Monday 7 April 2014

Tips: Makan Banyak, Berat Badan TURUN



Benarkah seperti yang dikatakan, makan lebih banyak boleh membantu menurunkan berat badan? Sememangnya makanan yang betul akan membantu anda menurunkan beberapa kilogram dengan membakar kalori dan menahan nafsu makan. Ikuti fakta berikut.

STIK

 

Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh The American Journal of Clinical Nutrition, wanita yang sedang berdiet dan mengambil makanan seperti daging merah mampu menurunkan berat badan lebih banyak. Caranya, panggang sekitar 4 auns daging sirloin berkualiti, hiris nipis-nipis di dalam campuran salad, atau campur dengan sayur-sayuran untuk membuat hidangan sihat anda.

TELUR


 

Makan semua yang terdapat pada telur, baik bahagian putih mahupun kuningnya. Telur tidak memberi kesan buruk kepada hati anda, tetapi dapat membantu anda mengurangkan beberapa inci. Telur omelette dan telur dadar merupakan pilihan yang tepat bagi anda yang tidak sempat memasaknya, panggang pada hari minggu dan sejukkan, hiris bila diperlukan dan dapat dimakan selama seminggu.

SAYUR KOBIS


 

Semangkuk sayur kobis mengandungi 43 kalori dan sekitar 1.3 gram serat serta mengandungi zat besi dan kalsium. Oleh itu, makanlah sayur kubis mentah yang dipotong lalu dimasak dangan kacang hitam.

GANDUM

 


Semua jenis gandum menyihatkan  tetapi ada beberapa vairasi gandum terutama yang diproses secara minimum mempunyai serat sebesar 5 gram per hidangan, sekaligus menjadikan ia sebagai pilihan terbaik. Gandum segera mengandungi 4 gram per hidangan. Oleh itu daripada makan roti, tambahkan gandum pada daging lebih kurang semangkuk untuk resepi sihat anda.

KEKACANG

 


Kekacang amat berkhasiat untuk merampingkan perut. Dengan memakannya dapat membantu mencegah kenaikan kadar insulin yang menyebabkan lemak terkumpul di dalam tubuh terutama di bahagian perut. Ada banyak jenis kekacang yang boleh anda makan, termasuklah kacang merah dan kuning yang dapat dimasak dengan cepat. Tambahkan kacang ini di dalam sos pasta agar makanan lebih sihat.

EPAL

 

Sebiji epal sehari dapat menjaga berat badan anda. Individu yang makan sebiji epal sebelum makan pasta akan mengambil lebih sedikit kalori berbanding makanan ringan. Epal ideal bagi anda yang memerlukan kudapan yang rendah kalori. Untuk membuat pai epal, potong epal berukuran sedang dan tabur dengan 1/2 sudu teh serbuk kayu manis dan 1/2 sudu teh bumbu dapur. Masukkan ke dalam ketuhar selama 1 1/2 minit.

PASTA GANDUM HITAM

 

Gandum hitam mengandungi serat tinggi. Tidak seperti kebanyakan karbohidrat. Gandum hitam juga mempunyai protein. Kedua-dua zat ini sangat penting untuk tubuh. Caranya masak pasta seperti memasak beras. Untuk makanan ringan, campurkan gandum hitam dengan brokoli, lobak merah dan bawang.


Ihsan: Mingguan Wanita (Mei'10)

No comments:

Post a Comment