Tuesday, 31 December 2013

Lemak dan Gula Perlu Dielak Ketika Berdiet

Secara umumnya, lemak dan gula adalah komponen yang sangat diperlukan oleh tubuh. Namun, olahan makanan yang telah diperbagaikan menjadikan keduanya bahan yang membahayakan.


Lemak

Sebenarnya, pakar pemakanan belum mengunjurkan kandungan lemak harian yang dibenarkan. Kebiasaannya, tubuh hanya boleh mengambil 20 ke 35 peratus lemak dari jumlah kalori harian. Bagaimanapun, lemak-lemak tersebut harus ditapis terlebih dahulu seperti:

Lemak Baik
- Ia banyak ditemui dalam ikan salmon, kekacang, biji-bijian dan minyak sayuran yang memberi banyak manfaat bagi memelihara keseimbangan hormon serta sistem saraf.

Lemak Tepu
- Lemak jenis ini mudah ditemui dalam produk tenusu serta daging yang mana ia sangat berguna untuk membantu fungsi penyerapan otak dan kalsium. Bagaimanapun, jika pengambilannya secara berlebihan (lebih dari 20gm sehari), lemak tersebut berupaya menjadikan pembuluh darah anda tersumbat seterusnya mengakibatkan penyakit jantung.

Lemak Trans
- Lazimnya, lemak jenis ini juga boleh diperolehi pada makanan proses yang tidak mampu dicerna oleh tubuh secara efektif. Kandungan lemak trans itu akhirnya meningkatkan kemasukan kolesterol jahat, menyumbat saluran arteri dan mencetuskan masalah pada jantung.
  

 Gula

 Sementaraitu, gula pula boleh dikelaskan sebagai bahan karbohidrat yang kompleks dan sederhana.

Karbohidrat Kompleks
- Ia berasal dari sayur-sayuran dan gandum. Sebenarnya tubuh mencerna dengan lambat dan membekalkan tenaga secara terus. Oleh kerana itulah, gula yang dihasilkan ini boleh dianggap sebagai sumber tenaga utama yang diterima oleh badan manusia.

Karbohidrat Sederhana
- Boleh ditemui dalam roti, biskut serta kuih-muih. Tubuh kemudiannya akan mencerna nutrisi ini pada kadar yang cepat sehingga tahap gula cenderung untuk naik mendadak pada waktu tempoh yang singkat. Gula yang terhasil daripada proses ini boleh dianggap sebagai penyebab diabetes, penyakit jantung dan masalah obesiti.


Oleh itu, sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, agak-agaknya yang mana satu akan dipilih? Adakah gula atau lemak? Pakar pemakanan mencadangkan agar kedua-duanya dilakukan secara seimbang kerana bukan semua lemak atau gula yang berbahaya terhadap kesihatan.




Call / SMS / WA :  017-6396124
Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

No comments:

Post a Comment