Monday 31 March 2014

Keracunan Darah Boleh Bawa Maut (SEPTISEMIA)




Sindrom Septisemia adalah kehadiran bakteria dalam darah (Bakteremia) dan selalunya ia berkaitan dengan jangkitan teruk. Tubuh mengandungi banyak mikroorganisma pada kulit dan usus yang selalunya amat baik dan tidak mengancam kepada kesihatan. Tetapi apabila organisma ini memasuki aliran darah dan merebak ke seluruh tubuh, ia boleh berkembang kepada jangkitan yang kuat.

Septisemia adalah satu jangkitan yang akan mencemarkan darah dengan pelbagai bakteria. Jika tidak dirawat dengan sempurna, darah yang dijangkiti boleh mencemarkan organ-organ atau tisu-tisu tubuh seperti otak, hati atau buah pinggang, dan boleh juga membawa maut. Jika dibiarkan pada tahap awal, septisemia boleh berkembang menjadi lebih serius kepada kejutan septik. Septisemia juga boleh dikenali sebagai Keracunan Darah atau Sepsis.

PENYEBAB


Penyebab Septisemia biasanya adalah melalui luka-luka yang telah dijangkiti.
  • Termasukalah luka-luka pembedahan, luka akibat terbakar, keguguran, jangkitan mulut atau gigi, luka-luka diabetik, dan sebarang kecederaan atau pendarahan dalam akibat kemalangan. 
  • Ia juga boleh bermula daripada jangkitan disekeliling tubuh termasuklah jangkitan pada paru-paru, abdomen dan saluran urinari.

GEJALA-GEJALA

  • Septisemia boleh dikenali melalui gejala-gejala seperti bermula dengan demam memuncak, rasa sejuk, bernafas dengan cepat dan kadar degupan jantung yang laju. Penghidapnya juga akan kelihatan sangat sakit.
  • Gejala-gejalanya akan berkembang kepada penurunan suhu badan (hipotermia), kejatuhan tekanan darah, keliru atau perubahan dalam status mental, loya dan muntah. Masalah darah beku yang membawa kepada bintik-bintik merah pada kulit. Keadaan ini berkemungkinan juga akan membawa kepada air kencing berkurangan atau tidak langsung keluar.


DIAGNOSIS DAN RAWATAN SEPTISEMIA

Diagnosis Septisemia termasuklah pemeriksaan fizikal dan ujian darah. Septisemia perlu dirawat di hospital kerana ia memerlukan perhatian segera dan penjagaan rapi. Ia boleh dicegah dengan rawatan sempurna ketika diperingkat jangkitan awal. Vaksinasi menentang jangkitan tertentu juga boleh mengurangkan risiko Septisemia.


UJIAN DAN PEMERIKSAAN

Pemeriksaan fizikal yang boleh dilakukan boleh menunjukkan:
  • Tekanan darah rendah.
  • Suhu badan menurun atau demam.
  • Tanda-tanda berkaitan penyakit (seperti meningitis, epiglottitis, pneumonia, atau sellutitis).

Ujian yang boleh mengesahkan jangkitan termasukalah:
  • Pengkulturan darah.
  • Gas darah.
  • CBC.
  • Kajian pembekuan. (PT, PTT, tahap Fibrinogen).
  • Pengkulturan CSF.
  • Pengkulturan sebarang lesi kulit yang disyaki.
  • Kiraan platelet.
  • Pengkulturan urin.

KOMPLIKASI

Apabila Septisemia berkait dengan beberapa organisma seperti meningococco, boleh membawa kepada;
  • Kejutan yang tidak dapat diterbalikkan.
  • Kejatuhan adrenal.
  • Masalah pendarahan -Sindrom Waterhouse-Freiderichsen atau kegagalan kelenjar adrenal disebabkan oleh pendarahan. Ia juga disebabkan oleh jangkitan meningococcal teruk dan dikelaskan melalui kejutan yang mendalam.
  • Sindrom pernafasan teruk dewasa (ARDS).



PENCEGAHAN

Rawatan sempurna jangkitan berpusat boleh mencegah Septisemia. Vaksin seperti Haemophilus influenza B (HIB) S.pneumoniae yang sedia ada dikatakan mampu mengurangkan jumlah kes Septisemia di kalangan kanak-kanak. Kedua-duanya amat dicadangkan dalam imunisasi kanak-kanak. Dalam kes-kes tertentu, mereka yang bekerja dengan pesakit Septisemia, boleh juga diberikan antibiotik bagi pencegahan.

Langkah-langkah berikut juga mampu melindungi daripada penyakit  yang melemahkan sistem imun:
  • Cuci tangan dengan kerap.
  • Pastikan mendapat vaksin terkini.
  • Dapatkan rawatan perubatan jika terdapat sebarang jangkitan serius.
  • Tukar tampon (jika memakainya) sekurang-kurangnya enam hingga tujuh jam.
  • Cuci bahagian kemaluan daripada hadapan ke belakang selepas membuang air kecil atau besar atau selepas melakukan hubungan seksual.



Kredit kepada MW-Mei'10

No comments:

Post a Comment