Assalamualaikum wbt.
Hari ni saya nak share resepi bagaimana nak elak @ kurangkan sembelit dikalangan anak-anak kecil kita. Bahan-bahan yang digunakan tidaklah susah nak dicari. Semuanya ada di dalam dapur rumah kita. Saya dah pun membuat eksperimen sendiri ke atas dua anak saya berumur 2 tahun dan 4 tahun. Mereka berdua ni memang boleh kata kerap sembelit jugak la... Alhamdulillah selepas saya cuba resepi ni, anak saya dah tak de lagi kena sembelit. Memang mujarab.
Psssttt... Saya dapat resepi ni pon dari Pak Lang Ghasari (pak cik kepada suami saya).
Bunga Cengkih
Minyak Zaitun
Bahan-bahan sampingan adalah pasta/spageti dan rencah untuk buat sup. Paling mudah saya guna kiub ayam je.... Pastikan kiub ayam tu adalah "No MSG"
Pasta / Spageti
Kiub Ayam
Cara nak masak pon tak lah susah sangat. Paling senang... Cepat pon cepat.. Anak tak tunggu lama nak makan...
Saya renehkan air atas dapur, tunggu sehingga air didih. Kemudian saya masukkan 2 biji bunga cengkih, 3-4 titis minyak zaitun dan kiub ayam (mengikut keperluan @ secukup rasa). Lepas tu, saya masukkan spageti/pasta ke dalam periuk tu tadi. Bila dah cukup masak, boleh dihidang terus. Saya tidak menambah garam ke dalam hidangan ini kerana kiub tersebut sudah pun mempunyai rasa.
Anda juga boleh menambah daun pasli, lobak merah, daun sup @ telur ke dalam masakan anda.
P/S:
Selain resepi di atas, saya juga ada memberi Omega Guard, Meal Shake dan Chewable Vita-C dari Shaklee kepada kedua-dua puteri saya. Hasilnya, mereka bertambah sihat, kurang dijangkiti sesema, batuk mahupun demam. Segala-galanya adalah usaha saya, selebihnya adalah urusan Allah swt.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi saya melalui:
Haliza Kamis
SMS/CALL di 017-6396124
No comments:
Post a Comment