Agak lama juga saya tidak menulis di blog ini. Maaf kerana membiarkan blog ini bersawang. Masa yang sangat-sangat terhad dengan melayani kerenah anak-anak yang super-duper aktif.
Baiklah, saya tidak mahu memanjangkan intro. Terus sahaja ke bahagian yang penting. Iaitu persoalan "Tanda-Tanda Mereka Yang Kekurangan Vitamin B di dalam Badan".
Diantara Simptom-Simptom Kekurangan Vitamin B yang dapat disenaraikan di sini ialah:
- Keletihan Tidak Bermaya
- Tidak Dapat Duduk Diam
- Panik (Menggelabah/Buntu)
- Sedih Tanpa Punca
- Mudah Marah dan Merajuk
- Kemurungan
- Darah Gemuruh
- Kekurangan Selera Makan
- Sembelit
- Lidah Merah dan Bengkak
Adakah kita tahu Kenapa Badan Kita Kekurangan Vitamin B yang sangat penting untuk tubuh badan kita? Terdapat 8 faktor-faktor yang boleh menyebabkan kita kekurangan Vitamin B iaitu:
- B-Complex larut di dalam air dan tidak boleh disimpan di dalam badan. Ianya perlu diganti setiap hari.
- Vitamin B boleh dimusnahkann oleh cahaya (matahari).
- Sekiranya kita makan/minum banyak gula, ianya boleh menghabiskan B-Complex. Bayangkan satu botol Coca-Cola perlu 5X RDA Vitamin B untuk menukarkan Coca-Cola ke bentuk tenaga.
- Alkohol juga boleh Menghabiskan simpanan B-Complex.
- Mereka yang sering menghadapi masalah tekanan mental dan fizikal memerlukan banyak B-Complex.
- Terdedah kepada suhu panas boleh memusnahkan B-Complex. Pelbagai vitamin musnah dalam persediaan makanan segera, makanan di dalam tin, makanan sejuk beku dan makanan separa masak.
- Kegunaan antibiotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga akan mengurangkan Vitamin B Complex.
- Kekurangan memakan hati, limpa dan jantung kerana tabiat ataupun untuk menurunkan kadar kolesterol. Makanan ini dikatakan mengandungi banyak Vitamin B Complex. Jadi, kita perlu menambah pengambilan hati, limpan dan jantung untuk meningkatkan Vitamin B Complex di dalam ubuh badan.
Di antara Fungsi-Fungsi Vitamin B adalah:
- Membantu mengatasi masalah kelesuan.
- Penting bagi kesihatan memtal, membantu mencegah kemurungan.
- Membantu dalam pelepasan tenaga dari makanan.
- Gula, alkohol dan pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B.
- Perlu bagi urat saraf.
- Diperlukan bagi individu yang di dalam keadaan stress.
Bagaimana Memilih Vitamin B-Complex Yang Terbaik?
- Pastikan terdapat kesemua 8 kumpulan B-Complex mengikut RDA.
- Lihat label RDA (U.S) bukan MDR sekurang-kurangnya 100%.
- Pastikan di dalam peratusan RDA.
- Pastikan B-Complex yang seimbang. Contohnya: setiap Vitamin B mesti dalam 4 hingga 5X peratus U.S RDA. Jangan terima pemakanan vitamin yang mempunyai Biotin 8% dan Thiamin 3000% U.S RDA.
- Pastikan Biotin dan Folic Asid diberi kadar yang mencukupi. Kedua Vitamin ini sangat mahal. Kandungannya sekurang-kurangnya 100%.
- Jangan terpedaya oleh kebebasan masa pengeluaran. Vitamin B tak perlu.
- Baca risalah yang diberi.
- Jangan peduli label iklan yang tanpa bukti.
B-Complex Shaklee dapat membantu menangani masalah bagi mereka yang kekurangan Vitamin B kerana:
Nak juga?
Hubungilah saya:
Haliza Kamis 017-6396124
Kamarul Rahmat. 017-3368777
Pengedar Shaklee PRO Anda
SID 894712
#shakleebcomplex #tandatandakekuranganvitaminb #simptomsipmtomkekuranganvitaminb #kenapabadankekuranganvitaminb #fungsi-fungsivitaminbcomplex #bagaimanamemilihvitaminb #antistress #untukibumengandung #elakkecacatanjanin