Semalam (16/05/2014) adalah merupakan Sambutan Hari Guru yang disambut setiap tahun di Malaysia. Bagi kedua-dua puteri saya, mereka memang menantikan Hari Guru ni. Kedua-dua beradik ni berlainan sekolah. kakak di tadika manakala adik di taska. Antara sebab mengapa mereka ni suka sangat dengan Hari Guru ialah hanya pada hari tu je mereka dapat meraikan guru-guru di sekolah masing-masing. Bagi hadiah istimewa untuk guru masing-masing. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti sukaneka, pertandingan mewarna, permainan rebut kerusi bermuzik dan lain-lain lagi.
Untuk pengetahuan semua, kedua-dua puteri saya ni memang meminati seni. Macam mama dia jugak la kan. Hehehehe.. Mana tak tumpah kuah, kalau tak ke nasi kan.... Nak dijadikan cerita, kedua-dua puteri saya ni menang tempat pertama dalam pertandingan mewarna di 'school' masing-masing. Kalau kat rumah pun, asyik pegang pensil, pensil kaler dan kertas je... Memang suka sangat menconteng dan mewarna... Tengok je la kat dinding rumah ni.. Habis dibuatnye 'Mural'. Tapi memang berbaloi sangat... Kecil-kecil dah ada hobi...
Kakak dengan hadiah yang dimenanginya
Adik dengan hadiah yang dimenanginya
Rahsia anak saya Cerdik, Cerdas, Cergas dan Pintar adalah kerana mereka ni cukup nutrisi dan vitamin. Saya berikan mereka Meal Shake, Omega Guard dan Chewable Vita-C.
Baca lebih lanjut di: Set Kanak-Kanak Pintar
No comments:
Post a Comment