Monday, 13 October 2014

Produk Shaklee Tidak Diuji Ke atas Haiwan




Shaklee Corporation aktif menyokong pembangunan, penggunaan dan kelulusan ujian alternatif selain yang dilakukan ke atas haiwan di seluruh dunia. Sebagai polisi Shaklee Corporation menentang dan tidak menjalankan apa-apa ujian haiwan terhadap mana-mana produk Shaklee. Walau bagaimanapun, dalam mana-mana pasaran asing, agensi-agensi kawal selia mungkin bebas menjalankan ujian mereka sendiri ke atas produk Shaklee tanpa kawalan daripada pihak Shaklee.




Pada tahun 2003, Ibu Pejabat Dunia Shaklee telah dibom oleh seorang individu yang menyangka bahawa Shaklee melakukan ujian ke atas haiwan. Ujian ini sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan Shaklee atau produk Shaklee. Malah, ia telah dijalankan secara berasingan oleh badan farmaseutikal yang memiliki syarikat Shaklee pada masa itu. Shaklee telah beroperasi secara bebas sejak tahun 2004.

Malangnya, tindakan keganasan yang tersilap sasar ini serta liputan media yang berterusan terhadap suspek pengebom tersebut telah menyebabkan kekeliruan yang mengaitkan syarikat Shaklee dengan ujian ke atas haiwan. Ini adalah sebuah kesilapan yang nyata. Shaklee sentiasa mempercayai dan menyokong layanan beretika terhadap semua jenis haiwan.


 Shaklee Corporation

No comments:

Post a Comment