Sunday, 23 February 2014

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Penyusuan Susu Ibu??

Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu SAHAJA dari lahir sehingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun. Makanan pelengkap perlu dimulakan semasa anak berumur 6 bulan.

Ini bermakna, dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi:
  • Diberi susu ibu sahaja
  • tidak perlu air atau susu tambahan
  • tidak perlu makanan pelengkap





 Faedah Susu Ibu Untuk Bayi
  1.  Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi).
  2. Mengandungi semua zat yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkenbangan otak bayi (IQ tinggi).
  3. Mudah dihadam & tersedia pada suhu yang sesuai.
  4. Mengurangkan risiko kepada alahan.
  5. Mengurangkan risiko cirit-birit, pneumonia dan jangkitan telinga.

 Faedah Susu Ibu Untuk Ibu
  1. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
  2. Membantu mengecutkan rahim - kurang pendarahan.
  3. Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari.
  4. Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kehamilan.
  5. Mempercepatkan proses penurunan berat badan jika disertai dengan senaman.
  6. Menjimatkan wang dan masa.

Kepentingan Sentuhan Kulit ke Kulit
  1. Membuat bayi selesa & memanaskan badan bayi.
  2. Menggalakkan hubungan ibu dan bayi untuk memulakan penyusuan (merangsang penghasilan susu)
  3. Membolehkan pengklonian bakteria normal pada badan ibu kepada bayi.

Kepentingan Memulakan Penyusuan Awal
  1. Kolestrum adalah susu ibu permulaan yang dikeluarkan pada hari pertama hingga hari ketiga.
  2. Ia berkeadaan pekat, melekit, dan bewarna kekuningan.
  3. Pemberian kolestrum membantu mengelakkan bayi daripada jangkitan kerana ia mengandungi antibodi.
  4. Kolestrum mempunyai faktor pertumbuhan - bantu kematangan usus dan mencegah alahan.
  5. Kolestrum juga merupakan sejenis laksatif - mengeluarkan meconium dan mencegah jaundis.


Faedah Ibu dan Bayi Bersama Sepanjang Masa
  1. Bayi dapat disusukan pada bila-bila masa.
  2. Merangsang pengaliran dan pengeluaran susu ibu.
  3. Membolehkan bayi anda mendapat cukup susu.
  4. Mengeratkan kasih sayang antara anda dan bayi anda.

Kepentingan Menyusu Mengikut Kehendak Bayi.
  1. Menyusu dengan kerap mengikut kehendak bayi.
  2. Memudahkan ibu menyusukan bayi.
  3. Mengekalkan penghasilan susu.
  4. Merangsang pengeluaran susu dengan cepat.
  5. Mengurangkan bengkak payudara.

Kepentingan Penyusuan Kerap Untuk Memastikan Susu Dihasilkan Secukupnya
  1. Susui bayi anda sebaik sahaja bayi dilahirkan.
  2. Susui bayi anda dengan kerap mengikut kehendak bayi.
  3. Perah susu anda selepas menyusukan bayi sekiranya masih ada susu.
  4. Susui bayi anda di waktu malam kerana susu banyak dihasilkan di waktu malam.
  5. Perah susu sekiranya terpaksa berjauhan/terpisah dengan bayi.
  6. Pastikan anda makan makanan seimbang dan minum air secukupnya.



Kepentingan Penyusuan Susu ibu sepenuhnya
  1. Kandungan Nutrien dalam susu ibu adalah mencukupi untuk pertumbuhan bayi dari lahir sehingga berumur cukup 6 bulan.
  2. Berumur cukup 6 bulan bermaksud sehingga akhir 6 bulan atau 28 minggu atau 180 hari (bukan pada permulaan umur 6 bulan).
  3. Sistem pencernaan dan penghadaman bayi kurang dari 6 bulan masih belum matang untuk memproses makanan selain dari susu ibu.
  4. Antibodi dalam susu ibu memberi perlindungan dan mengurangkan risiko mendapat jangkitan.
  5. Penyerapan zat besi yang optima daripada susu ibu.
  6. Mengurangkan risiko mendapat cirit birit dan alahan.


Kepentingan meneruskan penyusuan susu ibu selepas 6 bulan
  1. Selepas 6 bulan:
    • Bayi anda perlu diberi makanan pelengkap dan penyusuan susu ibu diteruskan.
    • Susu ibu penting kerana ia membekalkan 1/3 hingga 1/2 daripada keperluan kalori bayi anda pada usia 12 bulan.
    • Pemberian susu ibu perlu diteruskan sehingga bayi anda berusia 2 tahun.




Ihsan dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling

No comments:

Post a Comment