Wednesday, 26 November 2014

Kajian Penting mengenai Suplemen Makanan ~ Produk Shaklee

Kajian Penting mengenai Suplemen Makanan: Corak penggunaan, kesihatan dan status pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen makanan untuk jangka panjang: kajian keratan rentas

Gladys Block, Christopher D Jensen, Edward P Norkus, Tapashi B Dalvi, Les G Wong, Jamie F McManus and Mark L Hudes.
Nutrition Journal 2007, 6:30doi:10.1186/1475-2891-6-30
Diterbitkan pada 24 Oktober 2007

LATAR BELAKANG

Penggunaan suplemen makanan di Amerika Syarikat adalah amat tinggi dan ia mewakili sumber pemakanan yang sangat penting. Walau bagaimanapun, tidak banyak yang diketahui mengenai individu-individu yang mengambil berbilang jenis suplemen pemakanan secara tetap. Kajian ini menyelidik corak penggunaan suplemen makanan, kesihatan dan taraf pemakanan pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen makanan; serta membuat perbandingan dengan bukan pengguna dan juga pengguna suplemen multivitamin/mineral tunggal.

KAEDAH

Melalui reka bentuk kajian keratan rentas, maklumat diperoleh melalui soal selidik dalam talian dan pemeriksaan fizikal (paras darah ketika berpuasa, tekanan darah dan berat badan) melalui sampel mudah dapat daripada pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen pemakanan Shaklee Corporation untuk jangka panjang (pengguna Berbilang Suplemen, n=278). Data untuk bukan pengguna (Tiada Suplemen, n=602) dan pengguna suplemen multivitamin/mineral (pengguna Suplemen Tunggal, n=176) diperoleh daripada Tinjauan Pemeriksaan Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (National Health and Nutrition Examination Survey, NHANES) 2001-2002 dan NHANES III 1988-1994. Kaedah regresi logistik digunakan untuk menganggarkan nisbah ganjil dengan selang keyakinan 95%.

KEPUTUSAN

Suplemen makanan yang diambil setiap hari oleh lebih daripada 50% pengguna Berbilang Suplemen merangkumi multivitamin/mineral, B-Compleks, vitamin C, karotenoid, vitamin E, kalsium dan vitamin D, asid lemak omega-3, flavonoid, lesitin, alfalfa, koenzim Q10 dengan resveratrol, glukosamina, dan suplemen herba untuk rangsangan imun. Kebanyakan wanita juga mengambil asid gamma linolenik dan suplemen probiotik, manakala kaum lelaki pula dilihat kerap mengambil zink, bawang putih, saw palmetto dan suplemen protein soya. Kepekatan nutrien di dalam serum secara amnya meningkat dengan penambahan suplemen. Selepas pelarasan umur, jantina, pendapatan, pendidikan dan indeks jisim tubuh, penggunaan suplemen yang banyak telah dikaitkan dengan bacaan yang lebih baik untuk serum homosisteina, protein C-reaktif, kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi dan trigliserida, serta pengurangan risiko tekanan darah tinggi dan diabetes.

KESIMPULAN

Kumpulan pengguna berbilang jenis suplemen makanan jangka panjang ini mengambil pelbagai jenis vitamin/mineral dan herba secara harian, di samping suplemen yang khusus untuk sesuatu keadaan tertentu. Mereka lebih berkemungkinan mempunyai paras biopenanda penyakit kronik yang optimum, dan kurang berkemungkinan mempunyai tahap nutrien di dalam darah yang berada di bawah paras optimum (suboptimum), tekanan darah tinggi dan diabetes berbanding bukan pengguna dan pengguna multivitamin/mineral tunggal. Penemuan ini perlu disahkan dengan mengkaji corak penggunaan suplemen makanan, kesihatan dan taraf pemakanan pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen makanan dalam kumpulan lain.

Gabungan Pengarang:


  • Gladys Block
    PhD, School of Public Health, University of California, Berkeley, CA
  • Christopher D. Jensen
    PhD, MPH, School of Public Health, University of California, Berkeley, CA
  • Edward P. Norkus
    PhD, Department of Medical Research, Our Lady of Mercy Medical Center, Bronx, NY
  • Tapashi B. Dalvi
    MPH, School of Public Health, University of California, Berkeley, CA
  • Les G. Wong
    BS, Shaklee Corporation, Pleasanton, CA
  • Jamie F. McManus
    MD, Shaklee Corporation, Pleasanton, CA
  • Mark L. Hudes
    PhD, Nutritional Sciences, University of California, Berkeley, CA

Monday, 3 November 2014

Resepi Jus Limau Untuk Kurus - Diet Secara Sihat

Assalamualaikum.
Hari ini saya nak share bagaimana nak D.I.Y @ buat sendiri jus sihat di rumah.  Saya menggunakan bahan-bahan yang mudah dicari dan memerlukan kos yang rendah. Tujuan saya buat jus ini adalah untuk berdiet dan kurangkan makan makanan yang berlemak dan makanan yang tidak berkhasiat.


Bahan-bahan yang saya gunakan ialah:
  1. Lemon
  2. Grapefruit
  3. Limau Kasturi
  4. Madu
  5. Balang Kaca @ Bekas yang Sesuai



Kemudian, kita belah dan hiris nipis-nipis buah limau tadi ikut kesesuaian bekas @ balang yang kita gunakan. Lepas tu anda boleh susun hirisan limau tadi ke dalam balang. Lebihan limau tu boleh perah ke dalam balang. Masukkan air batu mengikut citarasa anda.



Kemudian saya masukkan madu lebih kurang 5 sudu. Tapi ikut pada kawan-kawan juga la. Bagi yang tak tahan rasa masam tu, boleh letak lebih sebab madu lebih baik dari gula tebu.



Inilah rupa madu yang dimasukkan ke dalam balang tadi.




Selepas itu, anda bolehlah memasukkan air masak ke dalam balang tadi. Jangan isi terlalu penuh kerana air batu tadi akan cair dan jus anda akan melimpah.




Sudah pun siap. Anda boleh masukkan ke dalam peti ais selama sejam untuk menyejukkan air tersebut. Anda boleh goncang balang ini bagi mendapatkan rasa manis madu yang dimasukkan tadi.




Untuk makluman rakan-rakan, jus dari buah-buahan sitrus adalah sangat rendah pHnya dan dikenali dengan rasa masamnya, tetapi di dalam perut, airnya menjadikan isi perut menjadi alkali. Anda bolehlah meminum minuman ini setiap kali lepas makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


Tips tambahan:

Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.