Friday, 17 January 2014

Tip Penjagaan Kaki Merekah ~ Kaki Lembut dan Mulus Idaman Semua

Majoriti wanita begitu peka merawat wajah, namun tidak ramai mengambil berat penjagaan kaki. Akibat pengabaian ini, ramai wanita mengalami masalah kaki berkematu, kulit kasar dan tumit pecah. Selain sikap sambil lewa, mungkin juga wanita kekurangan bajet melakukan perawatan spa kaki. Memahami kewangan anda, saya kongsikan tip penjagaan dan perawatan kaki yang boleh anda lakukan sendiri di rumah.
 


Langkah Rawatan:


  • Cuci kaki menggunakan pencuci khas, pastikan anda mencuci celah jari dengan sempurna agar kotoran dan bau kaki hilang. Kemudian rendamkan kaki dalam air suam yang dicampurkan dengan minyak aromaterapi selama 10 hingga 15 minit.
  • Kemudian gunakan scrub untuk menggosok kaki. Skrub dapat menanggalkan kulit mati dan menjadikan kulit kaki lebih halus.
  • Sapukan masker khas pada bahagian kaki, biarkan ia kering lebih kurang 10 minit.
  • Selepas itu, lap kaki sehingga kering dengan menggunakan tuala lembut.
  • Kemudian, sapukan losen kaki agar kulit bahagian ini lembap dan lembut.
  • Bagi anda yang memakai kasut bertutup, sapukan bedak khas anti bakteria pada kaki untuk membuatkan kulit kaki kering. Bedak ini juga dapat menghilangkan bau kurang enak.
  • Ketika tidur malam, anda boleh juga menyarung stokin khas yang dapat meredakan tekanan pada bahagian kaki dan membantu melancarkan perjalanan darah; atau
  • Menggunakan krim serbaguna Herbal Blend Shaklee. Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal dimana ia dapat melembutkan kulit yang kasar & pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit. Dingin bermenthol dan tidak berminyak. Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuklah Sage, Horse Chestnut Yarrow dan Rosemary.



Tip Rehatkan Kaki

  • Rendam kaki selama 15 hingga 30 minit dalam air suam yang dicampurkan dengan garam bukit, garam laut mati atau garam kasar. Air rendaman ini akan membuatkan anda lebih relaks dan membuang toksin serta menghilangkan bau kaki. 
  • Apabila hendak tidur, lapik kaki dengan bantal peluk. Posisi ini membuatkan kaki dapat berehat dan melancarkan perjalanan darah.






Sebarang Pembelian @ Pertanyaan:
Call / SMS / WA :  017-6396124
Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

No comments:

Post a Comment