kutu hama yang bernama Sarcoptes Scabies .
Perihal Sarcoptes Scabies :
- Ianya berbadan bulat dan mempunyai lapan kaki yang panjang.
- Kutu ini berukuran 0.4 mm panjang setiap satu.
- Kutu betina akan mengorek masuk kedalam kulit, mengeluarkan telur dan mati.
- Telur-telur akan menetas menjadi kutu dan hidup selama 30 hari
Hama scabies betina akan masuk ke dalam kulit dan meninggalkan
bahan-bahan buangannya (debris), telur dan najis hama ini. Keadaan ini
meyebabkan tindakbalas alergi berlaku dan meyebabkan kesan gatal-gatal
dan reaksi imunologi pada kulit. Scabies betina ini boleh megeluarkan
sebanyak 90 telur sepanjang hidupnya lebih kurang 30 hari. Selepas 3-4
hari telur ni akan menetas dan larva akan menjadi scabies dewasa dalam
tempoh 2 minggu dan kitaran ini akan berulang semula . Hama boleh
dilihat melalui gelas atau kaca lutsinar atau mikroskop.
Bagaimana Ia merebak?
Perunding Pediatrik, Dr S Selvakumar berkata ‘perpindahan’ hama boleh
berlaku menerusi sentuhan secara langsung iaitu membabitkan pergerakan
hama betina yang bertapak di bawah kulit manusia seterusnya bertelur di
situ, manakala hama jantan pula mati selepas kedua-duanya ‘berpasangan’
untuk membiakkan lagi baka.
Kudis buta bukanlah tanda-tanda kurangnya penjagaan kebersihan. Walau
bagaimanapun, ia cenderung berlaku di tempat-tempat tinggal yang sesak
sepeti asrama dan rumah asuhan. Kebiasaannya hubungan rapat yang
terjalin memudahkan risiko kudis buta berjangkit terutama di kalangan
ahli keluarga, rakan sebilik di asrama dan pusat asuhan bagi si kecil.
Berkongsi tilam, bantal, tuala atau pakaian turut membawa risiko besar
untuk dijangkiti.
Semua orang tanpa mengira peringkat umur terdedah kepada jangkitan ini.
Sesiapa yang terkena penyakit ini kemudian akan membawa balik penyakit
kepada keluarga lain di rumah. Kudis buta yang menjangkiti haiwan tidak
boleh menjangkiti manusia, ia hanya akan menyebabkan ruam.
Tanda
Kudis buta biasanya berkait dengan :
- Kegatalan kulit yang teramat sangat, yang mana ianya lebih teruk diwaktu malam dan selepas mandi air panas. Tanda-tanda calar kesan daripada menggaru.
- Bintik merah – seperti ruam terutama dikawasan kedua-dua tapak tangan dan kaki.
- Garisan hitam beralun dan pendek pada kulit (tempat korekkan kutu)
- Muncul garis halus kemerahan di bawah kulit.
- Kehadiran gelembung kecil berair pada kulit.
Kesan utama pada kanak-kanak yang terkena scabies adalah gatal pada
badan terutamanya pada waktu malam. Kesan-kesan pada kulit seperti
bintik-bintik kecil berair (vesicles), kesan trak scabies dalam kulit
(burrowing) dan kesan megelupas jelas terdapat pada celah-celah jari
tangan atau kaki. Kesan-kesan sebegini juga kerap terdapat pada pusat,
ketiak dan juga pada anggota sulit.
Nota: Kegatalan adalah disebabkan oleh reaksi alahan kepada kutu.
Tempat-tempat yang biasa dijangkiti :
- Dicelah-celah jari.
- Tapak tangan
- Bahagian dalam pergelangan tangan
Kawasan-kawasan lain termasuk :
- Kawasan kemaluan.
- Punggung
- Sekitar pusat.
- Celah-celah ketiak.
- Siku
- Kaki dan buku lali.
Rawatan
- Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.
- Masukkan perkara yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup dan simpan selama sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.
- Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas.
- Orang yang bergaul rapat dan tinggal bersama orang yang telah dijangkiti kudis buta harus dirawat pada masa yang sama, tidak kira samada mereka ada rasa gatal atau tidak.
- Penggunaan sapuan ubat racun hama jenis losyen atau krim Crotamiton (Eurax) dapat mengurangkan komplikasi. Ia dilumur pada seluruh badan dari tengkuk hingga ke hujung jari tangan dan kaki sebelum waktu tidur.
- Seelok-eloknya pesakit perlu mandi dengan air suam untuk membuka liang roma sebelum disapu ubat losyen.Tempat- tempat yang kuat dijangkiti seperti kemaluan, celah peha, ketiak, celah jari mestilah diteliti. Selepas ubat telah disapu, tidurlah dengan pakaian dan ubat hanya boleh dibasuh pada esok hari. Ubat yang telah disapu di atas kulit mengambil masa satu malam untuk mematikan hama.Ubat tahan gatal seperti Piriton pula mampu mengurangkan gatal waktu malam. Rawatan perlu diambil untuk 1-3 malam berturut-turut mengikut nasihat doktor.
*** Ubatan yang boleh membunuh kutu dinamakan Scabicides. Ianya berbentuk krim atau losyen disapu pada kulit. Ini termasuk:
1. Permethrin
2. Losyen Malathion
3. Krim Gamma benzene hexachloride (or lindane)
4. Losyen Benzyl Benzoate (EBB)
Mengubati kudis dan tempat bernanah
- Antibiotik akan diberi oleh doktor untuk dimakan. Ubat sapu juga diberikan. Sekiranya teruk, ubat untuk dibasuh dan direndam juga dibekalkan.
Menahan gatal
- Ubat telan/minum (antihistamine) dan ubat sapu (steroid cream) mungkin diberikan oleh doktor. Ubat sapu ini akan digunakan pada tempat-tempat yang mengalami kegatalan yang teruk (kelompok atau butir merah) 3 kali sehari selepas ubat sapu yang digunakan untuk mematikan hama telah disapu, iaitu keesokan harinya.
Nota: Ubat sapu mematikan hama dan menahan gatal adalah berlainan.
Seluruh ahli keluarga juga perlu menyapu ubat sekaligus. Jika ahli
keluarga lain tidak turut sama menyapu ubat tersebut, maka penyakit ini
akan menjangkiti mereka yang tidak terkena lagi jangkitan ini. Bayi juga
amat mudah dijangkiti hama ini di muka dan kepala. Mereka juga terpaksa
disapu ubat di semua badan termasuk muka dan kepala (Awas! ibu bapa
haruslah berhati-hati menyapu ubat, jangan sampai terkena mata dan
mulut).
Kegatalan mungkin berterusan untuk beberapa minggu selepas rawatan
berhasil. Ubatan untuk mengurangkan kegatalan mungkin perlu diteruskan
untuk beberapa minggu.
Pencegahan dari merebak kepada orang lain
- Pesakit yang dijangkiti sepatutnya dikecualikan dari ke sekolah sehingga selesai rawatan (atas nasihat doktor).
- Jauhi kanak-kanak yang dijangkiti dari sekolah/taman kanak-kanak sehingga selesai rawatan.
- Rawat seluruh ahli keluarga serentak.
- Elakkan bersentuhan dengan pesakit atau jika menghidapi kudis buta, ubati segera dan seelok-eloknya jauhkan diri daripada orang lain.
- Kudis buta boleh berjangkit semula, jadi adalah sangat penting untuk mengikut segala arahan rawatan dan membersihkan bahan yang tercemar dengan penyakit tersebut.
Perhatian Khusus
Pastikan kebersihan diri.
- Jangan berkongsi pakaian atau barangan peribadi seperti tuala.
- Rendam pakaian dalam air panas.
- Jemur tilam, bantal dan permaidani di bawah terik matahari
Kegatalan
- Pesakit telah pulih dari jangkitan selepas rawatan selesai walaupun rasa gatal-gatal mungkin berlanjutan sehingga beberapa minggu
- Rawatan untuk kegatalan mungkin diperlukan. Sapuan steroid boleh mengurangkan kegatalan dan keradangan.
Sumber :Dr Saiful
Sumber : zzqah.com
credit to : Petua Sihat,
blogger: Siti Rahayu Yahya
Vitamin Shaklee yang dapat meredakan sedikit masalah kudis buta nie ayu suggest untuk amek
Basic H : multipurpose dan boleh membantu melegakan kegatalan dan memastikan badan bersih bebas bahan kimia.
Vitamin E : Membantu memperbaiki tisu-tisu kulit yang rosak...dan membantu melembutkan kulit yang kasar dan bermasalah.
Alfalfa : Boleh di sapu untuk mengurangkan kegatalan juga dan
mengeringkan kudis (Ditumbuk dan di buat masker), berfungsi membuang
toksin juga.
Garlic : Bertindak sebagai antibiotik didalam tubuh dan meningkatkan imunisasi badan.
Info dan Pesanan:
Haliza Kamis
017-6396124
SID: 894712
No comments:
Post a Comment