Friday 25 April 2014

Elak anak sembelit dengan bahan-bahan semulajadi


Assalamualaikum wbt.

Hari ni saya nak share resepi bagaimana nak elak @ kurangkan sembelit dikalangan anak-anak kecil kita. Bahan-bahan yang digunakan tidaklah susah nak dicari. Semuanya ada di dalam dapur rumah kita. Saya dah pun membuat eksperimen sendiri ke atas dua anak saya berumur 2 tahun dan 4 tahun. Mereka berdua ni memang boleh kata kerap sembelit jugak la... Alhamdulillah selepas saya cuba resepi ni, anak saya dah tak de lagi kena sembelit. Memang mujarab. 


Psssttt... Saya dapat resepi ni pon dari Pak Lang Ghasari (pak cik kepada suami saya).



Bahan utama yang saya gunakan adalah bunga cengkih dan minyak zaitun. 
Bunga Cengkih
 
Minyak Zaitun



Bahan-bahan sampingan adalah pasta/spageti dan rencah untuk buat sup. Paling mudah saya guna kiub ayam je.... Pastikan kiub ayam tu adalah "No MSG"


 
Pasta / Spageti
 

  Kiub Ayam


Cara nak masak pon tak lah susah sangat. Paling senang... Cepat pon cepat.. Anak tak tunggu lama nak makan...


Saya renehkan air atas dapur, tunggu sehingga air didih. Kemudian saya masukkan  2 biji bunga cengkih, 3-4 titis minyak zaitun dan kiub ayam (mengikut keperluan @ secukup rasa). Lepas tu, saya masukkan spageti/pasta ke dalam periuk tu tadi. Bila dah cukup masak, boleh dihidang terus. Saya tidak menambah garam ke dalam hidangan ini kerana kiub tersebut sudah pun mempunyai rasa.

Anda juga boleh menambah daun pasli, lobak merah, daun sup @ telur ke dalam masakan anda.



P/S: 
Selain resepi di atas, saya juga ada memberi Omega Guard, Meal Shake dan Chewable Vita-C dari Shaklee kepada kedua-dua puteri saya. Hasilnya, mereka bertambah sihat, kurang dijangkiti sesema, batuk mahupun demam. Segala-galanya adalah usaha saya, selebihnya adalah urusan Allah swt.



Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi saya melalui:
Haliza Kamis
SMS/CALL di 017-6396124

Saturday 12 April 2014

Manfaat Vitamin B-Complex Shaklee



Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?


Vitamin B1

Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6

Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12

Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga


Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

 
Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.



KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

 1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2.  Mengelakkan penyakit beri-beri. Maksud penyakit beri-beri

3.  Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4.  Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5.  Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6.  Mencegah stress.

7.  Menguatkan antibodi tubuh.

8.  Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9.  Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.


 

KELEBIHAN VITAMIN B-COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK


1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.


 

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA


1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.



KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG


1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).




Sebarang pertanyaan lanjut @ pembelian, boleh menghubungi saya:
HALIZA BINTI KAMIS
SID: 894712
H/P: 017-6396124
FB: www.facebook.com/mamabatrisya
FB Page: https://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik



kredit kepada: Umi Zhariff

Monday 7 April 2014

Tips: Makan Banyak, Berat Badan TURUN



Benarkah seperti yang dikatakan, makan lebih banyak boleh membantu menurunkan berat badan? Sememangnya makanan yang betul akan membantu anda menurunkan beberapa kilogram dengan membakar kalori dan menahan nafsu makan. Ikuti fakta berikut.

STIK

 

Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh The American Journal of Clinical Nutrition, wanita yang sedang berdiet dan mengambil makanan seperti daging merah mampu menurunkan berat badan lebih banyak. Caranya, panggang sekitar 4 auns daging sirloin berkualiti, hiris nipis-nipis di dalam campuran salad, atau campur dengan sayur-sayuran untuk membuat hidangan sihat anda.

TELUR


 

Makan semua yang terdapat pada telur, baik bahagian putih mahupun kuningnya. Telur tidak memberi kesan buruk kepada hati anda, tetapi dapat membantu anda mengurangkan beberapa inci. Telur omelette dan telur dadar merupakan pilihan yang tepat bagi anda yang tidak sempat memasaknya, panggang pada hari minggu dan sejukkan, hiris bila diperlukan dan dapat dimakan selama seminggu.

SAYUR KOBIS


 

Semangkuk sayur kobis mengandungi 43 kalori dan sekitar 1.3 gram serat serta mengandungi zat besi dan kalsium. Oleh itu, makanlah sayur kubis mentah yang dipotong lalu dimasak dangan kacang hitam.

GANDUM

 


Semua jenis gandum menyihatkan  tetapi ada beberapa vairasi gandum terutama yang diproses secara minimum mempunyai serat sebesar 5 gram per hidangan, sekaligus menjadikan ia sebagai pilihan terbaik. Gandum segera mengandungi 4 gram per hidangan. Oleh itu daripada makan roti, tambahkan gandum pada daging lebih kurang semangkuk untuk resepi sihat anda.

KEKACANG

 


Kekacang amat berkhasiat untuk merampingkan perut. Dengan memakannya dapat membantu mencegah kenaikan kadar insulin yang menyebabkan lemak terkumpul di dalam tubuh terutama di bahagian perut. Ada banyak jenis kekacang yang boleh anda makan, termasuklah kacang merah dan kuning yang dapat dimasak dengan cepat. Tambahkan kacang ini di dalam sos pasta agar makanan lebih sihat.

EPAL

 

Sebiji epal sehari dapat menjaga berat badan anda. Individu yang makan sebiji epal sebelum makan pasta akan mengambil lebih sedikit kalori berbanding makanan ringan. Epal ideal bagi anda yang memerlukan kudapan yang rendah kalori. Untuk membuat pai epal, potong epal berukuran sedang dan tabur dengan 1/2 sudu teh serbuk kayu manis dan 1/2 sudu teh bumbu dapur. Masukkan ke dalam ketuhar selama 1 1/2 minit.

PASTA GANDUM HITAM

 

Gandum hitam mengandungi serat tinggi. Tidak seperti kebanyakan karbohidrat. Gandum hitam juga mempunyai protein. Kedua-dua zat ini sangat penting untuk tubuh. Caranya masak pasta seperti memasak beras. Untuk makanan ringan, campurkan gandum hitam dengan brokoli, lobak merah dan bawang.


Ihsan: Mingguan Wanita (Mei'10)

Friday 4 April 2014

Manfaat dan Kelebihan Ostematrix Shaklee


Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.


Apa yang bestnya Ostematrix Shaklee ni?

  • Ostematrix Shaklee adalah Halal!
  •  Kandungan kalsiumnya paling premium dan kadar penyerapannya adalah 99%
  • 100% semulajadi
  • Penuh dengan garam mineral semulajadi dari Laut Mati
  • Bukan sekadar mengandungi kalsium, malah Ostematrix Shaklee mengandungi magnesium, fosforus, Vitamin D, Zink, Kuprum, Manganes dan Boron.
  • Kesemua mineral ini membantu pembinaan jisim tulang
  • Terbukti secara ujian klinikal dan penyelidikan


Siapa yang patut mengambil Ostematrix Shaklee?

  • Ibu mengandung
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Wanita yang sudah mencapai usia 30 tahun keatas (jisim tulang berkembang ke tahap maksimum pada umur 28 dan mengurang selepas itu ya)
  • Mereka yang kurang mengambil pemakanan yang sihat untuk kesihatan tulang contohnya mereka yang malas mengambil susu
  • Warga tua
  • Mereka yang merokok, minum alkohol atau penggemar minuman dan makanan ringan. Kesemua ini mengganggu penyerapan kalsium yang diambil dari pemakanan harian
  • Pesakit sakit belakang, gigi rapuh dan tulang reput
  • Wanita yang mengalami PMS (Pre-menstrual Syndrome)
  • Anda! (Betul tak??)

Jadi sekarang kita dah tahu apa yang ade dalam Ostematrix dan siapa yang patut ambil. Sekarang mari kita tengok dengan lebih jelas, apa manfaat yang boleh didapati dari Ostematrix ini.



Manfaat utama Ostematrix Shaklee:

1 - Menguatkan Tulang

Kalsium menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, gigi dan sistem saraf. Kalisum juga merawat tulang reput, menguatkan gusi dan merangsang darah untuk memekat.

2 - Memperbaiki Kekejangan dan Kebas:
Pengambilan 600mg kalisum sebelum tidur akan mengurangkan kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis

3 - Meringankan Stress:
Ostematrix mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, membantu tidur yang lebih selesa dan membantu memperbaiki depresi, mood yang tidak tetap, sakit kepala dan pitam

4 - Memperbaiki Masalah Haid:
Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit seaktu haid dan membantu membuang air kecil.

5 - Pengalkalian Tubuh
Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan PH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.

6 - Merawat penyakit ricket:
Meningkatkan penyerepan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal.

7 - Mengaktifkan Enzim Tubuh Untuk Menghasilkan Tenaga
Magnesium dalam Ostematrix adalah ion positif nombor dua penting didalam tubuh badan kita.

8 - Memelihara Metabolism Kerangka dan Pertumbuhan Otot
Ostematrix Shaklee mengandungi zink, Boron, Manganes dan Kuprum yang membantu memelihara metabolism kerangka badan.



Bagi bulan April 2014,  terdapat promosi khas untuk Ostematrix. Jika anda membeli 6 botol Ostematrix, anda akan mendapat 1 botol secara percuma.Tunggu apa lagi?? Jom dapatkan Ostematrix sekarang!!


Sebarang Pertanyaan dan Pembelian:

Call / SMS / WA :  017-6396124
Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan 
Kredit kepada:  Salwa Mohd Salleh

Thursday 3 April 2014

7 Tanda Anda Wanita Bertuah

Bertuah la badan kalau anda menjadi idaman lelaki. Lebih bangga lagi kalau lelaki yang mahukan anda itu menjadi kegilaan ramai wanita kerana ketampanan, kekayaan dan sikapnya. Cuba semak, adakah anda wanita bertuah yang menjadi idaman lelaki?


 


1 - Dia Sanggup Menunggu

Sekali pun sudah jauh malam tetapi anda masih di pejabat lagi. Kerja yang masih banyak membuatkan anda tidak betah tangan menyiapkannya. Namun si jejaka idaman masih setia menanti bagi memastikan keselamatan anda terjamin. Ini kerana dia bimbangkan keselamatan anda. Dia mahu anda selamat pulang ke rumah.

2 - Dia Tunjukkan Tanda Badan di Tubuhnya

 

 
Membuka satu rahsia dalam hidup sebenarnya bukan mudah kalau seseorang itu tidak istimewa di hatinya. Jarang ada lelaki yang mahu menunjukkan tanda-tanda lahir yang sebelum ini tersembunyi di sebalik pakaiannya. Justeru itu, kalau si dia sudah membuka rahsia peribadinya, ia bermakna, anda amat bernilai di hatinya.

3 - Berkongsi Rahsia Peribadi

Sama seperti tanda peribadi di tubuh, berkongsi cerita-cerita rahsia juga satu dari tanda, anda sangat istimewa di hatinya. Bila dia sudah bercerita bermakna, dia sangat mempercayai anda dan mahu menjadikan anda seorang suri dalam hidupnya. Lelaki biasanya agak ego namun apabila mereka sudah membuka rahsia diri, ia memberi makna dia mahu berkongsi segala-galanya dengan anda.

 4 - Dia Menjadikan Anda Tempat Rujukan

Sebenarnya bukan mudah untuk lelaki berkongsi segala-galanya atau menjadikan wanita tempat untuk mereka bersandar, berpaut dan sebagainya. Lelaki biasanya lebih senang bercerita dengan kaum sejenis mereka. Tetapi bila dia sudah menjadikan anda tempat rujukan bermakna anda sangat istimewa.

 5 - Dia Membuat Lirikan Mata

 

 

Setiap kali anda berbual dengannya, lirikan matanya seperti memberikan satu tanda, dia seperti menyenangi anda. Dia akan memberikan sepenuh tumpuan terhadap apa yang anda ceritakan. Malah kalau boleh dia mahu kelihatan seperti lelaki yang sangat romantis di mata anda.

6 - Dia Menghargai

Terasa diri dihargai!! Jarang sekali, wujud perasaan sebegini di dalam hati setiap orang kerana walau pun anda ada ramai kawan tetapi belum tentu ada yang sangat mengambil berat tentang diri anda, sanggup berbuat untuk anda dengan seluruh hatinya malah diri dia begitu menghargai anda, bermakna anda sangat bermakna di hatinya.

7 - Dia Belikan Anda Minuman

Memang anda sangat istimewa dihatinya kalau dia sering mengambil berat tentang diri anda. Termasukalh soal makan minum anda setiap hari. Kalau dia sudah mengambil berat soal ini, bermakna anda begitu istimewa di hatinya. Setiap pagi ada saja nasi lemak dan kopi o yang sudah terhidang di meja anda. Jika ini terjadi, bermakna, andalah gadis idaman dirinya.




Ihsan: Mingguan Wanita