Percaya atau tidak, mengikut kajian, dalam kalangan lelaki juga, pengambilan air kosong boleh membantu menjadikan tubuh kelihatan lebih macho dan maskulin kerana air kosong adalah asas kepada kesediaan tubuh kental sebelum menjalani sebarang bentuk latihan.
Air kosong membantu sistem badan. Sentiasa tukarkan air dalam badan yang berkurangan akibat kerja keras. Ia membantu sistem badan berada dalam keadaan terbaik dan bersedia. Anda tentu tidak mahu tubuh sakit-sakit akibat daripada kerja lasak yang dilakukan.
Malah air kosong juga boleh membantu bentuk darah baru. Membuat usus besar bekerja lebih efektif dengan cara membentuk darah baru atau dalam istilah perubatan dipanggil aematopaises.
‘Mucosal fold’ pada usus besar dan usus kecil diaktifkan oleh kaedah ini, seperti teori yang menyatakan yang darah segar yang baru dihasilkan ‘musical fold’.
Apabila usus bersih, gizi makanan yang dimakan beberapa kali dalam sehari akan diserap dan dengan kerja ‘musical fold’, gizi makanan itu diubah menjadi darah baru. Darah adalah faktor penting dalam menyembuhkan penyakit dan kesihatan badan.
Ada pakar yang mencadangkan air kosong perlu diminum setiap hari sebaik saja bangun tidur tanpa gosok gigi terlebih dulu. Jangan minum air kira-kira setengah jam hingga sejam setiap kali selepas makan nasi. Apatah lagi minuman keras. Jauhkan sama sekali.
Sedaya mungkin cukupkan diet air kosong ini setiap hari. Jika perlu, gandakannya apabila melakukan latihan lasak. Lapan gelas air kosong sehari adalah mencukupi secara umumnya. Tapi bagi anda yang impikan kesihatan dan tubuh yang cantik dengan disiplin senaman istimewa, anda memerlukan dua hingga tiga kali ganda daripada itu. Itu adalah petua penting khususnya bagi lelaki yang inginkan tubuh cantik dan kelihatan macho.
Lelaki sememangnya perlu menjaga ketrampilan diri terutamanya pada aspek penjagaan tubuh badan dan kesihatan diri. Justeru dengan mengambil air kosong yang konsisten setiap hari, ia boleh menjamin keseimbangan itu.
Maklumlah jika mahu dibandingkan, lelaki lebih terdedah dengan pengambilan makanan ringan mahupun minuman manis kerana mereka jenis yang tidak mengambil berat soal diri ataupun diet. Jadi kalau mengamalkan air kosong setiap hari, setidak-tidaknya ia mampu menjaga sistem darah dalam badan sekali gus menjadikan tubuh lebih sihat.
Bagaimanapun bagi golongan wanita, air kosong juga penting bagi mereka namun ia tidak perlu ditekankan kerana mereka memang jenis yang gemar mengambil air kosong setiap hari tanpa perlu disuruh.
Air kosong sudah tentu membuatkan kulit lebih segar dan bersih. Jauh daripada penyakit seperti kencing manis dan sudah tentu akan menstabilkan sistem badan secara menyeluruh.
Kajian sains membuktikan makanan memberi kesan pada perlakuan seseorang. Dalam kajian terbaru mendapati kanak-kanak yang banyak minum soda (minuman bergas) menunjukkan perlakuan lebih agresif berbanding kanak-kanak yang tidak minum soda.
Hasilnya, penyelidik merumuskan kanak-kanak yang minum dua tin soda sehari dikatakan lebih agresif. Lebih menarik, kanak-kanak yang minum empat tin soda sehari mempunyai kecenderungan dua kali ganda untuk merosakkan barang orang, terbabit dalam pergaduhan dan membuat serangan fizikal berbanding kanak-kanak yang tidak minum soda.
Namun penyelidik tidak dapat menerangkan kaitan antara soda dan masalah perlakuan pada kanak-kanak, tetapi ada kemungkinan kandungan soda iaitu kafein atau fruktosa daripada sirap jagung yang tinggi menyumbang kepada perkara itu.
Bagaimana untuk kita memupuk sikap mengambil air kosong di rumah atau dalam sesebuah institusi keluarga?
- Berhenti beli minuman bergas dan hadkan pengambilannya. Tegaskan minuman bergas hanya dihidangkan dalam rumah anda pada acara tertentu. Untuk berhenti mengejut mungkin agak sukar tetapi buat secara perlahan-lahan dengan membeli minuman bergas dalam botol kecil atau kuantiti yang sedikit.
- Ganti minuman bergas dengan jus buah-buahan. Lebih baik jika dapat menyediakan sendiri jus buah untuk keluarga kerana ia boleh mengurangkan kuantiti gula dalam minuman.
- Jika terpaksa, campurkan minuman bergas dengan air masak pada nisbah 1:1. Jika satu gelas minuman bergas, bermakna dicampurkan dengan satu gelas air masak. Ia secara perlahan-lahan akan mengurangkan keinginan untuk minum minuman bergas.
- Hidang minuman yang lebih menyihatkan seperti susu, susu soya dan jus buah.
< Ihsan dari Harian Metro >
No comments:
Post a Comment