Sunday, 28 December 2014

Tips Sihat: Makan Lebih Buah & Sayur


... dan mudah didapati. Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan zat dan

Buah dan sayur merupakan sumber utama yang membekalkan vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting untuk kesihatan.


Mengapa Perlu Makan Buah Dan Sayur?


Buah dan sayur perlu kerana ia mempunyai pelbagai kebaikan antaranya:
  • Serat dapat mengurangkan masalah SEMBELIT.
  • Vitamin dan mineral membantu mencegah PENYAKIT.
  • Potasium menguatkan fungsi OTOT.
  • Antioksidan melambatkan proses PENUAAN.
Selain itu juga, ia boleh dijadikan sebagai snek berkhasiat kerana ia rendah kalori dan kaya dengan serat.

Kita perlu mengambil 2 sajian buah-buahan dan 3 sajian sayur-sayuran setiap hari.

Contoh sajian:

Satu sajian sayur-sayuran.

  
1/2 cawan sayuran berdaun hijau
1/2 cawan sayuran berdaun hijau dengan batangnya boleh dimakan, atau



ulam-ulaman
  1 cawan sayur mentah atau ulam-ulaman



Satu sajian buah-buahan


Buah Jambu Batu Yang Banyak Khasiat
  1/2 biji buah jambu batu bersaiz sederhana, atau


... buah OREN , warna buah OREN ialah OREN , isinya juga berwarna OREN
1 biji buah oren, epal, pir yang sederhana, atau


Berbangga pada Pisang dan Mangga 
1 biji pisang yang sederhana / 1potong betik dan nenas.


Tips: Meningkatkan Pengambilan Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran.

  • Makan pelbagai jenis buah segar.
  • Jadikan buah-buahan sebagai gantian makanan ringan (snek).
  • Utamakan buah-buahan segar berbanding buah-buahan dalam tin.
  • Minum jus buah-buahan segar tanpa ditambah gula.
  • Makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang terdiri daripada pelbagai warna.
  • Pilih sup sayur, kurangkan mengambil sup berkrim.
  • Amalkan pengambilan ulam-ulaman.


Panduan Mengekalkan Kandungan Nutrien Buah-Buahan dan Sayur-Sayuran

  • Cuci buah dan sayur sebelum dimasak atau dimakan.
  • Elakkan merendam buah dan sayur selepas dipotong.
  • Elakkan memasak sayur-sayuran terlalu lama.
  • Masukkan sayur apabila air telah mendidih atau minyak telah cukup panas.
  • Gunakan lebihan air rebusan sayur untuk dijadikan stok sup anda.
  • Masak bahagian sayur yang keras terlebih dahulu.
  • Simpan sayur dan buah ditempat penyimpanan yang sesuai.
 

Amalkan 5M 

  1. Mengurangkan gula
  2. Mengurangkan Garam
  3. Mengurang Minyak
  4. Melebihkan Buah-Buahan
  5. Melebihkan Sayur-sayuran
 



KHASIAT
CONTOH
KEBAIKAN
VITAMIN C
Betik, Jambu Batu, Belimbing, Oren dan Nenas.


  • Membantu mencegah penyakit Skurvi
  • Membantu penyerapan zat besi
  • Meningkatkan sistem ketahanan tubuh terhadap penyakit

VITAMIN A
Kangkung, Cekur Manis, Lobak Merah, Kailan, Bayam Merah.


  • Penting untuk kesihatan mata
  • Mencegah rabun malam dan kerosakan pada mata

SERAT
Sayur-Sayuran, Ulam-Ulaman, Buah-Buahan, Kekacang, Bijirin, Bijirin Sarapan Pagi, Jagung, Pasta dan sebagainya.


  • Menurunkan kandungan kolestrol dalam darah
  • Mengurangkan masalah sembelit
  • Membantu dalam mengawal berat badan
 

Wednesday, 24 December 2014

6 Cara Mudah Didik Anak Menjaga Kebersihan Oral

Anak-anak harus didedahkan mengenai kebersihan gigi semenjak dari awal lagi. Perkara pertama ialah mendidik anak kecil ini memberus gigi agar menjadi kebiasaan. Namun mengajak mereka memberus gigi bukannya mudah.

 

Ibu perlu mempunyai trik tertentu untuk mengajak anak memberus gigi. Jangan mudah berputus asa jika percubaan pertama anda gagal. Berikut langkah demi langkah yang boleh diikuti:



1. SEDIAKAN PERALATAN MENGGOSOK GIGI



Sebelum menggosok gigi, sediakan berus gigi yang bersaiz kecil iaitu 1.5 cm. Pemegangnya harus besar dan tebal, selain bulu yang halus.



















2. LETAKKAN UBAT GIGI

Bagi kanak-kanak berusia lebih dari 2 tahun, pilih ubat gigi yang sesuai. Letakkan mengikut saiz yang disyorkan. Bagi kanak-kanak  berumur 1 - 2 tahun, elak menggunakan ubat gigi untuk menghindari mereka menelannya.



3. TUNJUKKAN CONTOH GERAKAN

Berdiri bersama anak di depan cermin dan mintanya mengikuti cara anda memberus gigi. Pada usia ini anak biasanya mengalami kesukaran dalam mengawal gerakan berus gigi secara tepat.




4. PRAKTIK BERSAMA

Dengan membelakangkan anak, pegang tangannya dan arahkan berus ke giginya. Minta dia meniru cara anda memegang dan menggerakkan berus gigi. Bagi sikecil yang baru belajar memberus gigi, letakkan berus gigi pada sudut 45 darjah lalu gerakkan ke kiri dan kanan secara perlahan. Setelah anak semakin besar, ajarnya memberus gigi dengan memberus secara memutar dan seterusnya ke atas dan ke bawah.



5. BERKUMUR

Selesai memberus gigi, minta anak berkumur dengan air masak agar terhindar daripada risiko cirit-birit akibat tertelan air mentah.



6. SELESAI

Terakhir, minta anak membersihkan sisa-sisa ubat gigi di sekitar mulutnya. Bagi memupuk kebiasaannya menggosok gigi pada anak, setelah selesai, berikannya hadiah seperti ciuman kasih sayang atau pelukan.




 Tip Ciptakan Suasana Seronok
  • Libatkan si kecil ketika membeli berus gigi, ubat gigi, gelas untuk berkumur dan tempat menyimpan berus gigi. Berikan kebebasan untuknya memilih barangan yang disukai.
  • Sediakan jam pasir untuk mengira waktunya memberus gigi.
  • Teman anak memberus gigi sambil menyanyikan lagu kegemarannya atau bercerita mengenai watak kartun kesukaannnya yang rajin memberus gigi.




Ihsan: Mingguan Wanita Disember 2014