Thursday 19 April 2018

Memperkenalkan CoQ-Trol Plus Shaklee : Power Up Your Energy!

Assalamualaikum semua.

Hari ni saya nak share satu lagi vitamin Shaklee yang telah dipasarkan pada Januari 2018 iaitu CoQ-Trol Plus. Produk ini ternyata memiliki kebaikan, manfaat dan keistimewaannya sendiri untuk jantung, otak dan hati. Ianya dikeluarkan selepas Shaklee meng'upgrade' kandungan vitamin ini. Sebelum ini, vitamin ini dikenali dengan nama CoQ-Health Plus tetapi ianya telah dikeluarkan daripada pasaran pada tahun 2015.



Inilah dia vitamin CoQ-Trol Plus Shaklee yang baru



Coenzyme Q10 adalah komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati.

Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas.

Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.

Dengan peningkatan tahap tenaga yang lebih baik, kita mempunyai lebih ketajaman mental, berasa lebih bertenaga dan dapat melakukan lebih banyak perkara dalam satu hari. Serlahkan kehidupan anda dengan Coenzyme Q10, penjana tenaga utama anda!



Diantara kelebihan CoQ-Trol Plus ialah:

Tenaga yang berkekalan.

Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel anda serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Hasilnya, anda boleh menjalani hari anda dengan bertenaga, cergas, dan berkeyakinan. Peningkatan CoQ10 membantu:

- Meningkatkan kekuatan otot.
- Mempercepatkan pemulihan luka.


Peredaran Darah Yang Sihat.

CoQ10 lebih tertumpu kepada organ-organ yang menggunakan banyak tenaga seperti jantung. Peredaran darah yang sihat menunjukkan jantung anda kuat dan sihat. Untuk mengekalkannya berdegup dengan sihat, anda memerlukan CoQ10 tambahan yang membantu:

- Menguatkan otot-otot jantung.
- Menyokong fungsi jantung yang sihat.
- Meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin.


Sistem Reproduksi Yang Sihat.

 Selain bertindak sebagai antioksida yang kuat untuk melawan tindakbalas oksidatif, CoQ10 juga meyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum. Pengambilan CoQ10 membantu:

- Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.
- Meningkatkan pergerakan sperma.
- Meningkatkan kualiti ovum.

Kulit Yang Berseri. 

CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit yang melindungi kulit anda dari sinaran UV yang berbahaya. ia juga membekalkan tenaga untuk sel-sel yang rosak memperbaiki diri mereka sendiri, jadi kulit anda kekal berseri dan kelihatan lebih muda. Pengambilan CoQ10 membantu:

- Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan.
- Meningkatkan tekstur kulit.


Meningkatkan Fungsi Kognitif.

Bertindak sebagai antioksida yang melindungi saraf, CoQ10 membantu mengurangkan pembentukan plak amiloid, 9 salah satu punca utama Penyakit Alzheimer, di dalam otak anda. Kekalkan kesihatan sel-sel otak dan tingkatkan memori, tumpuan serta minda anda dengan CoQ10 yang juga membantu:

- Menjana fungsi otak yang sihat.
- Meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak.


Hah... Banyakkan kelebihan CoQ-Trol Plus ni kan.. Ada yang nak cuba tapi tak tahu nak order dari siapa?

Moh hubungi je saya:

Saya Pengedar Shaklee berdaftar di Setia Alam, Shah Alam, Klang, Subang dan penghantaran seluruh malaysia.



Haliza Kamis 017-6396124
Kamarul Rahmat. 017-3368777
Pengedar Shaklee PRO Anda
SID 894712


#coqtrolplus #coq10 #tenagaberkekalan #peredarandarahyangsihat #sistemreproduksiyangsihat #kulityangberseri #meningkatkanfungsikognitif #kekalcergassepanjanghari # 

Friday 16 March 2018

Tanda-Tanda Mereka Yang Kekurangan Vitamin B dan Kenapa

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Agak lama juga saya tidak menulis di blog ini. Maaf kerana membiarkan blog ini bersawang. Masa yang sangat-sangat terhad dengan melayani kerenah anak-anak yang super-duper aktif.

Baiklah, saya tidak mahu memanjangkan intro. Terus sahaja ke bahagian yang penting. Iaitu persoalan "Tanda-Tanda Mereka Yang Kekurangan Vitamin B di dalam Badan".





Diantara Simptom-Simptom Kekurangan Vitamin B yang dapat disenaraikan di sini ialah:
  • Keletihan Tidak Bermaya
  • Tidak Dapat Duduk Diam
  • Panik (Menggelabah/Buntu)
  • Sedih Tanpa Punca
  • Mudah Marah dan Merajuk
  • Kemurungan
  • Darah Gemuruh
  • Kekurangan Selera Makan
  • Sembelit
  • Lidah Merah dan Bengkak


Adakah kita tahu Kenapa Badan Kita Kekurangan Vitamin B yang sangat penting untuk tubuh badan kita? Terdapat 8 faktor-faktor yang boleh menyebabkan kita kekurangan Vitamin B iaitu:
  1. B-Complex larut di dalam air dan tidak boleh disimpan di dalam badan. Ianya perlu diganti setiap hari.
  2. Vitamin B boleh dimusnahkann oleh cahaya (matahari).
  3. Sekiranya kita makan/minum banyak gula, ianya boleh menghabiskan B-Complex. Bayangkan satu botol Coca-Cola perlu 5X RDA Vitamin B untuk menukarkan Coca-Cola ke bentuk tenaga.
  4. Alkohol juga boleh Menghabiskan simpanan B-Complex.
  5. Mereka yang sering menghadapi masalah tekanan mental dan fizikal memerlukan banyak B-Complex.
  6. Terdedah kepada suhu panas boleh memusnahkan B-Complex. Pelbagai vitamin musnah dalam persediaan makanan segera, makanan di dalam tin, makanan sejuk beku dan makanan separa masak.
  7. Kegunaan antibiotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga akan mengurangkan Vitamin B Complex.
  8. Kekurangan memakan hati, limpa dan jantung  kerana tabiat ataupun untuk menurunkan kadar kolesterol. Makanan ini dikatakan mengandungi banyak Vitamin B Complex. Jadi, kita perlu menambah pengambilan hati, limpan dan jantung untuk meningkatkan Vitamin B Complex di dalam ubuh badan.


Di antara Fungsi-Fungsi Vitamin B adalah:
  1. Membantu mengatasi masalah kelesuan.
  2. Penting bagi kesihatan memtal, membantu mencegah kemurungan.
  3. Membantu dalam pelepasan tenaga dari makanan.
  4. Gula, alkohol dan pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B.
  5. Perlu bagi urat saraf.
  6. Diperlukan bagi individu yang di dalam keadaan stress. 


Bagaimana Memilih Vitamin B-Complex Yang Terbaik?
  1.  Pastikan terdapat kesemua 8 kumpulan B-Complex mengikut RDA.
  2. Lihat label RDA (U.S) bukan MDR sekurang-kurangnya 100%.
  3. Pastikan di dalam peratusan RDA.
  4. Pastikan B-Complex yang seimbang. Contohnya: setiap Vitamin B mesti dalam 4 hingga 5X peratus U.S RDA. Jangan terima pemakanan  vitamin yang mempunyai Biotin 8% dan Thiamin 3000% U.S RDA.
  5. Pastikan Biotin dan Folic Asid diberi kadar yang mencukupi. Kedua Vitamin ini sangat mahal. Kandungannya sekurang-kurangnya 100%.
  6. Jangan terpedaya oleh kebebasan masa pengeluaran. Vitamin B tak perlu.
  7. Baca risalah yang diberi.
  8. Jangan peduli label iklan yang tanpa bukti.


B-Complex Shaklee dapat membantu menangani masalah bagi mereka yang kekurangan  Vitamin B kerana:





Nak juga?
Hubungilah saya:

Haliza Kamis 017-6396124
Kamarul Rahmat. 017-3368777
Pengedar Shaklee PRO Anda
SID 894712



#shakleebcomplex #tandatandakekuranganvitaminb #simptomsipmtomkekuranganvitaminb #kenapabadankekuranganvitaminb #fungsi-fungsivitaminbcomplex #bagaimanamemilihvitaminb #antistress #untukibumengandung #elakkecacatanjanin