Showing posts with label B-Complex. Show all posts
Showing posts with label B-Complex. Show all posts

Thursday, 11 September 2014

Tanda-Tanda Awal, Punca & Cara Mengatasi Cirit Birit @ Diarea


Apa itu Cirit-Birit?

Cirit-birit merupakan keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan keupayaan membuang najis secara normal menyebabkan ia sentiasa perlu membuang najis pada setiap masa. Pembuangan najis dilihat berlaku apabila najis yang dikeluarkan dari dubur yang pada kebiasaannya dalam bentuk pepejal menjadi lembut, berair atau sangat berair. Keadaan ini sekiranya berlarutan mampu menyebabkan kekeringan air (terdehidrasi) @ dehydrated dan sekiranya berterusan mampu membahayakan pesakit juga boleh menyebabkan maut.


Tanda-tanda awal:

Kebiasaannya pesakit akan mengalami rasa kurang selesa dibahagian perut, sakit dibahagian ulu hati. Pesakit pada permulaan biasanya mula rasa gelisah, cepat berpeluh dan seram sejuk diseluruh badan. Dalam kes yang lebih teruk, ia mengakibatkan pesakit tersebut mula berasa loya, muntah-muntah dan juga demam.

   

Simptom:

  • Ketidaknormalan kerap berlaku dalam penggerakan usus.
  • Kehilangan banyak air dan najis yag tidak dicerna sepenuhnya.
  • Terasa kejang dibahagian perut, sakit menyengat di bahagian ulu hati (perasaan libang libu).
  • Flatulence (Kekembungan perut), kentut berpanjangan (pembuangan gas metana asli dari usus yang lebih busuk dari kebiasaan, dan kerap).
  • Apabila bahagian abdominal dipicit dan diurut, bunyi air dapat didengari dengan jelas.
  • Pembuangan najis cair dan berair berterusan, serta rasa ingin muntah atau mengalamai kemuntahan.

Tempoh berlaku:

Dalam kebanyakan kes, cirit birit berlaku dan berlarutan dalam tempoh 2-3 hari. Namun ia juga boleh berlaku pada kadar lebih lama dari itu. Misalnya dalam kes taun, cirit-birit serius boleh berlaku sehingga seminggu dengan kehilangan setengah liter air dalam badan dalam tempoh kira-kira sejam.


Sebab berlaku:

Terdapat beberapa faktor utama yang dikenal pasti penyebab masalah cirit-birit:
  • Minum air minuman yang tidak dimasak sempurna atau ditapis bersih.
  • Meminum air tercemar.
  • Memakan makanan tidak dibersih dan dimasak dengan betul dan menyeluruh seperti memakan daging dan telur yang mentah atau kurang dimasak.
  • Memakan makanan yang dicemari oleh bakteria berbahaya contohnya bakteria, Campylobacter, Salmonella, Shigella, dan Escherichia coli (E. coli).
  • Jangkitan virus (kuman). Terdapat pelbagai jenis kuman penyebab diarrhea, termasuklah rotavirus, norovirus, cytomegalovirus, herpes simplex virus, dan viral hepatitis. Jangkitan dengan rotavirus adalah penyebab biasa yang menyebabkan cirit-birit kepada kanak-kanak. Rotavirus diarrhea biasanya dapat dilangsaikan dalam 3 hingga 7 hari tetapi dapat menyebabkan masalah pencernaan laktosa melebihi sebulan atau lebih.
  • Parasit. Parasit juga dapat memasuki tubuh dari makanan atau minuman tercemar dan parasit juga dapat berlindung atau menetap dalam sistem pencernaan manusia. Contoh parasit penyebab diarrhea termasuklah Giardia lamblia, Entamoeba histolytica, dan Cryptosporidium.
  • Penyakit usus. Luka atau kesan melecet diantara dinding usus juga dapat menggalakkan jangkitan kuman dan menyebabkan penyakit pada usus, sindrom iritasi usus (IBS), ulcerative colitis, penyakit Crohn’s dan penyakit celiac acap kali menjadi penyebab kepada cirit-birit.
  • Ketidaktoleransian dan alahan kepada makanan serta sensitiviti. Ada segelintir orang yang mengalami cirit-birit apabila memakan makanan yang banyak lemak misalnya lauk bersantan, daging tidak buang lemak, memakan buah tinggi lemak seperti durian. Ada juga pesakit yang alah terhadap gula laktosa, gula ini sering dijumpai dalam susu dan produk hasilan susu. Maka ada juga orang yang akan mengalami cirit-birit apabila mengambil susu pada kadar yang banyak. Memakan makanan tinggi serat secara melampau dan bijirin dengan banyak juga boleh menyebabkan cirit-birit. Bayi biasanya berumur dibawah 2 tahun juga apabila diberikan susu formula juga boleh menyebabkan ia mengalami cirit birit. Lihat susu ibu untuk maklumat lanjut.

  • Tindak balas terhadap ubat-ubatan. Antibiotik, ubat anti-kanser, antasid yang mengandungi magnesium juga boleh menyebabkan diarrhea.
  • Kegagalan fungsi sistem usus dan pencernaan.



Suplement Shaklee yang disyorkan untuk Cirit-Birit

 





Nutriferon:

  • Mengukuhkan sistem imun (Mengaktifkan interferon)
  • Tingkatkan ketahanan badan

Performance Drink:

  • Mengganti potassium yang hilang
  • Elak dehidrasi dan Bantu kekalkan air dalam badan

 B-Complex

  • Menambahkan selera makan
  • Menukarkan makanan kepada tenaga


 Anda juga boleh terus membuat pembelian dengan hanya menekan perkataan ----> Set Vitamin Cirit-Birit






Sebarang Pertanyaan dan Pembelian:
Call / SMS / WA :  017-6396124

Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Wednesday, 10 September 2014

Tekanan Darah Rendah & Cara Merawat Dengan Shaklee.



Apakah itu Tekanan Darah Rendah?
(Hypotension)

Hypotension adalah istilah perubatan merujuk kepada tekanan darah rendah (kurang daripada 90/60) tanpa menunjukkan sebarang gejala.



 


Tekanan darah ditunjukkan dalam dua bacaan. Bacaan pertama mempunyai nilai lebih tinggi daripada bacaan kedua menunjukkan ukuran tekanan sistolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung berdegup dan mengisi mereka dengan darah. Bacaan kedua mengukur tekanan disatolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung terletak di antara denyutan (keadaan rehat)


Tekanan Darah Normal = 120/80 mmHg
Tekanan Darah Rendah =  90/60 mmHg


Tekanan darah yang normal biasanya di antara julat 120/80 (systolic/diastolic). Orang yang sihat, terutama atlet, tekanan darah rendah adalah tanda jantung (kardiovaskular) yang sihat (jantung dan saluran darah). Tetapi tekanan darah rendah menjadi tanda masalah asas terutamanya warga tua : di mana ia boleh menyebabkan aliran darah yang tidak mencukupi ke jantung, otak dan organ-organ penting yang lain.



Antara tanda-tanda jika anda mempunyai Tekanan Darah Rendah ialah:
  1. Cepat lelah/sesak nafas terutama bila cuaca panas.
  2. Sering menguap.
  3. Pening kepala ketika posisi badan berubah.
  4. Mudah berpeluh.
  5. Mata terkunang-kunang/penglihatan kurang jelas.
  6. Muka pucat.
  7. Mual dan lesu.
  8. Kulit berasa dingin, pucat dan lembap.
  9. Tangan dan kaki kebas.
  10. Pernafasan cepat dan pendek.
  11. Cepat haus.
  12. Pengsan (tahap serius). 


Punca Tekanan Darah Rendah adalah tidak jelas, tetapi ia boleh dikaitkan seperti berikut:

  1. Kehamilan.
  2. Masalah hormon seperti tiroid yang begitu aktif (hypothyroidism), tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme), kencing manis atau gula darah yang rendah.
  3. Terlebih dos dari ubat  tekanan darah tinggi.
  4. Kegagalan jantung.
  5. Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal).
  6. Pelebaran atau pengembangan saluran darah.
  7. Keletihan haba atau strok haba.
  8. Penyakit hati.




Suplement Shaklee yang disyorkan untuk Penghidap Tekanan Darah Rendah:




  

Vitalea

  • Multivitamin dan multimineral untuk mengimbangkan keperluan nutrien di dalam badan.
  • Mengandungi zat besi untuk pembentukkan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat.
  • Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen k tisu dan sel.

B-Complex :

  • Menambahkan tenaga dan mengurangkan stress.
  • Tingkatkan sel darah merah dan hemoglobin.
  • Lengkap dengan 8 kumpulan Vit B termasuk B12 dan folat.

Sustain Realeased Vita-C :

  • Bantu penyerapan vit B12 dan zat besi.
  • Bantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.


Tip mengatasi Tekanan Darah Rendah:

  1. Periksa tekanan darah secara berkala.
  2. Amalkan cara hidup sihat dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  3. Minum lebih banyak air terutama ketika cuaca panas dan selesema. 
  4. Ubah posisi badan secara perlahan-lahan (jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang-panjang selama beberapa kali, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan. Setelah itu barulah bangun berdiri.
  5. Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.
  6. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.
  7. Kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi, kentang, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.

Anda juga boleh terus membuat pembelian dengan hanya menekan perkataan ----> Set Tekanan Darah Rendah





Sebarang Pertanyaan dan Pembelian:
Call / SMS / WA :  017-6396124

Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Thursday, 19 June 2014

Kebaikan B-Complex Shaklee

Ramai yang terlepas pandang dengan satu vitamin yang tidak kurang pentingnya kepada tubuh badan kita. Tidak lain dan tidak bukan adalah vitamin B-Complex. 

Saya telah mengamalkan vitamin ini sejak anak saya yang kedua berusia 3 bulan sehinggalah sekarang, anak saya sudah 2 tahun 2 bulan.
Kesannya memang terbaik. Saya kurang stress, tubuh badan kurang letih dan saya dah lama tak kena migrain.




Tapi, antara bonus yang saya dapat daripada B-Complex yang nak saya share kat sini ialah, kulit muka dan tubuh saya bertambah sihat dan cantik. Hasil gabungan Sustained Release Vita-C dan Vitamin E Shaklee. Memang terbaik!!

Saya sudah, anda bila lagi?

Info dan pesanan
pm|sms|whatsapp:
Haliza Kamis
017-6396124
FB Page: Wellness Essentials
www.myvitaminstore.blogspot.com

Thursday, 5 June 2014

Mahu Kelihatan Cantik Seperti Siti Nurhaliza? Anda boleh mengamalkan Set Kulit Shaklee

Kecantikan, keanjalan dan kesihatan kulit adalah bergantung
kepada pemakanan kita. Tidak kiralah anda menggunakan mekap yg berkualiti atau set penjagaan kulit yang mahal, jika dalaman tidak dijaga tidak berguna juga.




Contoh terbaik adalah artis tersohor Malaysia iaitu Siti Nurhaliza yang mengamalkan pemakanan Vitamin C, Vitamin E dan B-Complex.


Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, sila
pm|sms|whatsapp:
Haliza Kamis
SID : 894712
017-6396124


Saturday, 12 April 2014

Manfaat Vitamin B-Complex Shaklee



Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?


Vitamin B1

Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6

Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12

Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga


Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

 
Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.



KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

 1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2.  Mengelakkan penyakit beri-beri. Maksud penyakit beri-beri

3.  Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4.  Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5.  Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6.  Mencegah stress.

7.  Menguatkan antibodi tubuh.

8.  Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9.  Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.


 

KELEBIHAN VITAMIN B-COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK


1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.


 

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA


1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.



KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG


1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).




Sebarang pertanyaan lanjut @ pembelian, boleh menghubungi saya:
HALIZA BINTI KAMIS
SID: 894712
H/P: 017-6396124
FB: www.facebook.com/mamabatrisya
FB Page: https://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik



kredit kepada: Umi Zhariff

Tuesday, 21 January 2014

Set Kesihatan Optimum Shaklee


Memberikan nutrien yang berkhasiat untuk anda sekeluarga supaya kekal sihat dan bertenaga.

Kebaikan:

  • Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
  • Membantu anda berasa lebih bertenaga
  • Menguatkan sistem imun
  • Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat

Kepentingan setiap vitamin shaklee kepada tubuh




Sustained Release Vita-C

  • Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.
  • Membantu dalam penyerapan zat besi.
  • Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
  • Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan.
  • Menjaga ketahanan badan dari selsema.
  • Menstabilkan bahan kimia dalam badan.


Vitalea (Multivitamin) 

  • Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian.
  • Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan.
  • Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan.
  • Penting bagi prosess pertumbuhan.
  • Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
  • Melengkapkan nutrient yang kurang.
  • Membantu penyerapan zat dari makanan. 



B-Complex

  • Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga
  • Mencegah kelesuan dan kemurungan
  • Membantu kelancaran urat saraf
  • Mengelakkan stress
  • Mengelakkan sembelit

Siapa yang boleh mengambil set ini?


  • Orang dewasa yang mementingkan kesihatan (kanak2 tidak boleh mengambil set ini)
  • Lelaki
  • Wanita
  • Pelajar
  • Warga emas
Set ini adalah ASAS atau BASIC, dipermudahkan untuk harga PALING EKONOMI. Anda boleh menambah Energising Soy Protein (ESP), Vita-E, Alfalfa, Omega Guard dan sebagainya untuk kesan yang lebih baik lagi.




Sebarang Pembelian @ Pertanyaan:
Call / SMS / WA :  017-6396124
Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

    Monday, 16 December 2013

    Rahsia Kulit cantik dengan Shaklee


    Sebab-sebab kenapa set Shaklee ini perlu anda ambil untuk mengatasi masalah kulit tidak sekata, berjerawat, berminyak, kering, kusam, jeragat dan lain-lain lag.

    1) Vita-E Complex 

    - Membantu mengurangkan parut, meningkatkan ketahanan sel kulit, menyokong prestasi otot dan mempercepatkan pemulihan, mengelakkan tisu teroksida menyebabkan kulit lebih gebu.

    2) Sustained Realeased Vita-C

    - Membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut. Menolong mengurangkan simptom alergi dan mengandungi kolagen yang membantu menguatkan sel kulit.

    3) B-Complex

    - Membantu dalam mengurangkan stress dan kelesuan, membantu wajah kelihatan lebih segar dan tidak kusam. Selain itu, ia juga menukarkan makanan menjadi tenaga dan meningkatkan fungsi otak.



    Anda juga boleh ADD ON:


    1) GLA Complex

    - Mengandungi Omega-6 yang bersifat anti radang yang membantu masalah kulit, melembapkan kulit.
    - Sesuai untuk masalah jeragat, dermatitis, eczema, psoriasis.

    2) Energing Soy Protein (ESP)

    - Protein penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel kulit, membentuk 'elastic fiber' untuk penegangan kulit.

    3) Alfalfa Complex

    - Membantu proses pembuangan toksin dari tubuh. Toksin dalam badan boleh menyebabkan masalah kulit berjerawat dan berminyak. Juga mengatasi masalah keradangan pada kulit akibat jerawat dan alahan (resdung).
    - Sesuai untuk masalah jerawat disebabkan alahan dan resdung.

    4) Zinc Complex

    - Merawat luka, mengawal keradangan pada kulit, meningkatkan ketahanan sel.
    - Sesuai bagi masalah jerawat yang teruk - jerawat batu, luka bernanah.



    TESTIMONI









    Sebarang Pertanyaan dan Pembelian:


    Call / SMS / WA :  017-6396124
    Email saya:  ajotngu21@gmail.com
    Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
    Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

    Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

    Wednesday, 17 July 2013

    Puasa dengan Performance Drink, B-Complex & GLA Complex ~ Kekal Bertenaga Sehingga Berbuka

    Bangun pagi tadi sempat bersahur ala mat salleh sebab en suami berbesar hati tolong buatkan sandwich telur + chicken slice yang sedap... Wallah!!! memang terbaik la... Kenyang perut mama...

    Bila hantar kedua-dua puteri ke taska, si kakak tidur lena kat back-seat. Si adik mula-mula tidur, tapi bila letak je kat seat depan terus bangun, nangis dan tetiba senyum sebab mama dia dok usap kepala dia. Bagus pulak tu... Tak bangun langsung seperti hari-hari yang lain. Baring melepet jek...

    Sampai je taska, kena angkat adik dulu... Kalau angkat kakak dulu, tentu-tentu adik akan nangis.. Huhuhuhu... Haru nanti.... Surprise!!! Alamak.... Sekali tengok... Tembus la pulak pampers adik... Jenuh mama ni nak adjust dukung adik supaya tak kena air kencing kat baju mama.... Teacher adik kat taska, dok gelakkan mama... Apa lagi, terus hantar adik ke bilik air... Untuk mandi la kan...

    Kakak, seperti biasa, kalau dah tidur, memang payah nak bangun... Apa lagi, tenaga mama la yang kelua pagi-pagi mendukung kakak dari kereta ke taska... Kakak rilek je... Suka dia, siap senyum.. Mana taknya.. Mama dukung dia... 

    Sampai pejabat, buat la perkara rutin sebagai penjawat awam... 

    Nasib baik pagi tadi minum Performance Drink + B-Complex + GLA Complex. Memang kekal bertenaga sehingga ke petang. Naik turun tangga pun masih steady.. Alhamdulillah syukur diberikan pinjaman kesihatan oleh ALLAH. Ada keluarga yang bahagia...