pendek)
  • Kecederaan
  • Kemalangan
  • Pergaduhan
  • Mencederakan Orang Sekeliling

KEBERGANTUNGAN

(Kesan Jangka Panjang)
  • Masalah Kesihatan Mental
  • Hilang Tumpuan Pekerjaan
  • Masalah Sosial & Ekonomi
  • Kemurungan

TOKSIK KEPADA ANGGOTA BADAN

(Kesan Jangka Panjang)
  •  Sirosis Hati
  • Kanser Mulut, Tekak dan Esofagus
  • Kerosakan Otak
  • Pankreas
  • Kecacatan bayi (wanita mengandung yang mengambil alkohol)


ALKOHOL MEMUDARATKAN KESIHATAN


Alkohol yang diminum diserap di bahagian usus kecil dan perut. Penyerapan ini berlaku dengan pantas dan boleh dikesan kehadirannya di dalam darah dalam tempoh 5 minit selepas meminum minuman tersebut.

Selepas proses penyerapan berlaku, alkohol akan tersebar ke seluruh tubuh dan mula memberi kesan terhadap setiap sistem tubuh terutamanya sistem saraf, sistem penghadaman, sistem peredaran darah, sistem endokrin dan otot-otot badan.



PENGAMBILAN MINUMAN BERALKOHOL DI KALANGAN REMAJA


Sekiranya remaja mengambil alkohol:
  • Terdedah kepada kemalangan dan kecederaan akibat mabuk
  • Meningkatkan risiko gangguan seksual
  • Merencatkan dan merosakkan perkembangan otak
  • Terdedah kepada penyalahgunaan dadah
  • Meningkatkan risiko kepada masalah sosial yang lain seperti ponteng sekolah dan pergaduhan
  • Mendedahkan kepada tingkah laku berisiko untuk penyakit kelamin, jangkitan HIV dan aktiviti seks rambang
  • Membahayakan rakan mereka yang tidak mengmbil alkohol dengan perlakuan mereka ketika mabuk

INGATLAH!


Pencegahan pengambilan minuman beralkohol memerlukan penglibatan semua pihak. Semua individu harus memainkan peranan mereka dengan:
  • Menggerakkan masyarakat membantu remaja menghindari alkohol
  • Membangunkan dan menyokong persekitaran yang boleh membantu remaja menghindari alkohol
  • Ibubapa harus berusaha mengekalkan keharmonian rumahtangga dan keluarga supaya remaja rasa dihargai dan disayangi maka mereka tidak mencari hiburan diluar rumah
  • Remaja harus memahami tentang kemudaratan minuman beralkohol




Sumber: Kementerian Kesihatan malaysia

10 Sebab Saya Suka Basic H

 

Saya suka Basic H.

Saya Suka Basic H.

Saya Suka Basic H.

Kenapa saya begitu menyukai Basic H??





Berikut adalah 10 sebab saya jatuh CINTA dengan BASIC H!  


1. UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA RUMAH YANG BERTOKSIK.

Sesetengan bahan yang kerap digunakan dalam produk di setiap rumah adalah berunsurkan ammonia, peluntur klorin, phenol, butyl cellosolve dan formaldehid — yang mana kesemuanya boleh di dapati di bawah sinki dapur anda. Manakala Basic H adalah bukan toksik dan selamat untuk digunakan oleh seisi keluarga anda. 

2. PEMBERSIH SERBAGUNA

Basic H membersih semuanya dari dapur, bilik mandi, peralatan, kerja-kerja kayu, cermin, lukisan dinding dan lantai. Walaupun ianya adalah kaca. Jadi, ianya adalah pembersih 2 dalam 1 iaitu pembersih sinki dan jubin. Campurkan ¼ sudu teh Basic H2 ke dalam botol Get Clean Spay 16 oz bagi mendapatkan kesan bersih untuk pelbagai tempat.

3. SINGKIR PEMBERSIH TINGKAP BERASASKAN AMONIA

Basic H membersihkan tingkap sama dan setanding jenama terkemuka yang lain. Malah, jeriji tingkap juga bersih dan kelihatan seperti baru. Kandungan di dalam Basic H juga bebas amonia. Masukkan 2 titis Basic H2 ke dalam 16 oz air untuk membersihkan tingkap.

4. MENGHILANGKAN KESAN YANG HAMPIR MUSTAHIL


Menjadi igauan ngeri untuk menghilangkan kesan gincu pada kain dan kesan warna krayon di dinding. Namun dengan kekuatan Basic H, ia mampu membuat anda tersenyum puas kerana Basic H adalah penyelamat anda.


5. MENGHILANGKAN KESAN GRIS DENGAN MUDAH


Adalah amat sukar untuk menghilangkan kesan gril di tempat barbeku yang berminyak, ketuhar, malah adalah mustahil untuk membersihkan minyak jika terpercik di dinding konkrit. Caranya mudah, anya campurkan 2 oz Basic H dengan segelen air untuk menghilangkan kesan berminyak.


6. MENANGGALKAN KESAN CAT YANG DEGIL

Masukkan 1 sudu Basic H ke dalam baldi air panas untuk mengupas 'wall paper' lama anda. 1 1/2 sudu teh Basic H ke dalam setengah gelen air untuk membersihkan berus cat yang melekit. Hanya rendam selama 24 jam dan bilas dengan air panas.


7. MENJIMATKAN WANG


Satu botol Basic H, 16 oz jika digunakan mengikut arahan dan aturan di label botol dapat membuat sehingga kira-kira 214 botol (28 oz). Sedia digunakan untuk pelbagai kegunaan.


8. PENEMAN KETIKA BERKHEMAH & MELANCONG


Bawa bersama Basic H yang bersaiz kecil ini untuk memudahkan anda membersih pakaian, pinggan mangkuk, dan segala-galanya menjadi bersih.


9. MENJAGA ALAM SEKITAR


Sentiasa mesra alam, Basic H dapat mengendalikan segalanya walaupun sukar dibersihkan. Kandungan Basic H adalah  tanpa fosfat, borat, nitrat, atau lain-lain bahan kimia.


10. KURANG PENCEMARAN DI TAPAK PELUPUSAN


Basic H merupakan superconcentrated, jadi anda akan menggunakan lebih sedikit botol  berbanding produk lain sepanjang tahun.


Saya percaya apabila anda mencubanya, anda pasti akan jatuh cinta seperti saya dan beberapa orang yang lain !!!!


DAPATKAN HARI INI JUGA!
 




Sebarang pertanyaan dan pembelian, sila hubungi:

HALIZA KAMIS
Your Trusted SID
017-6396124






Info daripada Bonnie Donahue

Thursday 1 January 2015

Waktu Paling Mustajab Berdoa

Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH:



  1. Malam Lailatul-Qadar.
  2. Ketika Hujan Lebat.
  3. Ketika Akan dan Setelah Selesai Solat.
  4. Ketika Menghadapi Barisan Musuh di Medan Peperangan.
  5. Sepanjang Bulan Ramadhan.
  6. Di antara Azan dan Iqamah.
  7. Ketika Sujud dalam Solat.
  8. Ketika Iktidal Akhir dalam Solat.
  9. Ketika Khatam (Tamat) Membaca 30 Juz Al-Quran.
  10. Sepanjang Malam, Paling Utama Sepertiga Awal dan Sepertiga Akhir (Waktu Sahur/Solat Malam).
  11. Malam Jumaat dan Sepanjang Hari Jumaat Kerana Mengharapkan Bersua Dengan Saat Ijabah (Diperkenankan Doa) yang Terletak di antara Terbit Fajar hingga Terbenam Matahari pada Hari Jumaat.
  12. Di antara Waktu Zuhur dan Asar.
  13. Doa Sebelum Berbuka Puasa.


DOA HARIAN


"Ya Allah, muliakanlah orang yang sedang membaca doa ini. Lapangkanlah hatinya, bahagiakanlah keluarganya dan luaskanlah hatinya seluas lautan yang Engkau ciptakan. Mudahkanlah segala urusannya, kabulkanlah cita-citanya, jauhkan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkanlah dari segala musibah. Terimalah semua amal ibadahnya dan kelak jadikanlah dia penghuni syurga-Mu."

Amin Ya Rabbal 'Alamin. 



DOA KETIKA MEMULAKAN TUGAS


"Ya Allah, aku memohon padaMu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah Yang Maha Berkuasa menentukannya".

Amin Ya Rabbal 'Alamin.