Friday, 29 January 2016

Shaklee True Story 09 - Kena Chicken Pox Ketika Mengandung dan Cara Mengatasi Masalah Parut Chicken Pox

Assalammualaikum semua.

Mesti masalah akan timbulkan bila mengandung pastu kena chicken pox-kan. Korang mesti tak tau macamana nak buatkan. Nak bagi nutrisi kat baby lagi.. Nak bagi kulit nampak cantik semula.

Okey. Meh nak cerita pengalaman Sis Najihah Razali ni kat semua.
Alhamdulillah baby sihat dan lepas bersalin dapat bonus!! Kulit dah cantik.





"Orang kata bila dewasa kena chicken pox, sakit dia lagi semacam kan. Dan semakin meningkat usia, parut semakin susah nak hilang.
.

Kena chicken pox semasa mengandung, memang saya tidak fokus langsung untuk baiki kulit, fokus saya memang untuk kesihatan bayi dalam kandungan je.
.

Memang pasrah la bila rakan ofis ada yang mengejek ' Eeee buruk dah muka dia'. Mungkin sekadar bergurau tapi panas juga la telinga masa tu hahahaha.
.

Lebih malu lagi dengan suami la, muka comot semacam kan. Kena la juga tepek foundation dan bedak sebab malu nya dekat suami. Tapi rimasnya sebab saya ni pulak memang jenis tak berbedak apa lagi foundation. Rasa kulit tak dapat bernafas dan parut pun tak elok-elok juga kan.
.

Sampai lah satu hari saya ambil gambar dan baru saya perasan yang parut semakin memudar. Bila diterangkan oleh upline saya, rupanya dalam Set Hamil Shaklee pun ada vitamin untuk kulit iaitu ESP, B-Complex dan Sustained Release Vita C.
.

Alhamdulillah seronok sangat rasa. Selepas habis pantang pula, saya tambah Vita E Complex dan suami perasan perubahan kat kulit. Dia kata nampak berseri-seri, kalau tak dulu kulit nampak kusam je. Saya pun perasan yang sama, rasa tona kulit semakin sekata.
.

Nak dapatkan kulit yang cantik, bukan sahaja perlu jaga dari luar tapi perlu jaga dari dalaman juga. Set Kulit Shaklee memang pilihan saya, lebih sihat dan lebih cantik dengan vitamin semulajadi!"




Bestkan bila Shaklee dapat membantu ke arah yang lebih baik dan tentunya lebih sihat tanpa kesan sampingan dari ubat-ubatan hanya untuk cantik... Sebabnya kesan chicken pox bila kena ketika dewasa, parutnya susah nak hilang. Lagi-lagi kena ketika mengandung.

Lepas makan vitamin Shaklee, kulit berseri-seri, tak kusam dan tona kulit lebih sekata.

 



Nak order juga?
Meh pm|sms|whatsapp saya:
 

Haliza Kamis 017-6396124
Kamarul Rahmat 017-3368777

Pengedar Shaklee PRO Anda
SID 894712

Wednesday, 27 January 2016

Shaklee True Story 08 - Period Jadi Teratur, Jerawat dan Resdung Sembuh.

Assalamualaikum.

Hari ni saya nak share kisah Pn Khairiah Zainol Abidin yang menghadapi masalah period tidak teratur dan masalah resdung yang mengganggu kehidupan beliau. Beliau bersabar dan tekad untuk consume produk Shaklee hampir setahun dan baru membuahkan hasil. Produk semulajadi memang lambat tindakbalas terhadap tubuh badan.

Tetapi itu lagi bagus berbanding produk yang bertindak balas dalam tempoh yang singkat kerana dikhuatiri mempunyai bahan-bahan yang tidak selamat untuk tubuh badan dan tentunya ada pelbagai jenis toksin di dalamnya.

Mari kita baca kisah beliau dengan lebih lanjut. 








"Kisah cinta Kay bermula bila Kay menghadapi masalah period yang tidak teratur dan jerawat naik mendadak disebabkan hormon yang tak seimbang dan resdung sejak sekolah menengah. Kulit muka kusam dan tidak ceria.. Tidak sekata...

Kay mula ambil shaklee pada 2013 setelah berhabis beribu jugak rasanya jika dikumpulkan ketika membeli pelbagai produk dan ke SPA untuk menangani masalah ini.

Alhamdulillah.. Sejak ESP dijadikan minuman harian dan tidak pernah skip makan GLA, AlFALFA, B-Complex,Vita C. Period Kay walaupun lambat untuk kembali normal seperti wanita lain.. Kay pernah jugak rasa nak stop makan selepas setahun takde perubahan.. Tapi upline bagi semangat dan teruskan makan. Katanya.. Ada yg makan 3 tahun baru period ok. Kay tawakkal sahaja.. Berharap bulan-bulan berikutnya, period cantik..


Alhamdulillah.. Memang betul.. Sekarang hampir setahun juga.. Period Kay dah datang tiap bulan, kulit berjerawat semakin lama semakin kurang, parut-parut makin pudar.. Simptom-simptom resdung juga semakin surut. Kalau tak.. Kay memang rajin selsema sepanjang tahun.. Berbulan bulan.. Selsema tak berhenti.

Alhamdulillah. Syukur.. 

Walaupun lambat kenal shaklee.. Kay dah tekad takkan cuba produk lain lagi.. 
InsyaAllah.. Doakan Kay dapat menimang cahayamata pula selepas ini..

Terima Kasih semua."


Begitu terujanya beliau kerana berjaya kerana period beliau sudah kembali normal dan kulit muka bertambah cantik. Maklumlah masalah resdung beliau pun telah sembuh. Syukur alhamdulillah.




Nak order juga?
Meh pm|sms|whatsapp saya:
 

Haliza Kamis 017-6396124
Kamarul Rahmat 017-3368777

Pengedar Shaklee PRO Anda
SID 894712

Monday, 25 January 2016

Shaklee True Story 07 - Bebas Jerawat dan Parut dangan Set Kecantikan Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Korang mesti rasa tak bestkan kalau muka berjerawat teruk. Saya juga mengalami masalah yang sama selepas pakai produk Lyaxxs. Saya pakai 2 kotak. Masa pakai tu kulit memang cantik je. Tapi lepas saya stop guna produk tu, habis mak nenek jerawat semua keluar. Memang hilang rasa konfiden masa tu. Sedih yang amat. Sekarang saya ambil Set Kecantikan Shaklee untuk dapatkan semula kulit saya yang dulu bebas dari jerawat dan menggunakan produk semulajadi, selamat dan mesra alam.

Ok lah, mari kita baca pula testimoni Nurul Shazwani Mohd Salleh.






"Dulu kulit saya agak bersih.. Takde obvious scars.. Memang boleh keluar bare faced tepek bedak baby je. Tak tipu. Bila nak meningkat umur remaja, perasaan nk cuba pelbagai produk pun datang. The last thing i remembered using ialah sabun susu beras.. Mula-mula pakai ok je.. Tapi lepas tu mula naik jerawat yang teruk.. Kononnya pegi facial spa untuk buat treatment.. Tapi masalahnya orang kat spa tu picit semua jerawat with no mercy.. Tak peduli pun walau àir mata deras mengalir.. Muka lepas tu jadi sangat teruk.. Kemerahan dan berparut.. And from that day onwards saya jadi kurang keyakinan diri sebab kulit muka dah teruk..

Kemudian saya bertemu dengan Shaklee dan mula amalkan Set Kecantikan Shaklee.. Vitàmin C dan ESP.. Sebab buudget tak banyak masa tu. Saya ambil 2 supplement ni dulu... Setelah berusaha dan konsisten, alhamdulillah kulit saya semakin pulih. Kulit pun semakin cerah, tona kulit sekata dan saya juga rasa lebih sihat"



Bestkan bila Shaklee dapat membantu ke arah yang lebih baik dan tentunya lebih sihat tanpa penggunaan kosmetik dan pembedahan yang sakit untuk cantik...





Nak order juga?
Meh pm|sms|whatsapp saya:
 

Haliza Kamis 017-6396124
Kamarul Rahmat 017-3368777

Pengedar Shaklee PRO Anda
SID 894712
 

Wednesday, 20 January 2016

Shaklee True Story 06 - Menyusu Bayi, Kulit Muka Semakin Flawless

Assalamualaikum semua.
Pasti ramai yang tertunggu untuk saya kongsikan testimoni ke 06 dalam Shaklee True Story kali ini kan? Ok tanpa membuang masa, ayuh baca testimoni di bawah ini.





"Saya Nurliyana binti Uzir. Berumur 31 tahun. Saya dah tau pasal Shaklee ni lama dah.. Lama tak lama la. Since saya menyusukan anak pertama lagi kira-kira 5 tahun dahulu. Tapi masa tu saya tak ambil peduli pun. Saya buat tak tau je. Yang saya tau masa tu, Shaklee ni untuk ibu-ibu yang menyusukan. Suplemen untuk tambah susu.

Saya menyusukan Dani secara direct hanya 4 bulan. Sebab Dani mengalami confuse nipple. Dan saya tak berusaha nak cari solutionnya. Macam-macam cara nak bagi anak tu direct feed balik.. Tapi saya buat tak kisah je. Ada susu adala.. Dia nak dia minum, kalau tak nak kita bagi susu FM je.

Saya tak cukup ilmu masa tu. Menyesal tak sudah sampai sekarang. Dan yang paling rasa bersalah bila saya tengah menyusukan Zara, si Dani tengok je. Pastu dia cakap dia nak. Saya terfikirkan apa yang Dani fikir. Mesti dia tertanya-tanya kenapa dulu dia tak macam adiknya. Arghhh, bersalah sangat! Maafkan mama sayang...
.


Bila mengandungkan anak kedua 2 tahun kemudian, hidayah saya tak sampai lagi untuk makan vitamin Shaklee ni. Tapi semangat nak menyusukan kembali tu berkobar-kobar. Hari-hari saya telek breastpump spectra 3 saya yang sempat pakai 3 bulan je masa Dani kecik dulu. Sampai lah bersalin.. saya kecewa sangat-sangat sebab susu saya setitik pun tak keluar. Frust! 3 hari takde susu.

Baby asyik menangis-nangis haus. Nurse kat hospital pun tak boleh buat apa. Terpaksa topup FM. Saya masa tu dah la sakit lepas bersalin. Tension lagi ngan susu tak keluar. Anak melalak plak lagi. Manala susu nak keluar kalau saya tension + stress kan..
 

 Hari ketiga balik kampung, saya tuam n urut sikit. Barulah start meriah. Buang terus FM. Lepas sesi mengurut 3 hari, lagilah meriah. Berterusan alhamdulillah sampailah ke hari ini.

Masa berpantang, saya makan jamu kampung. Masa tu tak sampai lagi seru nak makan vitamin Shaklee. Sampaila si baby dah start meragam malam-malam. Menangis je. Asal tengah malam je menangis.

Saya try google kat internet nak cari punca baby menangis tengah malam. Reason yang logik, dia laparlah kan. But kerap kot saya bangun menyusukan dia, sampai saya penat letih bila siang esoknya. Yang jadi mangsa, si abang. Sian dia. Asyik kena marah..

Tak boleh jadi ni...

Saya google then terbaca pasal pengalaman ibu-ibu yang consume Shaklee ni. Saya baca, baca dan baca. Dapat gaji terus saya order Set B Shaklee (Breastfeeding). Kebanyakan yang saya baca semua kata best sangat set ni. Masa tu niat saya makan Shaklee ni, nak banyakkan susu badan dan nak bagi susu yang bernutrisi untuk baby. Belajar dari pengalaman lepas. Stok EBM saya start kumpul masa seminggu sebelum baby sebulan.saya lagi teruja bila susu badan saya jadi pekat dan likat. Hahaha.. plus jadi warna kuning..

Saya google google lagi, cari perbezaan kenapa masa saya tak makan shaklee susu cair je. Banyak memang banyak. Tapi putih biasa je. Tapi bila makan shaklee, susu jadi pekat kuning likat. Haa ko! Yang lagi super duper best, baby dah tak meragam lagi malam-malam. Tido jadi lagi lena.. Mama dia pun dapat rehat secukupnya...

Tu bab susu..

Ada cerita lain. Pasal kulit muka.

Saya sendiri pun tak perasan. Sehinggalah suami sendiri yang memuji. Masa dia balik kampung untuk menjenguk saya ngan anak-anak, lepas salam-salam semua, dia tenung saya dan cakap.. "Eh, mama makin putihlah." Saya senyum kembang kempis lah. Waktu tu saya menafikan lagi yang sebab kulit saya jadi bersih tu.. Sebab saya ingat hormon baru lepas bersalin kan. Sampai saya naik keje pun, ramai yang cakap, kulit dah makin cantiklah.. Berseri-seri ibu baru lepas bersalin ni. Baru saya sedar masa tu. Sebab saya baca baca dan baca pengalaman orang lain pasal shaklee ni.

Dalam set B ni ada Vit C dan Vit B. Ambil maklum yang Vitamin C amat penting untuk pembentukan kolagen, anti oksida dan menguatkan sel-sel. Vitamin B membantu sebagai penenang dan ianya membantu isteri, ibu dan wanita berkerjaya yang kurang rehat agar sentiasa bertenaga. Thats why, ibu-ibu yang nenyusukan yang mengambil set Breatsfeeding ni kelihatan berseri-seri.
 

 Buktinya gambar kat attachment tadi. Gambar yang atas, masa Dani kecil lagi. Kusam comot kulit muka saya. Gambar bawah masa saya consume Shaklee time Zara ni, banyak khasiatnya. Beza kan? Di samping nak memperbanyakkan susu, baby sentiasa kenyang bila lepas menyusu, kulit muka juga makin berseri-seri malah baby pun dapat khasiatnya, bambam badan dia...

Yang penting, kena konsisten makan vitamin dan minum banyak air. Paling sikit 2 liter okay...

Pakej haaa... badan cergas, susu ibu banyak, baby sihat, kulit muka makin flawless... semuanya kerana Set Breastfeeding Shaklee. Tq Shaklee! Akhirnya terus sign up jadi ahli Shaklee...

Sekian. harap bermanfaat apa yang saya share kan ni.."



Hah!! Korang tengok sendiri picture Puan Nurliyana binti Uzir ni kan.. Tak tipu la.. Memang berbeza betul kulit mukanya ketika anak pertama yang tak berapa konsisten makan vitamin Shaklee dan anak kedua yang konsisten makan vitamin Shaklee.




Nak order juga?
Meh pm|sms|whatsapp saya:
 

Haliza Kamis 017-6396124
Kamarul Rahmat 017-3368777

Pengedar Shaklee PRO Anda
SID 894712

Monday, 18 January 2016

Shaklee True Story 05 - Tiga Vitamin Mengubati Penyakit Kayap


Assalamualaikum

Hari ni saya nak kongsi pengalaman pesakit kayap yang gembira dapat sembuh dari penyakit yang dihadapinya. Pesakit tersebut ialah Siti Norhayati Abdul Halim.
 
Sebelum tu, mari saya cerita apa tu penyakit kayap. Fakta ini saya dapat dari Wikipedia. Anda boleh klik di perkataan yang tebal bewarna biru untuk di 'link' kan ke page yang akan menerangkan perkara tersebut dengan lebih lanjut lagi.
Kayap juga dikenali herpes zoster (atau sekadar zoster) merupakan penyakit virus yang disebabkan oleh virus varicella zoster (VZV).[1] Seseorang yang mengalami penyakit ini akan mendapat ruam kulit yang memedihkan dengan lepuh pada satu-satu kawasan badan dan ia seolah-olah berbentuk jalur. Jangkitan awal VZV boleh menyebabkan cacar air yang biasanya dialami oleh golongan kanak-kanak dan orang muda. Setelah penyakit cacar air sembuh, virus itu masih lagi berada dalam badan tetapi dalam keadaan tidak aktif. Jika tahap daya tahan selular seseorang itu menurun, maka VZV boleh aktif kembali dan merebak ke saraf periferi hingga ke kulit yang akhirnya membawa kepada penyakit kayap.[2] Penyakit kayap adalah berbeza dengan penyakit herpes simpleks walaupun virus varicella zoster dan virus herpes simpleks adalah daripada subkeluarga yang sama iaitu Alphaherpesvirinae.




Beginilah ceritanya:

"Ingat lagi Ramadhan 2011, tragedi diserang penyakit kayap. kene tang muke plak tu. Habis separuh muke sebelah kanan melepuh2. Masuk Wad 5 hari sebab effect pada mata jugak. Makan ubat Anti-Viral Acyclovir 5x sehari. So, mmg tak boleh menunaikan ibadah berpuasa langsung!
Lepas kene discharge, selain teruskan makan Acyclovir dan sapu dalam mata, Along Hadhatina Mkb bagi makan NUTRIFERON.

NUTRIFERON ni untuk boost balik sistem imunisasi yang dah jatuh/lemah. Alhamdulillah, berkat kuat semangat nak sembuh dan tak henti consume ubat & supplement Shaklee dari Along, kayap-kayap tersebut bertempiaran lari meninggalkan muka..

LECITHIN pun consume jugak lepas tu sebab kayap ni tinggalkan parut hitam kat kawasan yang di'jajah' kayap tu. Memang jadi "two Face" bile daftar masuk LLB di UiTM. Belajar tetap Belajar. Ubat makan jugak. Dalam 5 bulan berturut-turut makan LECITHIN dan juga B COMPLEX, warna kulit muka dah sekata balik. Dah takde 'two face'.

Thanks to Emak Hajjah Nur Huda yang tak henti2 menjaga kakak time berkayap tu, Along- sebab buat research pasal kayap and bagi supplement SHAKLEE NUTRIFERON, LECITHIN & B-COMPLEX tu... serta adik beradik lain yang menggembirakan hati dengan menggelar kakak si KAYAPA. Kikikikiki~

Bila sakit jangan risau, YAKIN PADA ALLAH. Sebab setiap sesuatu tu datang dari Allah. Bila dah cukup time, Allah akan ambil balik yang didatangkan tu. Kayap ni die bagi, then bile dah usaha dan YAKIN PADA DIA akan sembuhkan, dia ambil balik kayap tu. FAITH IS EVERYTHING!

Happy Sayyidul Ayyam. Zikir Hari Ini: Ya Allah"



Begitulah ceritanya bagaimana beliau mengubati penyakit kayap. Usaha dan kesabaran yang tinggi berjaya membuatkan mukanya kembali ke warna kulit yang asal. Yang penting rajin.





Nak order juga?
Meh pm|sms|whatsapp saya:
 

Haliza Kamis 017-6396124
Kamarul Rahmat 017-3368777

Pengedar Shaklee PRO Anda
SID 894712

Friday, 15 January 2016

Shaklee True Story 04 - Period Kembali Teratur dan Berjaya Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee


Assalamualaikum dan selamat malam.

Hari ni testimoni Puan Nurul Ain Najwa binti Rosli yang terpilih untuk dikongsi bersama. Pengalaman beliau yang berjaya hamil setelah berusaha dengan Set Kesuburan Shaklee. Manusia berusaha, Allah jua yang menjadikannya "kun fa ya kun".
 
 


 
"Assalammualaikum wbt.
Nama saya Nurul Ain Najwa Rosli, sudah berumur 28 tahun pada bulan November ini. Actually saya adalah staff kepada Master Hadhatina dan Master Kamarul.

Alhamdulillah, saya juga telah diberi peluang oleh mereka untuk saya kongsi testimoni saya kepada semua. Bagi saya cerita saya ini akan memberi inspirasi kepada semua pasangan yang baru berkahwin dan yang ingin mempunyai zuriat. Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, saya juga seorang SID yang baru mendaftar pada tahun ini. Saya memang sangat menyukai Shaklee ini sebelum saya mendaftar sebagai ahli lagi.
.

Saya ingin bercerita tentang pengalaman dahulu sebelum mempunyai anak lagi. Alkisahnya bermula sebelum saya menjadi ahli Shaklee. Untuk makluman, saya berkahwin pada 13 September 2013. Memang sebelum saya berkahwin lagi saya mempunyai masalah haid yang tidak teratur atau lebih dikenali sebagai masalah hormon yang tidak stabil.

Orang cakap jika kita mengalami masalah di atas, agak sukar untuk hamil. Memang benar pada saya, setelah tunggu hampir 3 bulan, saya masih tidak hamil dan period saya pun masih tidak teratur.

Sampailah satu hari tu, kawan saya consult saya untuk ambil Set Kesuburan Shaklee. Dalam set kesuburan tu ada 3 produk yang perlu saya ambil iatu GLA Complex, Alfalfa Complex dan ESP. Apa salahnya saya mencuba kan. Ni pun atas sokongan suami saya jugak. 
 
GLA Complex tu saya ambil untuk menjadikan hormon saya stabil dan period saya akan teratur. Ia mengandungi Vitamin E dan gamma linolenic acid (GLA) yang juga memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan dan hilang mood.

Alfalfa Complex pula membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut / sakit pinggang yang melampau tatkala didatangi haid.

Akhir sekali, saya ambil ESP yang sangat disukai ramai ni. ESP merupakan salah satu produk untuk membantu dalam meningkatkan kesuburan yang mana penting dalam persediaan rahim menerima janin.
.

Sangat bersyukur setelah 3 bulan konsisten mangambil set kesuburan ini, memang period saya kembali teratur setiap bulan dan saya telah dikejutkan dengan berita gembira yang saya telah hamil anak pertama pada masa itu.

Dahulunya lama kami berdua sahaja then selepas itu Alhamdulillah kami telah bertiga.

Saya fikir saya memang tidak boleh hamil, tapi Allah itu maha berkuasa. Saya juga sedang hamil anak kedua. Saya bersyukur sangat kerana diperkenalkan dengan Shaklee. Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja.

Taraf kesihatan pada suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa. Amin.

Love U Shaklee"
 
 
 
Untuk pengetahuan semua, Puan Ain telah pun selamat bersalin anak kedua beliau. Kini dah habis pantang pun. Alhamdulillah, saya tumpang gembira dengan kebahagiaan Puan Ain.
 
Saya sarankan kepada pasangan di luar sana yang mengalami masalah seperti Puan Ain supaya terus mencuba dan jangan putus asa.



Nak order juga?
Meh pm|sms|whatsapp saya:
 
Haliza Kamis 017-6396124
Kamarul Rahmat 017-3368777

Pengedar Shaklee PRO Anda
SID 894712
 

Wednesday, 13 January 2016

Shaklee True Story 03 - Tiada Lagi HB Low Ketika Mengandung


Assalamualaikum w.b.t.
Hari ni saya akan share testimoni daripada Puan Siti Aishah. Beliau mengamalkan Set Hamil dan Berpantang dari Shaklee. Rezeki beliau apabila masalah HB Low dan sakit pinggang ketika mengandung hilang dengan bantuan Set Hamil Shaklee. 
Mari baca luahan hati beliau...




"Nama saya Siti Aishah Binti Mohamad. Umur 24 tahun. Saya seorang surirumah sepenuh masa dan ibu kepada seorang anak perempuan berusia 5 bulan.
 
 Saya dah amalkan Shaklee ni selama 9 bulan iaitu ketika usia kandungan saya 5 bulan. Punca saya ‘jatuh hati’ dengan Shaklee adalah disebabkan ‘hb’ saya ‘low’.... Bile ‘hb’ dah ‘low’, dengan tak lengahnye saya cari ape2 supplemen atau ubat jenis pil yang boleh bantu saya normalkan balik ‘hb’ saya tu.

Dengan bantuan Mr.Google, kebanyakan story-mory yang dipaparkan adalah kebaikan Shaklee. Haaaa nampak tak permainan Mr.Google kat situ? Die bagi saya petunjuk yang sangat tepat okeyh! Hihii..nak tahu sebab ape???

Secara kebetulan ex-teacher sains saya mase sekolah menengah dulu merupakan pengedar Shaklee. So, tak payah saya nak cari jauh2..depan mate dah ade pun..saya dapat info ni pun melalui ‘FB’ beliau.

Suatu hari tu, secara kebetulan saya nampak beliau post pasal cara mengatasi ‘hb low’ dengan mengambil supplemen Vita-Lea dari Shaklee. Dengan izin suami, tak lengah nyer saya terus order dan dapat memiliki set hamil dari Shaklee iaitu Vita-Lea, Vita C, B-Complex dan Ostematrik. Alhamdulillah, selepas 3 minggu amalkan set hamil Shaklee, ‘hb’ saya kembali normal. Cik Misi pun terkejut! Siap tanye lagi ape rahsianya. Hihihii..

Sepanjang preggy saya mengalami sakit2 badan terutamanya tulang belakang dan bahagian pinggang. Kadang2 tu tahan sakit sampai nak call tukang urut. Tapi, alhamdulillah dengan amalkan ostematrik secara konsisten hilang segala sakit2 badan. Terus tak jadi nak panggil tukang urut. Hahaa!
 
 Saya terus amalkan Shaklee sehingga bersalin. Ketika saya dalam pantang, saya cuma tambah Zinc Complex. Haa nampak tak sebotol Shaklee boley tahan sehingga 5 atau 6 bulan. Tu yang best dan jimat. Walaupun bersalin secara normal, saya mengalami luke/koyak terlalu banyak/besar. Almaklum le baby 1st..hehee..

Sepanjang mengamalkan zinc complex dan supplemen shaklee yang lain, luka dan jahitan saya cepat sembuh. Semasa dalam pantang juga, perkara yang paling menakjubkan dan tak boleh saya lupekan malah buat semua orang terkejut apabila kepala anak saya jadi tegak je bila dukung, tak lembik atau telentok2...

Mase usia anak saya sebulan pulak, kaki anak saya jadi kuat apabila cuba didirikan. Jiran2 yang datang menziarah pun teruje melihatnya. Sampai mak mentue saya gelarnya ‘Baby Shaklee’ disebabkan telebih kalsium gaknya. Hahaa! Tu lah hakikatnya….

Ostematrik juga banyak membantu saya dalam penyusuan. Saya sentiasa amalkan ostematrik sebelum tidur. Bila tengah malam Miss B saya akan jadi bengkak sebab banyak susu. Sampai basah baju saya dibuatnya. Hihii.. Alhamdulillah rezeki anak saya untuk menikmati titisan emas ni secukupnya...

Vita C juga banyak membantu saya dari segi kulit muka. Sebelum amalkan Vita C Shaklee, kulit muka saya sangat kusam, betompok2 dengan parut jerawat dan tona kulit tak sekata...
Alhamdulillah, sejak amalkan Vita C Shaklee, kulit saya kembali sekata. Tak de dah tompok2/parut jerawat. Paling bestnya kulit semakin cerah dan jerawat pun malu2 nak keluar. Hihiii..

Itu lah pengalaman saya mengamalkan Shaklee sehingga hari ini. Tanpa Shaklee mungkin badan saya sentiasa jadi letih lesu dan tak bermaya. Terima kasih Shaklee kerana telah membuatkan saya jadi cantik secara sihat dari segi zahir dan batin.

Alhamdulillah…

Terima kasih Shaklee"
Nak order juga?
Meh pm|sms|whatsapp saya:

Haliza Kamis 017-6396124
Kamarul Rahmat 017-3368777

Pengedar Shaklee PRO Anda
SID 894712

Tuesday, 12 January 2016

Shaklee True Story 02 - Perokok Tegar Kecundang Di Tangan Vivix

Assalamualaikum.
Salam Sejahtera semua.

Hari ni saya nak cerita berkaitan testimoni kedua oleh Saudara Nasiruddin bin Sulong. Beliau merupakan perokok tegar dan siapa sangka, beliau telah berjaya berhenti merokok setelah berusaha dengan consume Vivix Shaklee.

Mari baca testimoni beliau.




  
"Nama saya Nasiruddin Sulong (51 tahun), seorang suami dan bapa kepada 6 org anak.

Di sini saya ingin kongsikan pengalaman saya mengamalkan produk Shaklee yaitu VIVIX.

Saya seorang perokok tegar, awal saya merokok pada usia belasan tahun, hampir lebih 30 tahun saya bergaul dengan nikotin… Bayangkan 1 hari saya boleh menghabiskan 2 bungkus rokok Marlboro Light bahkan lebih… Sudah berapa banyak pembaziran yang telah saya lakukan dan juga merosakkan diri secara perlahan-lahan. Huhuhu sedihnya kalau ingat itu…

Dalam hati ada niat nak berhenti merokok tetapi selalunya gagal. Kegagalan itu saya sendiri tak tau pasal apa hehee… Sampai pada satu masa anak sedara saya perkenalkan Shaklee. 5 September 2013 saya mulai mengkonsumsi VIVIX.. Awalnya hanya untuk menjaga kesihatan aja & tidak ada maksud untuk berhenti merokok... Saya minum 1 sudu teh setiap mlm sebelum tidur.

Minggu pertama tiada apa-apa kesan. Hanya rasa badan lebih bertenaga. Masuk minggu kedua mulailah perasaan berkecamuk ada apa gerangan… Kenapa dengan aku ni… Kenapa rokok ni tak abis lagi dah 3hr dah ni… Rasanya pun dah mulai hambar… Setiap pagi biasanya aku minum nescafe tetapi sejak kebelakangan ini kenapa rasa nescafe ni pun jadi lain macam… Mulai dari situ lah saya pun bulatkan tekad untuk berhenti merokok… Niat sudah kuat nak berhenti dan semangat pun kena kuat juga…

Banyak ujian yang saya lalui dari kawan-kawan yang asik cakap “halah kejap je tu nanti jg sambung merokok lg hehehe”. Tetapi saya kuat kan diri dan mental saya untuk buktikan kalau saya boleh berhenti (lagi pun saya dah puas dah merokok hehehe)… Ada doktor kata kalau nak berhenti merokok harus slow-slow tak boleh terus berhenti kerana nanti akan ada simptom-simptom setelah berhenti merokok ni seperti sakit kepala, selesma, batuk dan banyak lagi… Tapi Alhamdulillah saya tak ada simptom-simptom itu kemungkinan kerana VIVIX telah back up saya untuk tidak merasakan simptom2 tersebut…

Saya amalkan VIVIX selama 1 bulan 15 hari (1botol VIVIX je). Setelah VIVIX habis saya ambil VITA-LEA dan bila vita-lea habis saya masih tetap minum Vivix lagi tetapi tak selalu minum bila sang isteri tercinta ingatkan baru lah saya minum, Alhamdulillah dah 2 tahun saya berhenti merokok… Sekarang ni saya just ambil VITA-C sehari 1 biji je…

Demikianlah perkongsian saya bersama produk Shaklee “VIVIX”, semoga pengalaman saya ini boleh membantu anda semua yang ingin berhenti merokok dan untuk jadi lebih sihat dan bertenaga…

Terima Kasih Shaklee"



Begitulah cerita abang ni yang dapat berhenti dari ketagihan merokok.
Sekarang dah bebas rokok 100%. Tengok sahajalah.. Muka dah jadi awet muda. Siapa sangka umur beliau sudah 51 tahun.

Bagi rakan-rakan yang inginkan supaya suami, abang, adik, ipar-duai malah untuk diri sendiri juga, bolehlah mencuba Vivix Shaklee yang super-duper hebat ni. 



Nak order juga?
Meh pm|sms|whatsapp saya:

Haliza Kamis 017-6396124
Kamarul Rahmat 017-3368777

Pengedar Shaklee PRO Anda
SID 894712
 

Monday, 11 January 2016

Shaklee True Story 01 - Jerawat Hilang, Kulit Muka Bertambah Jelita


Assalamualaikum.
Rasanya dah lama blog saya ni dah bersawangkan?
Hari ni saya nak buat come back dan berkongsi testimoni pengguna Shaklee bernama Lisa Kelvin. Beliau menghadapi masalah kulit yang berjerawat yang teruk.


 
"Kisah saya tanpa Shaklee.
 Saya seorang ibu dan surirumah. Pengalaman saya bersama Shaklee sangat mengembirakan saya dan keyakinan diri saya kembali bila berhadapan dengan orang.Tiada lagi perasaan rendah diri dan benci pada diri sendiri setiap kali melihat.

Perkongsian saya adalah berkaitan dengan kulit wajah saya yang bermasalah teruk selepas saya melahirkan anak pertama pada November Tahun 2010. Wajah yang bebas jerawat dan bersih licin tiba-tiba dipenuhi dengan jerawat yang sangat teruk. Lebih parah ia sakit bagaikan kulit terbakar bila dicuci.

Pelbagai produk dari harga murah hingga ratusan ringgit telah diguna untuk mengubati masalah jerawat saya. Namun tidak juga sembuh. Tetapi ia membuat muka saya ditumbuhi dengan lebih banyak jerawat, kulit muka kemerahan serta kulit terasa terbakar kepedihan setiap kali muka dicuci.

Saya pernah berjumpa Doktor pakar kulit swasta. Doktor memberitahu bahawa masalah saya timbul disebabkan Hormon Exchange selepas bersalin. Ubat yang diberi doktor memang membantu tetapi bila tidak meneruskan pengambilan ubat yang diberi tersebut, jerawat saya timbul dan lebih parah lagi jerawat muka saya semakin teruk. Bayangkan dalam 1 bulan perlu follow up 2 kali. Dalam 1 bulan sahaja ratusan ringgit melayang tanpa kesan memuaskan. Saya sangat berputus asa.

Permulaan saya bersama Shaklee adalah apabila saya melayari internet. Banyak sangat testimoni berkaitan kebaikan Shaklee di internet. Hati saya tergerak untuk mencuba produk Shaklee.

(Jika tidak silap saya mula mengenali Shaklee pada tahun 2012.)

Saya bersyukur sangat kerana Shaklee telah membantu saya dalam mengatasi kulit muka yang ditumbuhi jerawat teruk . Kini jerawat teruk bagaikan membakar wajah saya telah hilang buat selamanya. Terima kasih tidak terhingga kepada pengasas Shaklee kerana telah mengeluarkan produk yang terbaik.

Sekarang tanpa meneruskan pengambilan Shaklee, kulit muka saya tetap sihat dan bebas jerawat. Ada pun jerawat timbul jerawat nakal yang datang sekejap sehaja.

( Hampir 1 tahun mulai 2014 tidak meneruskan pengambilan Shaklee kecuali ambil Vitamin C sahaja )

Lebih mengembirakan saya ialah sekarang saya tidak perlu guna makeup tebal bila berjumpa kawan. Kadang tanpa makeup pergi ke kedai.

Ini adalah senarai produk yang saya ambil:
1) Awal pengambilan hanya dengan Vitamin C dan ESP
2) Bulan seterusnya ada bajet saya tambah Alfafa
3) Ada bajet lagi saya beli GLA untuk bantu stabilkan hormon
4) Bulan seterusnya saya beli Vitamin E
5) Disebabkan saya tidak dapat guna sebarangan produk pencuci muka saya pun mencuba Enfuselle Gel Cleansing. Tidak memedihkan kulit muka saya.

Lihat sendiri testimoni saya. Gambar dulu dan terbaru sekarang (6/10/2015). Tanpa pengunaan berterusan tiada lagi jerawat teruk timbul walaupun saya baru lepas bersalin pada 2/8/2015.
 
Terima Kasih Shaklee"


Alhamdulillah.

Kami sebagai pengedar Shaklee juga terkena tempiasnya apabila ramai yang terus-terusan memberikan sokongan kepada produk yang sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam ini.

Untuk pengetahuan semua, kami tidak membayar duta kecantikan untuk melariskan produk Shaklee, tetapi kesemua pengguna yang berjaya mendapatkan apa yang diidamkan adalah pelaris kepada produk Shaklee ini sendiri. Mereka berjaya kerana mereka berusaha untuk jadi yang terbaik.

Anda juga boleh!!



Nak order juga?
Meh pm|sms|whatsapp saya:
Haliza Kamis 017-6396124
Kamarul Rahmat 017-3368777

Pengedar Shaklee PRO Anda
SID 894712