Terdapat dua jenis beras
iaitu beras putih dan beras perang. Kebiasaanya, nasi putih dimasak
menggunakan beras putih. Hal ini kerana beras putih lebih lembut dan
cepat dimasak Bagaimanapun jika nasi dimasak menggunakan beras perang,
lebih banyak zat akan diperolehi.
Jika dilihat dari segi
luaran, beras perang sama saja dengan beras biasa, tetapi apa yang
membezakannya adalah beras perang tidak dibuang selaput kulit yang
meliputi beras itu.
Oleh sebab itu,
kebanyakan anda lebih menyukai beras biasa kerana ia lembut dan cepat
dimasak, berbanding beras perang yang mempunyai tekstur agak kasar.
Ia dinamakan beras
perang kerana beras terbabit belum ditapis dan diproses seperti beras
putih yang sudah diproses dan dibuang kulitnya.
Bahagian yang dibuang
itulah terkandung pelbagai nutrisi yang sememangnya diperlukan badan.
Ini termasuk serat, protein, magnesium, manganese dan zink iaitu antara
nutrisi yang terbuang semasa proses penapisan.
Beras perang membuat anda berasa lebih cepat kenyang dan membantu untuk mengambil makanan dengan jumlah yang kecil.
Ini dapat membantu
proses berdiet kerana kandungan serat yang terkandung di dalamnya
membuatkan proses penghadaman menjadi lebih mudah.
Bagi penghidap kencing
manis, beras perang sememangnya menu terbaik bagi menggantikan beras
putih yang sentiasa menjadi sajian anda. Ini kerana beras perang dapat
membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah. Ia membebaskan gula
secara perlahan berbanding beras putih.
Malah, kandungan serat
yang tinggi dapat membantu mencegah penyakit kanser usus, dan juga dapat
menyah bahan yang tidak diperlukan dan toksin daripada melekat pada
usus.
Oleh itu, jika anda ingin menjaga kesihatan anda atau keluarga anda, amalkan pengambilan beras perang dalam menu seharian anda.
No comments:
Post a Comment