Tuesday, 6 January 2015

Rak Pinggan Mangkuk IKEA Seperti Baru

Assalamualaikum wbt.

Nak cerita sikit ni.. Kelmarin, saya mengemas dapur. Memang sangat teruja la jugak. Rasanya dah hampir 2 minggu saya basuh rak tu. Tapi saya basuh bahagian atas je la sebab tak sempat nak cuci yang bahagian bawah tu.

Nak dijadikan cerita, sekali saya kalih belakang rak tu.. MasyaAllah... Kotornya.. Geli pon ada. Nasib ada penyelamat saya. Kejap je dah bersih. Dah macam baru pula rak pinggan mangkuk IKEA saya ni. Tak payah nak nyental kuat-kuat..

Dengan bantuan pencuci serbaguna BASIC H saya, Alhamdulillah... Seperti baru. Rasailah sendiri, baru tau...


TESTIMONI SENDIRI 

 

 
Kesan degil hilang selepas dicuci dengan Basic H



Kotoran dicelah-celah pun hilang



Testimoni yang lain berkaitan Basic H ~ Kuali Bersih Tanpa Kesan Degil




Sebarang Pertanyaan dan Pembelian, Hubungi:


Haliza Binti Kamis
Telefon/SMS/Whatsapp: 017-6396124
Email saya: ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Monday, 5 January 2015

Resepi Sotong Udang Masak Paprik

Assalamualaikum.

Hari ini saya nak share dengan kawan-kawan semua dengan Resepi Sotong Udang Masak Paprik yang simple tetapi lazat. Ramuannya tidaklah susah mana. Senang je.




Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 3 ekor sotong
  • 10 ekor udang
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap pekat
  • 2 batang kacang panjang - dipotong 1 inci
  • 1 biji bawang besar - dihiris
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 batang lobak merah - dihiris memanjang
  • garam dan serbuk perasa
  • 2 sudu minyak masak

 

Cara-cara

  1. Rebus sotong dan udang separuh masak - air rebusan jangan dibuang.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar, serai, daun limau purut sehingga naik bau wangi.
  3. Kemudian masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap pekat, kacau sehingga sos tersebut menjadi pekat.
  4. Masukkan air rebusan tadi, kacang panjang, dan lobak. Setelah lobak nampak separuh masak, masukkan pula sotong dan udang tadi. 
  5. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba!!


# Resepi En Suami... 

Saturday, 3 January 2015

Promosi Januari 2015 : Vivix, Alfalfa & Vitalea For Children


Assalamualaikum dan Hai!!
Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat tahun baru 2015.

Bulan ini merupakan bulan yang sangat istimewa kerana Shaklee buat promosi 3 produk kesihatan secara serentak. Produk yang ditawarkan oleh Shaklee sempena Promosi Januari 2015 ialah Vivix, Alfalfa Complex dan Vitalea For Children.






Promosi Vivix Januari 2015

Vivix Beli 6 Percuma 1

Vivix Twin Pack


Antara produk kesukaan emak saya ialah Vivix. Produk ini banyak khasiat dan manfaatnya. Mak saya suka kerana rasanya yang manis masam buah. Lepas tu, tak perlu nak bancuh-bancuh. Hanya minum sesudu kfc je setiap hari untuk kesihatan berpanjangan.

Kalau nak tau lebih lanjut tentang Vivix, boleh klik di Sini dan di Sini

Sangatlah beruntung kalau membeli Vivix di waktu promosi kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding pada waktu biasa. Jangan lepaskan peluang untuk merasainya sendiri dan WAJIB buat stok selama setahun. Rugi kalau tak GRAB Vivix ni.




Promosi Alfalfa 2015

Alfalfa Beli 6 Percuma 1

Alfalfa Twin Pack


Alfalfa dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan. Sebab apa saya gelarkannya begitu? Nak tahu sebab-sebabnya? Meh saya bagitau serba-sedikit tentang kehebatan Alfalfa. Ianya merupakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian. Sangat hebat untuk membantu:


  1. Ibu Menyusu yang ingin Memperbanyakkan Susu Ibu
  2. Individu yang nak kuruskan badan
  3. Individu yang mengalami masalah sembelit
  4. Individu yang Gout
  5. Individu yang Asthma
  6. Individu yang Allergik
  7. Wanita yang mengalami masalah keputihan
  8. Dan macam-macam lagi kelebihan yang ada pada Alfalfa ni.
Nak tau lebih lanjut tentang Alfalfa, boleh klik di Sini

Sangat rugilah kalau anda tak membeli Alfalfa ni. Saya suka alfalfa sebab saya boleh kuruskan badan dan membantu masalah keputihan saya.




Promosi Vitalea For Children

Beli 3 Percuma 1


Vitalea For Children ni dah lama tak ada di pasaran Malaysia. Hampir 2 tahun lamanya. Sebab-sebab Shaklee menghentikan penjualan Vitalea For Children ni sebab Shaklee nak upgradekan kandungan khasiatnya.Kemunculan Vitalea For Kid ni memang ditunggu-tunggu oleh semua ibu-ibu. Ianya merupakan multivitamin yang boleh dikunyah dan mempunyai rasanya yang sedap selain membantu tumbesaran anak-anak.

Jom belikan Vitalea For Kid untuk anak-anak anda.


Jangan lepaskan peluang untuk membeli vitamin Shaklee ketika Promosi. 




Sebarang Pertanyaan dan Pembelian:
Call / SMS / WA :  017-6396124
Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Friday, 2 January 2015

ALKOHOL & KESAN KEPADA MANUSIA

Minuman beralkohol adalah minuman yang mengandungi alkohol (ethanol). Ia juga dikenali sebagai arak atau minuman keras.




 Jenis-Jenis Minuman Beralkohol

 1. Minuman beralkohol dalam pasaran

i)   Liquor (vodka, whisky)
ii)  Bir (shandy, beer dan stout)


2. Minuman alkohol yang disediakan secara tradisional

i)   Tuak,
ii)  Todi,
iii) Air tapai



TAHUKAH ANDA!!


Alkohol tergolong dalam kumpulan dadah penindas(depressant) yang menindas dan mengganggu sistem saraf dengan melambatkan fungsi/gerakbalas badan.

Dalam jumlah yang tinggi, alkohol boleh menyebabkan rasa mengantuk, mabuk, pengsan dan kematian.

Di bawah Akta Makanan 1983, minuman beralkohol tidak boleh di jual kepada mereka yang berumur kurang dari 18 tahun.




KETAHUI KESAN ALKOHOL KEPADA ANDA



KEMABUKAN

(Kesan Jangka Pendek)
  • Kecederaan
  • Kemalangan
  • Pergaduhan
  • Mencederakan Orang Sekeliling

KEBERGANTUNGAN

(Kesan Jangka Panjang)
  • Masalah Kesihatan Mental
  • Hilang Tumpuan Pekerjaan
  • Masalah Sosial & Ekonomi
  • Kemurungan

TOKSIK KEPADA ANGGOTA BADAN

(Kesan Jangka Panjang)
  •  Sirosis Hati
  • Kanser Mulut, Tekak dan Esofagus
  • Kerosakan Otak
  • Pankreas
  • Kecacatan bayi (wanita mengandung yang mengambil alkohol)


ALKOHOL MEMUDARATKAN KESIHATAN


Alkohol yang diminum diserap di bahagian usus kecil dan perut. Penyerapan ini berlaku dengan pantas dan boleh dikesan kehadirannya di dalam darah dalam tempoh 5 minit selepas meminum minuman tersebut.

Selepas proses penyerapan berlaku, alkohol akan tersebar ke seluruh tubuh dan mula memberi kesan terhadap setiap sistem tubuh terutamanya sistem saraf, sistem penghadaman, sistem peredaran darah, sistem endokrin dan otot-otot badan.



PENGAMBILAN MINUMAN BERALKOHOL DI KALANGAN REMAJA


Sekiranya remaja mengambil alkohol:
  • Terdedah kepada kemalangan dan kecederaan akibat mabuk
  • Meningkatkan risiko gangguan seksual
  • Merencatkan dan merosakkan perkembangan otak
  • Terdedah kepada penyalahgunaan dadah
  • Meningkatkan risiko kepada masalah sosial yang lain seperti ponteng sekolah dan pergaduhan
  • Mendedahkan kepada tingkah laku berisiko untuk penyakit kelamin, jangkitan HIV dan aktiviti seks rambang
  • Membahayakan rakan mereka yang tidak mengmbil alkohol dengan perlakuan mereka ketika mabuk

INGATLAH!


Pencegahan pengambilan minuman beralkohol memerlukan penglibatan semua pihak. Semua individu harus memainkan peranan mereka dengan:
  • Menggerakkan masyarakat membantu remaja menghindari alkohol
  • Membangunkan dan menyokong persekitaran yang boleh membantu remaja menghindari alkohol
  • Ibubapa harus berusaha mengekalkan keharmonian rumahtangga dan keluarga supaya remaja rasa dihargai dan disayangi maka mereka tidak mencari hiburan diluar rumah
  • Remaja harus memahami tentang kemudaratan minuman beralkohol




Sumber: Kementerian Kesihatan malaysia

10 Sebab Saya Suka Basic H

 

Saya suka Basic H.

Saya Suka Basic H.

Saya Suka Basic H.

Kenapa saya begitu menyukai Basic H??





Berikut adalah 10 sebab saya jatuh CINTA dengan BASIC H!  


1. UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA RUMAH YANG BERTOKSIK.

Sesetengan bahan yang kerap digunakan dalam produk di setiap rumah adalah berunsurkan ammonia, peluntur klorin, phenol, butyl cellosolve dan formaldehid — yang mana kesemuanya boleh di dapati di bawah sinki dapur anda. Manakala Basic H adalah bukan toksik dan selamat untuk digunakan oleh seisi keluarga anda. 

2. PEMBERSIH SERBAGUNA

Basic H membersih semuanya dari dapur, bilik mandi, peralatan, kerja-kerja kayu, cermin, lukisan dinding dan lantai. Walaupun ianya adalah kaca. Jadi, ianya adalah pembersih 2 dalam 1 iaitu pembersih sinki dan jubin. Campurkan ¼ sudu teh Basic H2 ke dalam botol Get Clean Spay 16 oz bagi mendapatkan kesan bersih untuk pelbagai tempat.

3. SINGKIR PEMBERSIH TINGKAP BERASASKAN AMONIA

Basic H membersihkan tingkap sama dan setanding jenama terkemuka yang lain. Malah, jeriji tingkap juga bersih dan kelihatan seperti baru. Kandungan di dalam Basic H juga bebas amonia. Masukkan 2 titis Basic H2 ke dalam 16 oz air untuk membersihkan tingkap.

4. MENGHILANGKAN KESAN YANG HAMPIR MUSTAHIL


Menjadi igauan ngeri untuk menghilangkan kesan gincu pada kain dan kesan warna krayon di dinding. Namun dengan kekuatan Basic H, ia mampu membuat anda tersenyum puas kerana Basic H adalah penyelamat anda.


5. MENGHILANGKAN KESAN GRIS DENGAN MUDAH


Adalah amat sukar untuk menghilangkan kesan gril di tempat barbeku yang berminyak, ketuhar, malah adalah mustahil untuk membersihkan minyak jika terpercik di dinding konkrit. Caranya mudah, anya campurkan 2 oz Basic H dengan segelen air untuk menghilangkan kesan berminyak.


6. MENANGGALKAN KESAN CAT YANG DEGIL

Masukkan 1 sudu Basic H ke dalam baldi air panas untuk mengupas 'wall paper' lama anda. 1 1/2 sudu teh Basic H ke dalam setengah gelen air untuk membersihkan berus cat yang melekit. Hanya rendam selama 24 jam dan bilas dengan air panas.


7. MENJIMATKAN WANG


Satu botol Basic H, 16 oz jika digunakan mengikut arahan dan aturan di label botol dapat membuat sehingga kira-kira 214 botol (28 oz). Sedia digunakan untuk pelbagai kegunaan.


8. PENEMAN KETIKA BERKHEMAH & MELANCONG


Bawa bersama Basic H yang bersaiz kecil ini untuk memudahkan anda membersih pakaian, pinggan mangkuk, dan segala-galanya menjadi bersih.


9. MENJAGA ALAM SEKITAR


Sentiasa mesra alam, Basic H dapat mengendalikan segalanya walaupun sukar dibersihkan. Kandungan Basic H adalah  tanpa fosfat, borat, nitrat, atau lain-lain bahan kimia.


10. KURANG PENCEMARAN DI TAPAK PELUPUSAN


Basic H merupakan superconcentrated, jadi anda akan menggunakan lebih sedikit botol  berbanding produk lain sepanjang tahun.


Saya percaya apabila anda mencubanya, anda pasti akan jatuh cinta seperti saya dan beberapa orang yang lain !!!!


DAPATKAN HARI INI JUGA!
 




Sebarang pertanyaan dan pembelian, sila hubungi:

HALIZA KAMIS
Your Trusted SID
017-6396124






Info daripada Bonnie Donahue

Thursday, 1 January 2015

Waktu Paling Mustajab Berdoa

Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH:



  1. Malam Lailatul-Qadar.
  2. Ketika Hujan Lebat.
  3. Ketika Akan dan Setelah Selesai Solat.
  4. Ketika Menghadapi Barisan Musuh di Medan Peperangan.
  5. Sepanjang Bulan Ramadhan.
  6. Di antara Azan dan Iqamah.
  7. Ketika Sujud dalam Solat.
  8. Ketika Iktidal Akhir dalam Solat.
  9. Ketika Khatam (Tamat) Membaca 30 Juz Al-Quran.
  10. Sepanjang Malam, Paling Utama Sepertiga Awal dan Sepertiga Akhir (Waktu Sahur/Solat Malam).
  11. Malam Jumaat dan Sepanjang Hari Jumaat Kerana Mengharapkan Bersua Dengan Saat Ijabah (Diperkenankan Doa) yang Terletak di antara Terbit Fajar hingga Terbenam Matahari pada Hari Jumaat.
  12. Di antara Waktu Zuhur dan Asar.
  13. Doa Sebelum Berbuka Puasa.


DOA HARIAN


"Ya Allah, muliakanlah orang yang sedang membaca doa ini. Lapangkanlah hatinya, bahagiakanlah keluarganya dan luaskanlah hatinya seluas lautan yang Engkau ciptakan. Mudahkanlah segala urusannya, kabulkanlah cita-citanya, jauhkan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkanlah dari segala musibah. Terimalah semua amal ibadahnya dan kelak jadikanlah dia penghuni syurga-Mu."

Amin Ya Rabbal 'Alamin. 



DOA KETIKA MEMULAKAN TUGAS


"Ya Allah, aku memohon padaMu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah Yang Maha Berkuasa menentukannya".

Amin Ya Rabbal 'Alamin.