Friday, 17 January 2014

Tip Penjagaan Kaki Merekah ~ Kaki Lembut dan Mulus Idaman Semua

Majoriti wanita begitu peka merawat wajah, namun tidak ramai mengambil berat penjagaan kaki. Akibat pengabaian ini, ramai wanita mengalami masalah kaki berkematu, kulit kasar dan tumit pecah. Selain sikap sambil lewa, mungkin juga wanita kekurangan bajet melakukan perawatan spa kaki. Memahami kewangan anda, saya kongsikan tip penjagaan dan perawatan kaki yang boleh anda lakukan sendiri di rumah.
 


Langkah Rawatan:


  • Cuci kaki menggunakan pencuci khas, pastikan anda mencuci celah jari dengan sempurna agar kotoran dan bau kaki hilang. Kemudian rendamkan kaki dalam air suam yang dicampurkan dengan minyak aromaterapi selama 10 hingga 15 minit.
  • Kemudian gunakan scrub untuk menggosok kaki. Skrub dapat menanggalkan kulit mati dan menjadikan kulit kaki lebih halus.
  • Sapukan masker khas pada bahagian kaki, biarkan ia kering lebih kurang 10 minit.
  • Selepas itu, lap kaki sehingga kering dengan menggunakan tuala lembut.
  • Kemudian, sapukan losen kaki agar kulit bahagian ini lembap dan lembut.
  • Bagi anda yang memakai kasut bertutup, sapukan bedak khas anti bakteria pada kaki untuk membuatkan kulit kaki kering. Bedak ini juga dapat menghilangkan bau kurang enak.
  • Ketika tidur malam, anda boleh juga menyarung stokin khas yang dapat meredakan tekanan pada bahagian kaki dan membantu melancarkan perjalanan darah; atau
  • Menggunakan krim serbaguna Herbal Blend Shaklee. Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal dimana ia dapat melembutkan kulit yang kasar & pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit. Dingin bermenthol dan tidak berminyak. Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuklah Sage, Horse Chestnut Yarrow dan Rosemary.



Tip Rehatkan Kaki

  • Rendam kaki selama 15 hingga 30 minit dalam air suam yang dicampurkan dengan garam bukit, garam laut mati atau garam kasar. Air rendaman ini akan membuatkan anda lebih relaks dan membuang toksin serta menghilangkan bau kaki. 
  • Apabila hendak tidur, lapik kaki dengan bantal peluk. Posisi ini membuatkan kaki dapat berehat dan melancarkan perjalanan darah.






Sebarang Pembelian @ Pertanyaan:
Call / SMS / WA :  017-6396124
Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Thursday, 16 January 2014

Testimoni Pengguna Tegar Shaklee ~ Haliza Kamis (MySelf)

Saya nak cite sikit tentang testimoni saya menggunakan produk Shaklee iaitu bermula pada pertengahan Jun 2012. Saya telah mengambil Set Menyusu (Pemium) ~ Set 3M ~ iaitu B-Complex, Vitalea, Alfalfa Complex, Sustained Released Vita-C, Energing Soy Protein (ESP) dan Ostematrix. Masa tu anak saya yang nombor dua tu berusia 3 bulan lebih. Alangkah baiknya kalau dari dulu lagi saya tau tentang Shaklee.... Tak la menggagau nak makan jamu jek... Tak sedap kot makan jamu...  :)  Shaklee ade vitamin untuk semua masalah... Berbalik pada Set Menyusu tadi, pada Ogos 2012 saya tambah lagi dengan Lecithin dan Omega Guard .

Sebelum ini, kulit saya dikategorikan kepada kulit kombinasi iaitu jenis berminyak dan kering. Masalah yang selalu timbul adalah jerawat batu akan senang tumbuh di sekitar pipi, dahi, hidung dan dagu. Manakala akan kering di sekitar keliling bibir. Selain itu, Whitehead dan Blackhead juga selalu menumpang bertepek di bahagian hidung yang tak berapa nak mancung ni. Maka, setiap 2 minggu, saya akan buat facial  sendiri kat rumah. Memang azab jugaklah... 

Di Majlis Pernikahan dan Majlis Perkahwinan saya, mak andam terpaksa mekapkan saya tebal-tebal kerana nak tutup jerawat yang berbenjol-benjol kat muka ni... Malu jugak pada waktu tu... Mekap pon jadi tak cantik... (Kalau lah boleh diulang ke waktu itu, saya mesti amik suplement Shaklee.... Hihihihi... (Mode: Malu nak masukkan pic pengantin... Macam muka tak siap....)

Selama hampir 6 bulan ambil Set 3M bersama Lecithin dan Omega Guard, hasilnya memang lah macam tak percaya. Kulit lebih bersih, cerah, tiada lagi jerawat, gebu-gebas dan badan pon sihat. Jarang dah jatuh sakit. Ye lah, ade juga orang cakap, semua ni kan kuasa Allah... Betul... Saya tak nafikan itu semua, tetapi apa yang saya lakukan ialah berusaha memperbaiki diri dan tahap kesihatan, tawakkan dan doa....





Setelah anak berhenti menyusu, saya masih mengambil B-Complex, Alfalfa, Sustained Released Vita-C, ESP, Lecithin, Omega dan saya tambah Zinc Complex, GLA Complex, Performance Drink (PD). Wah... Macam gila kuasa pulak kan.... Banyaknye saya amik supplement... Hehehe... Saya bukan ambil sekaligus semua sekali telan.. Tapi saya makan ikut jadual... Hasilnya lagi marvelous... Period dah teratur, senggugut pon dah tak da, kulit lagi bertambah sekata dan makin putih (hihihi... Perasan la plak kan)... Lain-lain yang saya perasan, berkaitan hubungan intim ~ seakan malam pertama. Semuanya mantap lah... Kalau terasa nak mencuba suplement Shaklee ni, bolehlah hubungi saya. Ilmu ni kita tak boleh simpan sorang-sorang. Ilmu kena share-share, baru berkat... tak gitu....

Gambar kat bawah ni plak hasil selepas saya tambah dengan Collagen Powder yang memang best. saya dapat kulit yang lebih cerah. Sekarang saya dah tak pakai foundation dan compact powder ketika nak ke pejabat. cukup sekadar tepek bedak baby Johnsons jek... Kalau nak ke dinner je baru saya pakai bedak compact. tu pon kalau rajin la... Kalu tak cukup dengan eye liner dan celak...




Sebarang pembelian / Pertanyaan:

Call / SMS / WA :  017-6396124
Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Wednesday, 15 January 2014

Alfalfa Tumbuhan Ajaib 1001 Fungsi - Shaklee


Mungkin ada yang tidak pernah dengar atau mengenali Alfalfa sebelum ini. Alfalfa adalah tumbuhan yang jarang diperkatakan kerana ia bukan berasal dari negara kita. Alfalfa sebenarnya sejenis tumbuhan/herba yang sangat kaya dengan nutrisi.


Khasiat Alfalfa boleh digunapakai untuk simptom berikut:

Bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia, sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan, hayfever, gout, bau badan, kaki busuk, nafas berbau, serta tujuan detoksifikasi.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman , kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.





Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa:

Vitamin A – Untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

Vitamin E – Melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

Vitamin U – Menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

Vitamin B6 – Membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

Vitamin K – Penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.


Vitamin D – Mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlukan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.


MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa:

Kalsium – Membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – Diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – Perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digest lemak.

Fosforus – Diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – Elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – Mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – Membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.


Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa:

Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu

Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.

Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

AWAS!!!!

Tidak semua alfalfa adalah sama, alfalfa yang didapati di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). Alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.




Testimoni Pengguna Alfalfa Complex


Testimoni 1


Testimoni 2


Testimoni 3


Testimoni 4



Sebarang Pembelian dan Pertanyaan:

Call / SMS / WA :  017-6396124
Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan



Kredit kepada Master Lyna Noh.

Thursday, 2 January 2014

Cara Sihat TAMBAH Berat Badan

Wanita sangat prihatin kepada bentuk tubuh mereka. Bagi individu berbadan gempal, pastinya tubuh langsing menjadi idaman. Oleh itu, pelbagai usaha dijalankan bagi mengembalikan tubuh ke bentuk asal persis anak dara. Perkara yang sama juga berlakun ke atas wanita yang mempunyai badan terlalu kurus. Mereka juga bercita-cita  menaikkan berat badan agar tubuh kelihatan menarik.

Bagaimanapun, usaha menaikkan berat badan bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai berpendapat  untuk gemuk mereka hanya perlu makan dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya apa yang dikatakan itu tidak benar sama sekali.  Ini kerana, mengambil makanan tanpa kawalan hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Berikut adalah beberapa  tip yang boleh dijadikan panduan bagi menaikkan berat badan dengan kaedah selamat dan sihat.


Ambil Nutrisi

- Menambah berat badan tidak bermakna anda perlu kerap mengambil makanan berlemak. Ingat, anda bukan hanya ingin menambah berat badan tetapi cuba menaikkan otot. Makanan berlemak tidak digalakkan begitu juga  dengan makanan ringan

- Sebaliknya pilihlah makanan sihat dan mengandungi lemak, karbohidrat serta nutrisi penting yang diperlukan oleh tubuh. Mungkin dengan mengambil susu, ikan salmon, daging ayam, pasta, keju, telur serta produk-produk  yang mengandungi krim dan protein boleh membantu pertambahan berat badan seperti mana yang diinginkan.

- Oleh itu, pilih makanan yang mempunyai nutrisi, tidak hanya kalori tanpa zat-zat yang diperlukan. Antaranya ialah:

Meal Shake

* Merupakan nutrisi lengkap yang menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu.
* Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita.
* Ia turut mengandungi lesitin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
* Membekal nutrisi kepada sel tubuh dalam membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
* Anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
* Mengembalikan seri wajah.
* Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
* Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.
* Lazat dinikmati oleh semua peringkat umur.


Vita-Lea


* Merupakan multivitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.
* Membantu penambahan tenaga segera, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
* Sebagai pelengkap nutrisi, kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran dan pesakit anemia.
* Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.
* Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
* Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses tumbesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tiroid.
* Melindungi fungsi buah pinggang, jantung, dan hati.


B-Complex

* Ia membantu menukarkan makanan kepada tenaga, membantu masalah penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, sekaligus mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan.
* Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
* Membantu tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang-tulang.
* Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
* Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, perkasakan memori dan daya pemerhatian.
* Mencegah anemia.
* Merawat sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darah atau laut.
* Meredakan senggugut, kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman.
* Mencegah jangkitann lidah dan nafas berbau.
* Meredakan alahan.


Rajin Bersenam



- Sekiranya anda beranggapan bahawa senaman hanya boleh menurunkan berat badan, pertimbangkan semula. Sebenarnya senaman yang dijadikan sebagai rutin memainkan peranan besar menaikkan berat badan. Sebaiknya mintalah bantuan daripada mereka yang lebih pakar berkaitan senaman seperti mana yang disediakan di pusat-pusat gimnasium.

- Dengan pengetahuan yang dimiliki sudah pasti mereka lebih arif mencadangkan senaman-senaman yang boleh dipraktikkan untuk menaikkan berat badan.
- Bagi mendapatkan kesan lebih cepat, amalkan minuman yang kaya dengan protein seperti coklat smoothie sebaik selesai melakukan senaman.


Dapatkan Tidur Teratur



- Ramai mengambil mudah perihal tidur. Oleh kerana terlalu sibuk dengan urusan seharian maka ia sering diabaikan.
- Meskipun senaman dan menjaga pemakanan telah dilakukan tetapi jika waktu tidur tidak teratur maka ia hanya akan menggagalkan misi sebenar.
- Anda perlu mendapatkan waktu tidur yang cukup sekiranya ingin menambah atau mengurangkan berat badan. Jangan sesekali mengambil mudah perkara ini.


Ihsan: Mingguan Wanita





Call / SMS / WA :  017-6396124
Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Tuesday, 31 December 2013

Lemak dan Gula Perlu Dielak Ketika Berdiet

Secara umumnya, lemak dan gula adalah komponen yang sangat diperlukan oleh tubuh. Namun, olahan makanan yang telah diperbagaikan menjadikan keduanya bahan yang membahayakan.


Lemak

Sebenarnya, pakar pemakanan belum mengunjurkan kandungan lemak harian yang dibenarkan. Kebiasaannya, tubuh hanya boleh mengambil 20 ke 35 peratus lemak dari jumlah kalori harian. Bagaimanapun, lemak-lemak tersebut harus ditapis terlebih dahulu seperti:

Lemak Baik
- Ia banyak ditemui dalam ikan salmon, kekacang, biji-bijian dan minyak sayuran yang memberi banyak manfaat bagi memelihara keseimbangan hormon serta sistem saraf.

Lemak Tepu
- Lemak jenis ini mudah ditemui dalam produk tenusu serta daging yang mana ia sangat berguna untuk membantu fungsi penyerapan otak dan kalsium. Bagaimanapun, jika pengambilannya secara berlebihan (lebih dari 20gm sehari), lemak tersebut berupaya menjadikan pembuluh darah anda tersumbat seterusnya mengakibatkan penyakit jantung.

Lemak Trans
- Lazimnya, lemak jenis ini juga boleh diperolehi pada makanan proses yang tidak mampu dicerna oleh tubuh secara efektif. Kandungan lemak trans itu akhirnya meningkatkan kemasukan kolesterol jahat, menyumbat saluran arteri dan mencetuskan masalah pada jantung.
  

 Gula

 Sementaraitu, gula pula boleh dikelaskan sebagai bahan karbohidrat yang kompleks dan sederhana.

Karbohidrat Kompleks
- Ia berasal dari sayur-sayuran dan gandum. Sebenarnya tubuh mencerna dengan lambat dan membekalkan tenaga secara terus. Oleh kerana itulah, gula yang dihasilkan ini boleh dianggap sebagai sumber tenaga utama yang diterima oleh badan manusia.

Karbohidrat Sederhana
- Boleh ditemui dalam roti, biskut serta kuih-muih. Tubuh kemudiannya akan mencerna nutrisi ini pada kadar yang cepat sehingga tahap gula cenderung untuk naik mendadak pada waktu tempoh yang singkat. Gula yang terhasil daripada proses ini boleh dianggap sebagai penyebab diabetes, penyakit jantung dan masalah obesiti.


Oleh itu, sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, agak-agaknya yang mana satu akan dipilih? Adakah gula atau lemak? Pakar pemakanan mencadangkan agar kedua-duanya dilakukan secara seimbang kerana bukan semua lemak atau gula yang berbahaya terhadap kesihatan.




Call / SMS / WA :  017-6396124
Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Monday, 30 December 2013

7 Tip Penggunaan Ubat Yang Betul Di Kalangan Kanak-Kanak

 

1. Ambil Tahu Semua Ubat Yang Diberikan

Ibu bapa hendaklah mengetahui nama ubat dan tujuan ubat diambil serta dos yang sepatutnya diberikan Jika berlaku sebarang kesan sampingan atau alahan ubat, maka ibu bapa dapat mengenalpasti ubat yang diambil dan memaklumkan kepada doktor dengan segera.


2. Gunakan Penyukat Ubat Yang Betul


Penggunaan sudu untuk pemberian ubat dalam bentuk cecair tidak digalakkan kerana ia tidak memberikan sukatan yang sebenar. Gunakan penyukat ubat yang bersesuaian dengan dos yang diperlukan agar anak anda mendapat dos ubat yang betul dan mencukupi. Ketahuilah singkatan ubat seperti miligram (mg), mililiter (ml) dan ounce (oz).


3. Baca dan Fahami Label Ubat

Penting bagi ibu bapa untuk membaca dan memahami label pada bekas ubat.





Maklumat yang boleh diperolehi daripada label ubat adalah:


• Nama ubat
• Kekuatan ubat
• Arahan pengambilan ubat
• Cara penyimpanan
• Perhatian/Amaran
  (Cth: Ubat ini boleh menyebabkan mengantuk)
• Tarikh luput




4. Jangan Berkongsi Ubat-Ubatan

Semua jenis ubat yang diberikan oleh doktor tidak dibenarkan untuk dikongsi dengan semua anak-anak. Ibu bapa perlu memahami bahawa dos bagi setiap ubat adalah bergantung kepada umur dan berat badan individu. Selain itu, tidak semua ubat adalah 
sesuai untuk diambil oleh semua individu.



5. Tumpukan Perhatian Kepada Arahan Pegawai Farmasi Ketika Mengambil Ubat

Ibu bapa hendaklah memberi perhatian kepada penerangan Pegawai Farmasi yang merangkumi kegunaan ubat, dos yang patut diambil, kekerapan pengambilan dan tempoh penggunaan. Jika terdapat sebarang soalan, jangan malu bertanya kepada Pegawai Farmasi.


6. Pastikan Ubat Disimpan di Tempat Yang Betul dan Dijauhi Daripada Kanak-Kanak

Ubat mesti disimpan di tempat yang sesuai dan tidak dapat dicapai oleh kanak-kanak seperti di atas rak, di dalam bekas yang ketat dan tidak mudah dibuka.Bekas simpanan ubat untuk dimakan perlu diasingkan dengan bekas ubat untuk kegunaan luar. Ubat yang perlu disimpan di peti sejuk hendaklah diletakkan di sudut atas bahagian dalam peti sejuk.


7. Maklumkan Kepada Doktor atau Pegawai Farmasi jika Anak Mempunyai Alahan

Alahan menunjukkan ubat tersebut tidak sesuai untuk anak anda.Ibu bapa perlu memaklumkan kepada doktor atau Pegawai Farmasi jika anak anda pernah mengalami sebarang alahan terhadap ubat /makanan. Alahan yang sering berlaku adalah seperti ruam-ruam dan kemerahan pada badan dan bengkak pada mata.
 

Wednesday, 18 December 2013

Mengawal Hormon Estrogen dan Testosterone dengan GLA Complex Shaklee





  Sedikit pengenalan kepada GLA Complex


  • Asid gamma-linolenik (Gamma-linolenic acid) adalah sejenis asid lemak yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan. Asid lemak ini didapati boleh melawan keradangan dan biasanya diperoleh daripada bahan-bahan seperti evening primrose oil, borage seed oil, dan black currant oil apabila digunakan dalam supplemen.

 Borage Flower




Evening Primerose Flower


  • Kebanyakan GLA (gamma-lonolenic acid) tersedia dipasaran adalah dihasilkan dari Evening Primerose Oil (EPO).
  • Tahukah anda bahawa GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO.
  • Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailibiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO.
  • Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.
  • Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6.
  • Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.
  • Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard, anti-oksidan semulajadi yang dipatenkan.
  • Bioavailabilitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap dan mengadun ke dalam sel dan tisu.


Sumber Asli GLA

Borage Seed  17% - 25%
Blackcurrant  15% - 20%
EPO  7% - 10%



Manfaat Utama GLA

  • Herba tradisi yang dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  •  Mengawal selia estrogen dan testosterone - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.
  • Memperbaiki prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
  • Menentang kancer - GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Memperbaiki inflamasi kulit - Ianya mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.
  • Menghalang komplikasi diabetes - Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil, dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan gula darah yang tinggi.
  • Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan saluran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.
  • Hiperaktif dan autisma (ADD / ADHD) - Dibuktikan secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

 

GLA Bukan Sahaja Untuk Wanita


 Ramai orang bersalah anggapan bahawa GLA hanyalah untuk wanita. Sebenarnya, supplement GLA asid linoleik yang sama penting seperti asid amino tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya diperolehi dari makanan. Sangat penting untuk kanak-kanak (cucuk gel lembut dan campurkan isinya dalam makanan), remaja, dewasa dan juga selepas menopaus dan andropause (menopaus lelaki).



Call / SMS / WA :  017-6396124

Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Monday, 16 December 2013

Rahsia Kulit cantik dengan Shaklee


Sebab-sebab kenapa set Shaklee ini perlu anda ambil untuk mengatasi masalah kulit tidak sekata, berjerawat, berminyak, kering, kusam, jeragat dan lain-lain lag.

1) Vita-E Complex 

- Membantu mengurangkan parut, meningkatkan ketahanan sel kulit, menyokong prestasi otot dan mempercepatkan pemulihan, mengelakkan tisu teroksida menyebabkan kulit lebih gebu.

2) Sustained Realeased Vita-C

- Membantu proses pembaikan tisu terutamanya bekas-bekas jerawat dan parut. Menolong mengurangkan simptom alergi dan mengandungi kolagen yang membantu menguatkan sel kulit.

3) B-Complex

- Membantu dalam mengurangkan stress dan kelesuan, membantu wajah kelihatan lebih segar dan tidak kusam. Selain itu, ia juga menukarkan makanan menjadi tenaga dan meningkatkan fungsi otak.



Anda juga boleh ADD ON:


1) GLA Complex

- Mengandungi Omega-6 yang bersifat anti radang yang membantu masalah kulit, melembapkan kulit.
- Sesuai untuk masalah jeragat, dermatitis, eczema, psoriasis.

2) Energing Soy Protein (ESP)

- Protein penting untuk pembentukan dan pembaharuan sel kulit, membentuk 'elastic fiber' untuk penegangan kulit.

3) Alfalfa Complex

- Membantu proses pembuangan toksin dari tubuh. Toksin dalam badan boleh menyebabkan masalah kulit berjerawat dan berminyak. Juga mengatasi masalah keradangan pada kulit akibat jerawat dan alahan (resdung).
- Sesuai untuk masalah jerawat disebabkan alahan dan resdung.

4) Zinc Complex

- Merawat luka, mengawal keradangan pada kulit, meningkatkan ketahanan sel.
- Sesuai bagi masalah jerawat yang teruk - jerawat batu, luka bernanah.



TESTIMONI









Sebarang Pertanyaan dan Pembelian:


Call / SMS / WA :  017-6396124
Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Friday, 13 December 2013

Set Bersalin/Berpantang & Pembedahan Shaklee ~ Memang Terbaik ~



Sebab-sebab kenapa set Shaklee ini perlu anda ambil selepas anda bersalin @ selepas pembedahan: 


 1) Vitalea - Membekal 28 vitamin dan mineral untuk isi kekurangan dalam pemakanan ibu. Zat besi bantu tambah darah yang hilang semasa proses bersalin @ pembedahan  

2) SR Vita C - Mempercepatkan penyembuhan luka, membaiki tisu yang rosak semasa proses bersalin @ pembedahan.  

3) B-Complex - Anti stress, elak kemurungan (meroyan) & menstabilkan hormon.  

4) Zinc Complex - Bantu menyembuhkan rahim, mempercepatkan penyembuhan luka episoptomi @ caesarean @ pembedahan, kurangkan rambut gugur selepas bersalin serta meningkatkan imun badean.


Anda juga boleh add on:  


1) ESP - Memberi tenaga kepada ibu berpantang, mempercepatkan proses penyembuhan luka dalaman.  

2) Ostematrix - Membantu mengurangkan sakit-sakit badan, urat, otot dan saraf selepas bersalin @ pembedahan. Membantu masalah buasir dan sembelit selepas bersalin.  

3) Alfalfa Complex - Penggalak susu ibu, membantu masalah sembelit selepas bersalin, mengurangkan toksin dalam badan.  

4) Peppermint Ginger - Memanaskan badan, melegakan rasa perut tidak selesa akibat angin.

 

Testimoni Pengguna Set Berpantang / Pembedahan Shaklee

 







Sebarang Pertanyaan dan Pembelian:

Call / SMS / WA :  017-6396124
Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Tuesday, 3 December 2013

ESP dan Nutriferon: Penawar Masalah inkontinens @ Kencing Tidak Terkawal


  • Dianggarkan 1.2 juta rakyat Malaysia mengalami masalah inkontinens atau ketidakupayaan mengawal pembuangan air kencing.
  • Lemah pundi kencing atau inkontinens urunari (gagal mengawal pundi kencing) lebih banyak dihadapi wanita berbanding lelaki dengan nisbah 1:10 wanita berbanding 1:20 bagi lelaki.
  • Bukan sesuatu yang mudah untuk ditanganidan ia boleh menjadi rumit apabila orang tersayang menghadapinya, kerana dianggap sesuatu yang memalukan atau dilarang untuk membincangkannya.












Nutriferon Shaklee: 
 Interferon buat julung kalinya ditemui oleh Dr. Yasuhiko Kojima dari University Tokyo pada tahun 1954. Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia (Nutriferon). Beliau telah menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu; biji labu, bunga Safflowerm Honeysuckle Jepun dan biji Pkantago mempunyai daya kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh. Formula yang digunakan adalah semulajadi, selamat, tulin dan berkesan. 

 Pumpkin Seed Extract: 
mengandungi pelbagai nutrien, asid lemak, selenium, magnesium dan vitamin E. Ia membantu dengan penguncupan otot, memastikan fungsi pundi kencing. Ia membantu mengurangkan urethral dan tekanan pundi kencing yang menyebabkan kencing.


ESP Shaklee:  
Soy Protein Isolate Powder ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi 'non GMO' (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah.  
Soy Protein Extract: 
memberikan sokongan semula jadi pundi kencing oleh pemupukan isoflavones yang membawa unsur-unsur fitoestrogen, membantu untuk mengekalkan, nada dan mengukuhkan Kumpulan-kumpulan otot, mengoptimumkan Kesihatan pundi kencing anda.

Kajian klinikal telah menunjukkan bahawa apabila diambil gabungan dalam tempoh beberapa minggu, kedua-dua bahan ini boleh meningkatkan kawalan pundi kencing dengan ketara. Ia juga membantu pundi kencing untuk berehat. Dengan itu mengurangkan dorongan untuk membuang air kecil.  Ia merupakan percutian terakhir ke bilik air, selamat tinggal wahai bilik air!! 


Sebarang Pertanyaan dan Pembelian:

 Call / SMS / WA :  017-6396124
Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan