Monday, 14 July 2014

Senaman Ketika Hamil Bantu Perkembangan Bayi

Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Amerika Syarikat mendapati senaman yang dilakukan sewaktu hamil dapat membantu meningkatkan perkembangan janin dalam kandungan.




Kajian yang dilakukan itu merujuk kepada sekumpulan wanita hamil antara usia 20 hingga 35 tahun. Mereka kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama perlu melalui latihan senamrobik secara sederhana sesuai dengan keupayaan mereka untuk jangkamasa 30 minit setiap 3 kali seminggu. Manakala kumpulan satu lagi tidak perlu melalui rutin senaman yang ditetapkan.

Kumpulan penyelidik dari bidang perubatan dan biosains Kansas City University dan Pusat Perubatan Universiti Kansas ini menggunakan ujian yang tidak memberi gangguan kepada ibu hamil. Ujian itu dilakukan dengan mengawal perkembangan janin, pernafasan dan pergerakan bayi dalam kandungan, kadar denyutan jantung dan sistem saraf autonomiknya.

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sama ada senaman semasa hamil memberi kelebihan kardiovaskular kepada janin. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti adakah senaman semasa hamil dapat meningkatkan kadar pernafasan janin dan sistem respiratori.


Kajian Mendapati:
  • Secara signifikin, kadar denyutan jantung janin rendah dalam kedua-dua kumpulan wanita itu tadi.
  • Semasa ujian pergerakan pernafasan, kadar denyutan jantung janin pada jangka masa pendek dan secara keseluruhannya lebih tinggi dalam kumpulan wanita hamil yang bersenam mengikut jadual.
  • Kawalan ukuran kardiovaskular ternyata lebih tinggi dalam terhadap kumpulan wanita yang bersenam mengikut jadual.
  • Tidak ada perbezaan yang signifikan dalam kawalan ukuran kardiovaskular antara dua kumpulan tadi terutama semasa janin tidak bernafas.
  • Kajian ini dapat memberi panduan mengenai kelebihan senaman semasa hamil untuk perkembangan janin berdasarkan berkaitan yang diperoleh dalam pergerakan pernafasan janin dan perkembangan sistem saraf autonomik.


Periksa Keadaan Diri
  • Ibu hamil perlu mendapatkan panduan dan idea senaman yang selamat ketika hamil. 
  • Kenal pasti  apakah selepas melahirkan anda telah benar-benar bersedia untuk melakukan senaman semula. Ketahui senaman yang dibolehkan untuk wanita yang telah melahirkan.
  • Ada kalanya senaman semasa hamil dilarang sama sekali demi keselamatan dan kesihatan ibu, bayi dan kedua-duanya. Jadi sebelum memulakan senaman, periksa keadaan diri anda dengan doktor anda.
  • American Collage of Obstetricians ang Gynecologist (ACOG) memberi garis panduan senaman yang tidak boleh dilakukan oleh wanita yang menghadapi keadaan seperti di bawah:
  • Mempunyai masalah serangan jantung
  • Masalah pada paru-paru
  • Masalah pada serviks
  • Kehamilan kembar yang mana berisiko untuk melahirkan bayi pramatang 
  • Pendarahan semasa trimester kedua dan ketiga
  • Plasenta previa selepas minggu ke-26
  • Kelahiran pramatang
  • Pecah air ketuban
  • Preeklampsia
  • Darah tinggi kronik
  • Anemia


Hentikan Jika:
  • Pendarahan pada vagina
  • Pening dan pitam
  • Nafas tersekat-sekat
  • sakit kepala
  • Sakit dada
  • Lemah otot
  • Bengkak (akibat pendarahan yang tidak sempurna)
  • sakit pelviks atau sakit belakang
  • Kontraksi dan kelahiran pramatang
  • Janin kurang bergerak (belajar untuk memantau pergerakan bayi tetapi biasanya jarang bergerak apabila ibunya bergerak aktif)
  • Kebocoran pada vagina
  • Degupan jantung bergerak pantas walau pun setelah anda berhenti berehat





Sumber: MW April '10

No comments:

Post a Comment