Wednesday, 24 December 2014

6 Cara Mudah Didik Anak Menjaga Kebersihan Oral

Anak-anak harus didedahkan mengenai kebersihan gigi semenjak dari awal lagi. Perkara pertama ialah mendidik anak kecil ini memberus gigi agar menjadi kebiasaan. Namun mengajak mereka memberus gigi bukannya mudah.

 

Ibu perlu mempunyai trik tertentu untuk mengajak anak memberus gigi. Jangan mudah berputus asa jika percubaan pertama anda gagal. Berikut langkah demi langkah yang boleh diikuti:



1. SEDIAKAN PERALATAN MENGGOSOK GIGI



Sebelum menggosok gigi, sediakan berus gigi yang bersaiz kecil iaitu 1.5 cm. Pemegangnya harus besar dan tebal, selain bulu yang halus.



















2. LETAKKAN UBAT GIGI

Bagi kanak-kanak berusia lebih dari 2 tahun, pilih ubat gigi yang sesuai. Letakkan mengikut saiz yang disyorkan. Bagi kanak-kanak  berumur 1 - 2 tahun, elak menggunakan ubat gigi untuk menghindari mereka menelannya.



3. TUNJUKKAN CONTOH GERAKAN

Berdiri bersama anak di depan cermin dan mintanya mengikuti cara anda memberus gigi. Pada usia ini anak biasanya mengalami kesukaran dalam mengawal gerakan berus gigi secara tepat.




4. PRAKTIK BERSAMA

Dengan membelakangkan anak, pegang tangannya dan arahkan berus ke giginya. Minta dia meniru cara anda memegang dan menggerakkan berus gigi. Bagi sikecil yang baru belajar memberus gigi, letakkan berus gigi pada sudut 45 darjah lalu gerakkan ke kiri dan kanan secara perlahan. Setelah anak semakin besar, ajarnya memberus gigi dengan memberus secara memutar dan seterusnya ke atas dan ke bawah.



5. BERKUMUR

Selesai memberus gigi, minta anak berkumur dengan air masak agar terhindar daripada risiko cirit-birit akibat tertelan air mentah.



6. SELESAI

Terakhir, minta anak membersihkan sisa-sisa ubat gigi di sekitar mulutnya. Bagi memupuk kebiasaannya menggosok gigi pada anak, setelah selesai, berikannya hadiah seperti ciuman kasih sayang atau pelukan.




 Tip Ciptakan Suasana Seronok
  • Libatkan si kecil ketika membeli berus gigi, ubat gigi, gelas untuk berkumur dan tempat menyimpan berus gigi. Berikan kebebasan untuknya memilih barangan yang disukai.
  • Sediakan jam pasir untuk mengira waktunya memberus gigi.
  • Teman anak memberus gigi sambil menyanyikan lagu kegemarannya atau bercerita mengenai watak kartun kesukaannnya yang rajin memberus gigi.




Ihsan: Mingguan Wanita Disember 2014

No comments:

Post a Comment