Monday 24 February 2014

Teknik Perahan Susu Ibu yang betul


Sebab-sebab perlu memerah susu ibu:

  1. Melembutkan kawasan gelap payudara supaya bayi boleh melekap dengan sempurna.
  2. Mengekalkan penghasilan susu.
  3. Untuk membekalkan susu ibu kepada bayi yang terpisah daripada ibu sama ada kerana bayi/ibu dimasukkan ke hospital, atau ibu bekerja dan meninggalkan bayi kepada pengasuh.
  4. Bayi tidak dapat melekap pada puting payudara ibu dengan berkesan disebabkan lahir pramasa atau masalah oral.
  5. Untuk melegakan bengkak payudara atau duktus tersumbat dan mengelakkan mastitis.
  6. Puting payudara yang luka/melecet.
  7. Meningkatkan dan mengekalkan penghasilan susu





CARA MEMERAH SUSU:



1. Memerah dengan tangan


Teknik perah susu dengan tangan. Perhatikan tempat tangan diletakkan dan cara untuk picit - bentuk C

  • Memerah dengan tangan adalah pilihan terbaik jika perlu memerah susu pada hari-hari 1-3 selepas kelahiran.
    1. Basuh tangan dengan bersih sebelum memerah. 
    2. Sediakan bekas yang bersih dan steril. 
    3. Lakukan pemerahan di tempat yang bersih, tenang dan selesa 
    4. Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa.
    5. Buat sedikit urutan pada payudara dan rangsang/gentel puting payudara untuk memberi rangsangan (refleks oksitosin atau let-down reflex).
    6. Melihat gambar bayi juga boleh membantu menghasilkan refleks.
    7. Tuam panas payudara beberapa ketika juga boleh membantu menghasilkan refleks penghasilan susu.
    8. Buat pegangan “C” pada payudara, letakkan ibu jari di sebelah atas payudara berdekatan areola manakala jari telunjuk di bahagian bawah (utara dan selatan) 
    9. Tekan payudara ke belakang ke arah dada.
    10. Perah/picit dengan lembut menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, picit selama 2 saat dan lepaskan.
    11. Teruskan memicit sehingga susu keluar.
    12. Perah ke dalam bekas yang bersih dan steril.
    13. Buat berulang kali sehingga tiada lagi susu keluar.
    14. Tukar posisi jari ke bahagian lain mengikut pusingan semua bahagian payudara (timur-barat, tenggara-barat laut, barat daya-timur laut).
    15. Ulang proses memerah sehingga tiada lagi titisan susu.
    16. Tukar ke payudara yang satu lagi.
    17. Urut kedua-dua payudara dan mulakan sekali lagi.
    18. Perah setiap payudara 5-10 minit secara bergilir 
    19. Setelah selesai memerah, sapukan beberapa titik susu ke atas puting dan keringkan puting payudar.


2. Memerah dengan pam payudara


 Sesuai untuk ibu-ibu yang bekerja. Tiada yang mustahil
    1. Baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya. 
    2. Basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam.
    3. Basuh tangan dengan bersih.
    4. Duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa.
    5. Rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex).
    6. Posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield. 
    7. Mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri) # boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan.
    8. Pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir. 
    9. Masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu).



PANDUAN UMUM
  • Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan. 
  • Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex).
  • Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan.
  • Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, pam elektrik atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump.
  • Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction).
  • Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg).
  • Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. 
  • Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi.





Sumber : Penyusuan ibu; momschoice; Pejabat Kesihatan Daerah Petaling

Sunday 23 February 2014

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyusuan Susu Ibu??

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu SAHAJA dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.

Ini bermakna, dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi:
  • Diberi susu ibu sahaja
  • tidak perlu air atau susu tambahan
  • tidak perlu makanan pelengkap





 Faedah Susu Ibu Untuk Bayi
  1.  Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi).
  2. Mengandungi semua zat yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkenbangan otak bayi (IQ tinggi).
  3. Mudah dihadam & tersedia pada suhu yang sesuai.
  4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
  5. Mengurangkan risiko cirit-birit, pneumonia dan jangkitan telinga.

 Faedah Susu Ibu Untuk Ibu
  1. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
  2. Membantu mengecutkan rahim - kurang pendarahan.
  3. Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari.
  4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kehamilan.
  5. Mempercepatkan proses penurunan berat badan jika disertai dengan senaman.
  6. Menjimatkan wang dan masa.

Kepentingan Sentuhan Kulit ke Kulit
  1. Membuat bayi selesa & memanaskan badan bayi.
  2. Menggalakkan hubungan ibu dan bayi untuk memulakan penyusuan (merangsang penghasilan susu)
  3. Membolehkan pengklonian bakteria normal pada badan ibu kepada bayi.

Kepentingan Memulakan Penyusuan Awal
  1. Kolestrum adalah susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama hingga hari ketiga.
  2. Ia berkeadaan pekat, melekit, dan bewarna kekuningan.
  3. Pemberian kolestrum membantu mengelakkan bayi daripada jangkitan kerana ia mengandungi antibodi.
  4. Kolestrum mempunyai faktor pertumbuhan - bantu kematangan usus dan mencegah alahan.
  5. Kolestrum juga merupakan sejenis laksatif - mengeluarkan meconium dan mencegah jaundis.


Faedah Ibu dan Bayi Bersama Sepanjang Masa
  1. Bayi dapat disusukan pada bila-bila masa.
  2. Merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu.
  3. Membolehkan bayi anda mendapat cukup susu.
  4. Mengeratkan kasih sayang antara anda dan bayi anda.

Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi.
  1. Menyusu dengan kerap mengikut kehendak bayi.
  2. Memudahkan ibu menyusukan bayi.
  3. Mengekalkan penghasilan susu.
  4. Merangsang pengeluaran susu dengan cepat.
  5. Mengurangkan bengkak payudara.

Kepentingan Penyusuan Kerap Untuk Memastikan Susu Dihasilkan Secukupnya
  1. Susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan.
  2. Susui bayi anda dengan kerap mengikut kehendak bayi.
  3. Perah susu anda selepas menyusukan bayi sekiranya masih ada susu.
  4. Susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam.
  5. Perah susu sekiranya terpaksa berjauhan/terpisah dengan bayi.
  6. Pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya.



Kepentingan Penyusuan Susu ibu sepenuhnya
  1. Kandungan Nutrien dalam susu ibu adalah mencukupi untuk pertumbuhan bayi dari lahir sehingga berumur cukup 6 bulan.
  2. Berumur cukup 6 bulan bermaksud sehingga akhir 6 bulan atau 28 minggu atau 180 hari (bukan pada permulaan umur 6 bulan).
  3. Sistem pencernaan dan penghadaman bayi kurang dari 6 bulan masih belum matang untuk memproses makanan selain dari susu ibu.
  4. Antibodi dalam susu ibu memberi perlindungan dan mengurangkan risiko mendapat jangkitan.
  5. Penyerapan zat besi yang optima daripada susu ibu.
  6. Mengurangkan risiko mendapat cirit birit dan alahan.


Kepentingan meneruskan penyusuan susu ibu selepas 6 bulan
  1. Selepas 6 bulan:
    • Bayi anda perlu diberi makanan pelengkap dan penyusuan susu ibu diteruskan.
    • Susu ibu penting kerana ia membekalkan 1/3 hingga 1/2 daripada keperluan kalori bayi anda pada usia 12 bulan.
    • Pemberian susu ibu perlu diteruskan sehingga bayi anda berusia 2 tahun.




Ihsan dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling

Tuesday 18 February 2014

Alternatif Elak Kanser Melalui Makanan Anda

Lebih 90% statistik menunjukkan golongan wanita lebih terdedah kepada kanser dan hampir kesemuanya disebabkan kanser payu dara yang mana menjadi salah satu pembunuh kepada golongan wanita.
Bagaimanapun, masih ada baki 10% untuk lelaki juga menghidap penyakit ini dan terdapat sekurang-kurangnya satu peratus menunjukkan lelaki juga ada potensi untuk terkena kanser payu dara. Kanser masih boleh dicegah dari awal jika kita mampu mengawal gaya hidup, makanan dan kesihatan diri secara konsisten dan seimbang. Justeru Gen Y ingin berkongsi 15 jalan mudah untuk kita semua, baik lelaki mahupun wanita yang masih belum terlewat untuk mengelakkan diri daripada terkena virus pembunuh ini.

1. Kubis jeruk

 
Masukkan kubis jeruk dalam hidangan harian anda. Mungkin anda boleh cuba hidangan ini kerana kerana mengikut satu pemerhatian dan kajian pakar di Finland, makanan yang melalui proses penapaian akan menghasilkan beberapa sebatian yang boleh menghalang kanser.
Jika anda membelinya di dalam tin, bilas kubis jeruk untuk mengurangkan natrium sebelum anda makan. Jika tidak boleh atau biasa dengan rasanya, anda boleh mencubanya sesekali dalam hidangan berat sama ada makan tengahari ataupun hidangan makan malam.


2. Sayur brokoli

Apa kata kali ini kita tukar pilihan sayur kepada jenis brokoli. Sayur brokoli adalah makanan terbaik dalam menentang kanser jika anda mengambilnya setiap hari. Brokoli lebih baik jika anda mengukus untuk menjadi makanan kudapan atau ditambah ke dalam sup atau dijadikan salad.

Elak masak di dalam gelombang mikro kerana ia menghapuskan 97% flavonoids dalam brokoli.


3. Kacang Brazil

Sekiranya anda jenis yang gemar mengambil salad sebagai salah satu hidangan harian, kali ini cuba tambah kacang Brazil di dalam hidangan itu kerana ia kaya dengan selenium, iaitu sejenis mineral yang boleh membunuh sel kanser dan membantu sel membaiki DNA.

Kajian dan satu penyelidikan oleh Harvard mendapati 1,000 lelaki yang menghidap kanser prostat yang mempunyai tahap darah tinggi selenium, berjaya kurangkan 48% sakit ini.

Kajian yang dilakukan di Universiti Cornell dan University of Arizona menunjukkan yang 200 mikrogram selenium setiap hari tanpa membuang kulit kacang Brazil mengurangkan 63% risiko tumor prostat, 58% kanser kolorektum, 46% kanser paru-paru dan 39% sakit kanser secara keseluruhan.


4. Kalsium dan vitamin D

Ambil kalsium bersama vitamin D sebagai makanan tambahan. Menurut kajian Fakulti Perubatan di Dartmouth, Amerika Syarikat, makanan tambahan seperti kalsium bersama vitamin D membantu mengurangkan polip kanser iaitu sejenis risiko mendapatkan kanser kolon pada orang yang mempunyai masalah ketumbuhan.





5. Bawang putih

Bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh merangsang sistem imun semula jadi untuk menentang kanser dan juga mengurangkan pertumbuhan tumor. Ia begitu baik untuk dijadikan alternatif bagi mengelakkan kita dari virus kanser.

Ada kajian mengatakan bawang putih boleh mengurangkan insiden kanser perut.










6. Beri biru

Dengar seperti rutin makanan barat namun itulah yang baik untuk menjaga kesihatan diri dan sekali gus mampu mengelakkan diri daripada kanser dengan mengambil beri biru ke dalam hidangan terutamanya sarapan.

Buah beri biru adalah buah yang terbaik kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Antioksidan meneutralkan radikal bebas di mana terdapat sebatian yang tidak stabil yang boleh merosakkan sel dan menjadi punca kepada kanser.


7. Sos perapan

Banyakkan sos perapan untuk makanan bakar atau setiap kali aktiviti jamuan BBQ anda. Daging yang dipanggang atas api boleh mewujudkan pelbagai jenis bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser.

Namun, kajian yang diperoleh dari Institut Kajian Kanser Amerika Syarikat mendapati salutan daging dengan sos perapan yang tebal mampu mencegah terdedah dengan api secara langsung dan mengurangkan jumlah bahan kimia.

Adalah lebih baik anda masak daging anda di dalam ketuhar terlebih dulu sebelum mula gril di atas api agar daging anda masak sempurna.


8. Air kosong

Menurut kajian dari Jurnal Perubatan The New England pada tahun 1996 mendapati lelaki yang meminum lapan gelas air kosong setiap hari membantu menyingkirkan risiko kanser pundi kencing.

Wanita yang minum banyak air kosong pula membantu mengurangkan risiko kanser kolon. Penggemar minuman air kosong membantu mengurangkan risiko kanser sebanyak 45%. Namun kebaikan dan kesan positif terhadap pengambilan air kosong tidak perlu lagi diperkata kerana sudah terbukti menerusi banyak kajian yang air kosong sememangnya baik untuk sistem badan kita.


9. Teh hijau dan teh Cina

Jadikan minuman teh hijau sebagai tabiat sihat berbanding mengambil jenis air kopi lain. Kehebatan teh hijau terbukti di Asia sejak beribu tahun lagi terutamanya bagi masyarakat Cina yang sememangnya menjadikan teh itu sebagai hidangan wajib setiap hari.

Di barat, kajian baru membongkarkan yang teh hijau membantu menentang pelbagai jenis kanser. Para saintis percaya bahan kimia yang terdapat di dalam teh hijau yang dipanggil EGCG adalah salah satu bahan yang paling hebat melawan kanser.


10. Ikan salmon

 Kajian dari Australia mendapati sesiapa yang mengambil empat atau lebih hidangan salmon setiap minggu mampu menentang kanser leukemia, myeloma dan non-Hodgkin lymphoma.

Salmon sememangnya sudah terbukti khasiat yang terkandung padanya berdasarkan beberapa kajian lain sebelum ini. Salmon, makerel, halibut, sardin dan tuna turut membantu mengurangkan risiko kanser endometrium terhadap wanita.


11. Jemur diri



Berjemur 15 minit setiap hari adalah salah satu alternatif yang boleh mengelakkan diri kita daripada kanser. Cahaya matahari mengandungi vitamin D dan tahukah anda yang kekurangan vitamin D meningkatkan risiko kanser termasuk payudara, kolon, prostat, ovari dan perut.

Begitu juga penyakit diabetes, osteoporosis dan tekanan darah tinggi. Sesekali melakukan aktiviti luar di bawah cahaya matahari selama 15 minit tidaklah menggelapkan kulit anda tetapi membantu mengelak kanser.


12. Buah kiwi


Pilih kiwi sebagai buah pilihan. Buah kiwi membantu melawan kanser kerana kandungannya yang kaya vitamin C, vitamin E, lutein dan zat besi. Petua melembutkan isi daging adalah dengan menggosok hirisan buah kiwi pada daging yang mempunyai lemak.







13. Minum sitrus


Jadikan buah sitrus sebagai minuman harian bagi menggantikan pilihan kebiasaan lain selain air kosong yang sudah tentunya menjadi pilihan wajib. Pengambilan buah sitrus seperti lemon dan limau mampu membantu mengurangkan risiko kanser mulut, tekak dan perut.















14. Makanan organik


Makanan organik ditanam tanpa sebarang penggunaan racun perosak di mana racun perosak boleh menjadi punca kerosakan sel yang akhirnya menjuruskan kepada kanser. Pilih dan carilah jenis makanan ini untuk dijadikan hidangan baru.




 



15. Vitamin


Ambil multivitamin setiap pagi. Banyak kajian mencadangkan untuk mendapatkan tahap kesihatan yang terbaik, jangan lupa mengambil vitamin dan mineral kerana ia membantu memperbaiki fungsi sistem imun dan membantu mencegah pelbagai jenis kanser.












Haliza Kamis
017-6396124

Thursday 13 February 2014

Kebaikan Beras Perang Berbanding Beras Putih

Terdapat dua jenis beras iaitu beras putih dan beras perang. Kebiasaanya, nasi putih dimasak menggunakan beras putih. Hal ini kerana beras putih lebih lembut dan cepat dimasak Bagaimanapun jika nasi dimasak menggunakan beras perang, lebih banyak zat akan diperolehi.




Jika dilihat dari segi luaran, beras perang sama saja dengan beras biasa, tetapi apa yang membezakannya adalah beras perang tidak dibuang selaput kulit yang meliputi beras itu.

Oleh sebab itu, kebanyakan anda lebih menyukai beras biasa kerana ia lembut dan cepat dimasak, berbanding beras perang yang mempunyai tekstur agak kasar.

Ia dinamakan beras perang kerana beras terbabit belum ditapis dan diproses seperti beras putih yang sudah diproses dan dibuang kulitnya.




Bahagian yang dibuang itulah terkandung pelbagai nutrisi yang sememangnya diperlukan badan. Ini termasuk serat, protein, magnesium, manganese dan zink iaitu antara nutrisi yang terbuang semasa proses penapisan.

Beras perang membuat anda berasa lebih cepat kenyang dan membantu untuk mengambil makanan dengan jumlah yang kecil.

Ini dapat membantu proses berdiet kerana kandungan serat yang terkandung di dalamnya membuatkan proses penghadaman menjadi lebih mudah.

Bagi penghidap kencing manis, beras perang sememangnya menu terbaik bagi menggantikan beras putih yang sentiasa menjadi sajian anda. Ini kerana beras perang dapat membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Ia membebaskan gula secara perlahan berbanding beras putih.

Malah, kandungan serat yang tinggi dapat membantu mencegah penyakit kanser usus, dan juga dapat menyah bahan yang tidak diperlukan dan toksin daripada melekat pada usus.

Oleh itu, jika anda ingin menjaga kesihatan anda atau keluarga anda, amalkan pengambilan beras perang dalam menu seharian anda.

Wednesday 12 February 2014

Anda Mengantuk? Menguap? Penyakit Berjangkit? Fakta Tentang Menguap...

Setiap kejadian berlaku pasti ada sebabnya walaupun ia membabitkan organ tubuh badan sendiri. Mengapa kita ada kalanya keluar air mata, mata berkelip, rasa gatal pada mana-mana bahagian badan dan kepala berdenyut?

Begitu juga dengan perbuatan menguap yang langsung tidak boleh dikawal ataupun sengaja kita lakukan kerana tindakan itu dianggap sesuatu yang berlaku disebabkan kesan dalaman.




Lebih menariknya, pernahkah anda berada dalam situasi, apabila ada seseorang menguap, pasti akan ada orang lain juga menguap? Mungkin ia juga pernah terjadi pada diri anda.

Sebenarnya terdapat banyak spekulasi dan kajian yang dilakukan mengenai menguap. Antaranya, menguap dikatakan berpunca daripada saluran darah dalam badan manusia yang kekurangan oksigen.

Namun memberikan oksigen lebih dalam badan tidak boleh menghentikan menguap. Ada yang menyatakan menguap membabitkan reaksi kimia, reaksi emosi dan reaksi tindakan.

Atas faktor emosi dan kedekatan individu juga satu kajian yang dijalankan di Eropah, Amerika Utara, Asia dan Afrika mendapati yang tabiat menguap mempunyai kesan berantai yang boleh menyebabkan orang lain juga menguap.

Itulah sebab ada kalanya orang di sebelah kita menguap membuatkan kita juga terasa seperti ingin menguap sama walaupun tiada hubungan darah ataupun kenal antara satu sama lain.

Berdasarkan kajian yang pernah dilakukan, jangkitan menguap mereka adalah di antara individu yang mereka kenali seperti keluarga dan teman rapat serta orang asing atau baru dikenali.

Menariknya, kajian ini hanya menemui faktor paling penting yang menyebabkan seseorang itu boleh menyebarkan tabiat menguap adalah lebih kepada bentuk hubungan dan keakraban antara mereka dan bukan sebab lain.

Apabila melihat orang lain menguap, saraf seakan-akan meniru dan menyebabkan tubuh juga menguap. Ada sesetengah individu boleh menguap dengan hanya melihat gambar orang lain menguap manakala ada juga yang tidak menguap meskipun video aktiviti manusia menguap dipasang di hadapan mereka.


Berjangkit


Maksudnya di sini, menguap boleh berlaku kerana peniruan apabila melihat orang lain menguap atas faktor emosi dan kedekatan tanpa kita disedari. Atas alasan dan teori inilah, menguap itu dikatakan berjangkit.

Terdapat satu kepercayaan di Greek yang menyatakan manusia perlu menutup mulut apabila menguap bagi mengelakkan roh terlepas daripada mulut. Itulah kepercayaan mereka di atas perbuatan menguap itu.

Akan tetapi bagi masyarakat kita khususnya beragama Islam, kita dididik agar menutup mulut ketika menguap dan sunat mengucapkan ‘astaghfirullah’ selepas menguap kerana banyak hadis yang menyentuh mengenai perbuatan menguap dan adabnya membawa kepada satu makna. Islam tidak suka seseorang menguap tanpa menutup mulut, apatah lagi ketika solat.

Rasulullah sendiri pernah bersabda yang apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka).

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila kamu menguap, hendaklah menahan sekadar termampu kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap, syaitan akan mentertawakannya.

Ada yang menganggap menguap adalah perbuatan normal, namun ada juga negara yang merasakan menguap itu satu perbuatan antisosial sehingga kita menutup mulut.

Normal atau tidak, kita mempunyai adab menguap yang perlu diikuti. Ia bukan saja mengelak daripada sebaran rantaian menguap ini kepada orang lain, malah kita juga mengikut hadis dan sunah serta berusaha melawan tipu daya syaitan.

Jadi kepada kawan-kawan semua, patuhilah adab dalam Islam ketika anda menguap. Rantaian menguap bukan menyeronokkan, ia adalah satu tanda antisosial dan kita juga tentu tidak mahu ditertawakan oleh syaitan.




< Ihsan dari Harian Metro >

Tuesday 11 February 2014

Kelebihan Air Kosong ~ Air Masak ~ Air Putih : Pentingnya Pada Tubuh Badan Kita

Tak ada rasa apatah lagi manisan padanya. Warna pun putih dan langsung tiada gas atau karbonat. Itulah air kosong atau ramai menganggapnya air mineral yang umum mengetahui kebaikannya. Rasanya semua orang mengetahui pengambilan air kosong atau air suam yang mencukupi memberi banyak kebaikan namun masih ramai yang mengambil sikap sambil lewa terutamanya anak muda yang lebih gemar mengambil air bergas.





Percaya atau tidak, mengikut kajian, dalam kalangan lelaki juga, pengambilan air kosong boleh membantu menjadikan tubuh kelihatan lebih macho dan maskulin kerana air kosong adalah asas kepada kesediaan tubuh kental sebelum menjalani sebarang bentuk latihan.

Air kosong membantu sistem badan. Sentiasa tukarkan air dalam badan yang berkurangan akibat kerja keras. Ia membantu sistem badan berada dalam keadaan terbaik dan bersedia. Anda tentu tidak mahu tubuh sakit-sakit akibat daripada kerja lasak yang dilakukan.


Malah air kosong juga boleh membantu bentuk darah baru. Membuat usus besar bekerja lebih efektif dengan cara membentuk darah baru atau dalam istilah perubatan dipanggil aematopaises.


‘Mucosal fold’ pada usus besar dan usus kecil diaktifkan oleh kaedah ini, seperti teori yang menyatakan yang darah segar yang baru dihasilkan ‘musical fold’.

Apabila usus bersih, gizi makanan yang dimakan beberapa kali dalam sehari akan diserap dan dengan kerja ‘musical fold’, gizi makanan itu diubah menjadi darah baru. Darah adalah faktor penting dalam menyembuhkan penyakit dan kesihatan badan.






Ada pakar yang mencadangkan air kosong perlu diminum setiap hari sebaik saja bangun tidur tanpa gosok gigi terlebih dulu. Jangan minum air kira-kira setengah jam hingga sejam setiap kali selepas makan nasi. Apatah lagi minuman keras. Jauhkan sama sekali.

Sedaya mungkin cukupkan diet air kosong ini setiap hari. Jika perlu, gandakannya apabila melakukan latihan lasak. Lapan gelas air kosong sehari adalah mencukupi secara umumnya. Tapi bagi anda yang impikan kesihatan dan tubuh yang cantik dengan disiplin senaman istimewa, anda memerlukan dua hingga tiga kali ganda daripada itu. Itu adalah petua penting khususnya bagi lelaki yang inginkan tubuh cantik dan kelihatan macho.

Lelaki sememangnya perlu menjaga ketrampilan diri terutamanya pada aspek penjagaan tubuh badan dan kesihatan diri. Justeru dengan mengambil air kosong yang konsisten setiap hari, ia boleh menjamin keseimbangan itu.

Maklumlah jika mahu dibandingkan, lelaki lebih terdedah dengan pengambilan makanan ringan mahupun minuman manis kerana mereka jenis yang tidak mengambil berat soal diri ataupun diet. Jadi kalau mengamalkan air kosong setiap hari, setidak-tidaknya ia mampu menjaga sistem darah dalam badan sekali gus menjadikan tubuh lebih sihat.

Bagaimanapun bagi golongan wanita, air kosong juga penting bagi mereka namun ia tidak perlu ditekankan kerana mereka memang jenis yang gemar mengambil air kosong setiap hari tanpa perlu disuruh.

Air kosong sudah tentu membuatkan kulit lebih segar dan bersih. Jauh daripada penyakit seperti kencing manis dan sudah tentu akan menstabilkan sistem badan secara menyeluruh.

Kajian sains membuktikan makanan memberi kesan pada perlakuan seseorang. Dalam kajian terbaru mendapati kanak-kanak yang banyak minum soda (minuman bergas) menunjukkan perlakuan lebih agresif berbanding kanak-kanak yang tidak minum soda.

Hasilnya, penyelidik merumuskan kanak-kanak yang minum dua tin soda sehari dikatakan lebih agresif. Lebih menarik, kanak-kanak yang minum empat tin soda sehari mempunyai kecenderungan dua kali ganda untuk merosakkan barang orang, terbabit dalam pergaduhan dan membuat serangan fizikal berbanding kanak-kanak yang tidak minum soda.

Namun penyelidik tidak dapat menerangkan kaitan antara soda dan masalah perlakuan pada kanak-kanak, tetapi ada kemungkinan kandungan soda iaitu kafein atau fruktosa daripada sirap jagung yang tinggi menyumbang kepada perkara itu.




Bagaimana untuk kita memupuk sikap mengambil air kosong di rumah atau dalam sesebuah institusi keluarga?


  • Berhenti beli minuman bergas dan hadkan pengambilannya. Tegaskan minuman bergas hanya dihidangkan dalam rumah anda pada acara tertentu. Untuk berhenti mengejut mungkin agak sukar tetapi buat secara perlahan-lahan dengan membeli minuman bergas dalam botol kecil atau kuantiti yang sedikit. 
  • Ganti minuman bergas dengan jus buah-buahan. Lebih baik jika dapat menyediakan sendiri jus buah untuk keluarga kerana ia boleh mengurangkan kuantiti gula dalam minuman. 
  • Jika terpaksa, campurkan minuman bergas dengan air masak pada nisbah 1:1. Jika satu gelas minuman bergas, bermakna dicampurkan dengan satu gelas air masak. Ia secara perlahan-lahan akan mengurangkan keinginan untuk minum minuman bergas. 
  • Hidang minuman yang lebih menyihatkan seperti susu, susu soya dan jus buah.


< Ihsan dari Harian Metro >

Wednesday 5 February 2014

KELEBIHAN MEMAKAN OMEGA GUARD SHAKLEE

Jom kita berkenalan dengan Omega Guard Shaklee

Omega-3 terdiri daripada EPA dan DHA. Terdapat pelbagai fungsi EPA dan pelbagai tugas DHA kepada tubuh badan kita.



Fungsi EPA

  • Mencegah kanser
  • Mencegah pembekuan darah
  • Mengawal kadar kolestrol yang berlebihan
  • Baik untuk pesakit jantung
  • Menghindar tekanan perasaan
  • Mencegah penyakit darah tinggi


Tugas DHA

  • Mencegah asma
  • Meningkatkan daya seksual
  • Mencegah sakit kulit
  • Mengelakkan kanser payu dara
  • Mengelak kanser prostat
  • Menghindar daripada migrain, rasa kebas pada anggota badan
  • Mengelakkan rasa sejuk pada kaki dan tangan




Faedah & kepentingan Omega-3:

  • Merendahkan tahap trigliserida dalam darah
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung
  • Mengurangkan risiko ritma jantung tidak normal yang berbahaya
  • Mengurangkan risiko strok
  • Melambatkan pembentukan plak atherosclerotic
  • Merendahkan tekanan darah
  • Mengurangkan kekakuan dan kelembutan sendi
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.
## Semua risiko di atas kebanyakannya di sebabkan lemak tepu

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa omega-3 menggalakkan kesihatan kardiovaskular dan membantu mengekalkan tekanan darah yang normal. Omega-3 juga menyokong otak, visi, dan fungsi sendi yang sihat

Mengapa Omega Guard Shaklee?


Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak lebih 50 tahun lalu. Omega Guard Shaklee adalah ultrapure, dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik.


Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?



Ibu Hamil
  • Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko bayi lahir pra-matang ataupun dikenali sebagai bayi tak cukup bulan
  • Mengurangkan risiko gila meroyan selepas melahirkan bayi
  • Mengawal kenaikan berat badan ibu semasa hamil


 Ibu Menyusu 
  • Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga.
  • Membantu penurunan berat badan ibu tanpa jejas penghasilan susu dan kualiti susu


 Kanak-kanak 
  • Pertumbuhan badan yang sihat dan juga untuk kesihatan otak
  • Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma
  • Memperkuat sistem imunisasi badan


Mereka yang mengalami masalah berat badan 
  • Omega 3 meningkatkan hormon Leptine yang mengawal selera makan dan akan terasa kenyang lama.


Sering dilanda masalah kesihatan 
  • Batuk berkahak, selesema berterusan
  • Sakit-sakit sendi, kolestrol tinggi
  • Sakit Stroke



Sebarang Pembelian @ Pertanyaan:


Call / SMS / WA :  017-6396124


Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan