1 - Dia Sanggup Menunggu
Sekali pun sudah jauh malam tetapi anda masih di pejabat lagi. Kerja yang masih banyak membuatkan anda tidak betah tangan menyiapkannya. Namun si jejaka idaman masih setia menanti bagi memastikan keselamatan anda terjamin. Ini kerana dia bimbangkan keselamatan anda. Dia mahu anda selamat pulang ke rumah.
2 - Dia Tunjukkan Tanda Badan di Tubuhnya
Membuka satu rahsia dalam hidup sebenarnya bukan mudah kalau seseorang itu tidak istimewa di hatinya. Jarang ada lelaki yang mahu menunjukkan tanda-tanda lahir yang sebelum ini tersembunyi di sebalik pakaiannya. Justeru itu, kalau si dia sudah membuka rahsia peribadinya, ia bermakna, anda amat bernilai di hatinya.
3 - Berkongsi Rahsia Peribadi
Sama seperti tanda peribadi di tubuh, berkongsi cerita-cerita rahsia juga satu dari tanda, anda sangat istimewa di hatinya. Bila dia sudah bercerita bermakna, dia sangat mempercayai anda dan mahu menjadikan anda seorang suri dalam hidupnya. Lelaki biasanya agak ego namun apabila mereka sudah membuka rahsia diri, ia memberi makna dia mahu berkongsi segala-galanya dengan anda.
4 - Dia Menjadikan Anda Tempat Rujukan
Sebenarnya bukan mudah untuk lelaki berkongsi segala-galanya atau menjadikan wanita tempat untuk mereka bersandar, berpaut dan sebagainya. Lelaki biasanya lebih senang bercerita dengan kaum sejenis mereka. Tetapi bila dia sudah menjadikan anda tempat rujukan bermakna anda sangat istimewa.
5 - Dia Membuat Lirikan Mata
Setiap kali anda berbual dengannya, lirikan matanya seperti memberikan satu tanda, dia seperti menyenangi anda. Dia akan memberikan sepenuh tumpuan terhadap apa yang anda ceritakan. Malah kalau boleh dia mahu kelihatan seperti lelaki yang sangat romantis di mata anda.
6 - Dia Menghargai
Terasa diri dihargai!! Jarang sekali, wujud perasaan sebegini di dalam hati setiap orang kerana walau pun anda ada ramai kawan tetapi belum tentu ada yang sangat mengambil berat tentang diri anda, sanggup berbuat untuk anda dengan seluruh hatinya malah diri dia begitu menghargai anda, bermakna anda sangat bermakna di hatinya.
7 - Dia Belikan Anda Minuman
Memang anda sangat istimewa dihatinya kalau dia sering mengambil berat tentang diri anda. Termasukalh soal makan minum anda setiap hari. Kalau dia sudah mengambil berat soal ini, bermakna anda begitu istimewa di hatinya. Setiap pagi ada saja nasi lemak dan kopi o yang sudah terhidang di meja anda. Jika ini terjadi, bermakna, andalah gadis idaman dirinya.
Ihsan: Mingguan Wanita
No comments:
Post a Comment