Tuesday, 30 September 2014

Pesakit Diabetis Alami Kulit Sensitive Sembuh Dengan Herbal Blend Shaklee

Alhamdulillah...

My sister in law dah terpikat dengan Herbal Blend Shaklee.

* Kulit sensitive sangat-sangat
* Kulit kering
* Pesakit diabetis

Testimoni kakak iparku:



Anda nak juga?

pm|sms|whatsapp:
Haliza Kamis /Kamarul Rahmat
017-6396124 / 017-3368777
SID: 894712
www.myvitaminstore.blogspot.com

Sunday, 28 September 2014

Chewable Vita-C Plus: Elak Rasa Loya Ketika Mengandung

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Hari ni nak cerita tentang kebaikan Chewable Vita-C Plus. Bukan hanya baik untuk kanak-kanak. Untuk orang dewasa pun bagus juga.

Selalunya orang mengandung akan cari vitamin ni. Nak tahu sebab apa? Orang mengandungkan selalu loya-loya dan rasa nak muntah.. Bila makan Vitamin ni, sedap boleh kunyah-kunyah. Rasa masam-masam manis buah ni bagus untuk hilangkan loya-loya. 



Boleh Gantikan asam jeruk dan gula-gula yang tak berkhasiat dan membahayakan kesihatan ibu dan bayi di dalam kandungan.


pm|sms|whatsapp:
Haliza Kamis / Kamarul Rahmat
017-6396124 / 017-3368777

Saturday, 27 September 2014

Kesan sampingan selepas makan Meal Shakes Shaklee


Sebelum ni, anak saya ni jenis 'picky eater'. Susah nak layan makan & minum dia. Siap main kejar-kejar kalau nak bagi makan. Badan tak berapa sihat. Memanjang sakit demam, batuk, selesema, asma, dan paling sedih kalau dia kena sembelit. Saya kesiankan dia, kadang-kadang terpaksa pakai ubat pancit masuk buntut dia selepas ubat makan tak jalan.


Tapi, selepas saya beri dia makan Meal Shakes... Alhamdulillah... Kesemua masalah di atas tadi, tak mudah hinggap pada dia. Ye la, saya tau.. Tu semua qada' dan ketentuan Allah... Tetapi, sebagai hambanya, kita wajib berusaha demi memastikan anak-anak kita sihat demi masa depan mereka.


Sebarang info dan pesanan, boleh hubungi:
Haliza Kamis / Kamarul Rahmat
017-6396124 / 017-3368777
SID: 894712
www.myvitaminstore.blogspot.com

Sunday, 21 September 2014

Side Effect Makan Produk Shaklee

Minggu lepas saya dan hubby pergi ke Plaza Masalam kat Seksyen 9, Shah Alam. Kami pergi untuk lunch di Pelita Nasi Kandar. Huhuhu. Saya suka makan ayam kicap madu, sayur peria goreng dan kuah campur. Memang favourite saya tu.

Kemudian, kami berjalan dari 1 kedai ke lot kedai yang lain.

Langkah kami terhenti di kedai emas Habib. Wah... Emas 916, 1 gram RM150. Diskaun RM5. So, tinggal RM145 segram. Murah la tu...

Kami dilayan oleh seorang gadis muda. Dari cincin belah rotan ke cincin berlian. Memang ada yang terkenan dihati. Tapi nak jadi cerita, kami ditanya dengan soalan cepu emas dari gadis tadi.

"Bila majlis nak langsung kak?"

Kami ketawa... Saya pun jawab kat adik manis tu..

"Dik, kami dah kawen la dik, anak dah 2 orang tau".

Suami saya pun mencelah, "kami dah nikah lebih 5 taun dah ni".

Adik tadi terus mintak maaf kat kami sambil tersenyum simpul. Dia ingat kami datang nak cari cincin risik, tunang dan kahwin... Sebab nampak mesra lain macam... Rupanya dah kahwin...

Sebelum beredar dari kedai emas tu, saya saja test adik manis tu. Saya minta dia teka umur saya... Jawapan yang saya terima agak mengejutkan.

Dia teka umur saya 28 tahun... Huhuhu... Begitu muda remaja.

Saya bagi tau dia umur sebenar saya. Tengok muka die terkejut besar... Mana taknya, umur saya dah 32 tahun!!!

Nah... Rahsianya, saya makan produk Shaklee. Sampaikan mak dara ni disangka masih anak dara. Hihihi... Suami jeles, geleng kepala...

Produk yang saya konsisten makan ialah SR Vita-C, Vitalea, B-Complex, Lecithin, Herblax, Chinch Shake, Performance Drink, ESP...

Huhuhu... Nampak macam banyak je kan.. Kalau makan ikut jadual, tak la banyak mana pun. Janji tau yang mana nak kena makan dulu..

Perlukan bantuan?
Nak kulit muda remaja macam saya juga?


pm|sms|whatsapp:
Haliza Kamis
FB: Haliza Kamis
Page: Wellness Essentials
017-6396124
SID: 894712



Testimoni: Susah Buang Air Besar Tetapi Sukses dengan Ostematrix Shaklee


"Bangun pagi senang je nak membuang. Kalau tak, susah benar... Macam-macam dah makan... Dari ulam, buah-buahan, sayur, ubat doktor... Tapi tak macam Ostematrix ni... Senang je... Kalau makan julap, mau lima enam kali masuk jamban.. Tido pon nyenyak je... Bangun subuh pun senang. Nak sujud pun dah tak de bunyi letup-letup kat lutut... Badan rasa selesa je".

Alhamdulillah... Tu luahan hati mak saya... Umur dah 65 tahun. Tapi masih steady lagi.... Masih cun jugak... Bukan tipu tau!!!

Thursday, 18 September 2014

Buah mentega yang sedap

Assalamualaikum wbt...

Rasanya dah hampir 20 tahun saya tak jumpa @ makan buah mentega ni. Hari ni saya begitu bernasib baik sebab terjumpa buah mentega ni kat Port Dickson. Kebetulan ada pula pokok buah mentega ni sepanjang jalan nak balik ke tempat penginapan di Klana Beach Resort, PD.

Macam mana bentuk buah mentega ni?
Buah mentega ni bentuknya bulat sebesar buah epal yang bersaiz sederhana sehingga saiz besar. Kulitnya berbulu macam buah kiwi. Bila buah ini masak ranum, ianya bewarna merah. Isinya bewarna putih kekuningan.

Petua:
Sekiranya saudara/saudari pegang buah ni, pastikan menggosokkan tapak tangan ke rambut. Ini bagi menghilangkan bulu-bulu yang melekat kat tapak tangan.

Cara nak makan buah mentega ni:
√ Masa zaman kecil-kecil dulu, tengah main kat taman permainan, bila nak makan buah ni, saya lempar kat jalan tar, senang nak makan. Sebab buah ni akan terkopak. Tak payah nak pakai pisau. Makan isi je tau.

√ Kalau kat rumah, nak elak tangn terkena bulu buah mentega ni.. Saya akan ambik surat khabar pegang buah ni. Belah kepada 4 bahagian. Pastu makan buah mentega ni macam buah tembikai.

Memang nostalgia betul zaman kanak-kanak saya.

Friday, 12 September 2014

Tips Nak Minum Collagen Powder Agar Tidak Rasa Hanyir


Memandangkan bulan ni promo Collagen Powder yang famous, saya nak share cara-cara saya minum Collagen Powder ni. Sebab ade yang bisik-bisik kata ada bau dan rasa hanyir masa nak minum. Macam makan ikan tak masak la... Rasa tak tertelan la... Susahnya... Tau nak buat macam mana...

Haa... Kat bawah ni saya cita rahsia nak hilangkan bau hanyir tu... Sebenarnya, tak de la hanyir mana pun sebab saya minum ok je... Ikutkan kalau makan jamu lagi rasa tak tertelan...





Tips nak minum Collagen Powder agar tidak rasa hanyir:


Bancuh Collagen Powder ~
- add on Performance Drink
- add on ESP
- add on Meal Shakes
- add on jus kesukaan anda
- add on madu
- add on air yogourt
- add on air kordial 
- add on air koko


Saya suka bereksperimen ketika bancuh collagen ni sebab saya nak rasa pelbagai perisa. tapi kalau nak lebih asli, kacau je ngan air masak biasa tu... Lagi terangkat!!!

 


Sebarang Pertanyaan dan Pembelian:
Call / SMS / WA :  017-6396124

Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : Haliza Kamis untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : Wellness Essentials untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Thursday, 11 September 2014

Tanda-Tanda Awal, Punca & Cara Mengatasi Cirit Birit @ Diarea


Apa itu Cirit-Birit?

Cirit-birit merupakan keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan keupayaan membuang najis secara normal menyebabkan ia sentiasa perlu membuang najis pada setiap masa. Pembuangan najis dilihat berlaku apabila najis yang dikeluarkan dari dubur yang pada kebiasaannya dalam bentuk pepejal menjadi lembut, berair atau sangat berair. Keadaan ini sekiranya berlarutan mampu menyebabkan kekeringan air (terdehidrasi) @ dehydrated dan sekiranya berterusan mampu membahayakan pesakit juga boleh menyebabkan maut.


Tanda-tanda awal:

Kebiasaannya pesakit akan mengalami rasa kurang selesa dibahagian perut, sakit dibahagian ulu hati. Pesakit pada permulaan biasanya mula rasa gelisah, cepat berpeluh dan seram sejuk diseluruh badan. Dalam kes yang lebih teruk, ia mengakibatkan pesakit tersebut mula berasa loya, muntah-muntah dan juga demam.

   

Simptom:

  • Ketidaknormalan kerap berlaku dalam penggerakan usus.
  • Kehilangan banyak air dan najis yag tidak dicerna sepenuhnya.
  • Terasa kejang dibahagian perut, sakit menyengat di bahagian ulu hati (perasaan libang libu).
  • Flatulence (Kekembungan perut), kentut berpanjangan (pembuangan gas metana asli dari usus yang lebih busuk dari kebiasaan, dan kerap).
  • Apabila bahagian abdominal dipicit dan diurut, bunyi air dapat didengari dengan jelas.
  • Pembuangan najis cair dan berair berterusan, serta rasa ingin muntah atau mengalamai kemuntahan.

Tempoh berlaku:

Dalam kebanyakan kes, cirit birit berlaku dan berlarutan dalam tempoh 2-3 hari. Namun ia juga boleh berlaku pada kadar lebih lama dari itu. Misalnya dalam kes taun, cirit-birit serius boleh berlaku sehingga seminggu dengan kehilangan setengah liter air dalam badan dalam tempoh kira-kira sejam.


Sebab berlaku:

Terdapat beberapa faktor utama yang dikenal pasti penyebab masalah cirit-birit:
  • Minum air minuman yang tidak dimasak sempurna atau ditapis bersih.
  • Meminum air tercemar.
  • Memakan makanan tidak dibersih dan dimasak dengan betul dan menyeluruh seperti memakan daging dan telur yang mentah atau kurang dimasak.
  • Memakan makanan yang dicemari oleh bakteria berbahaya contohnya bakteria, Campylobacter, Salmonella, Shigella, dan Escherichia coli (E. coli).
  • Jangkitan virus (kuman). Terdapat pelbagai jenis kuman penyebab diarrhea, termasuklah rotavirus, norovirus, cytomegalovirus, herpes simplex virus, dan viral hepatitis. Jangkitan dengan rotavirus adalah penyebab biasa yang menyebabkan cirit-birit kepada kanak-kanak. Rotavirus diarrhea biasanya dapat dilangsaikan dalam 3 hingga 7 hari tetapi dapat menyebabkan masalah pencernaan laktosa melebihi sebulan atau lebih.
  • Parasit. Parasit juga dapat memasuki tubuh dari makanan atau minuman tercemar dan parasit juga dapat berlindung atau menetap dalam sistem pencernaan manusia. Contoh parasit penyebab diarrhea termasuklah Giardia lamblia, Entamoeba histolytica, dan Cryptosporidium.
  • Penyakit usus. Luka atau kesan melecet diantara dinding usus juga dapat menggalakkan jangkitan kuman dan menyebabkan penyakit pada usus, sindrom iritasi usus (IBS), ulcerative colitis, penyakit Crohn’s dan penyakit celiac acap kali menjadi penyebab kepada cirit-birit.
  • Ketidaktoleransian dan alahan kepada makanan serta sensitiviti. Ada segelintir orang yang mengalami cirit-birit apabila memakan makanan yang banyak lemak misalnya lauk bersantan, daging tidak buang lemak, memakan buah tinggi lemak seperti durian. Ada juga pesakit yang alah terhadap gula laktosa, gula ini sering dijumpai dalam susu dan produk hasilan susu. Maka ada juga orang yang akan mengalami cirit-birit apabila mengambil susu pada kadar yang banyak. Memakan makanan tinggi serat secara melampau dan bijirin dengan banyak juga boleh menyebabkan cirit-birit. Bayi biasanya berumur dibawah 2 tahun juga apabila diberikan susu formula juga boleh menyebabkan ia mengalami cirit birit. Lihat susu ibu untuk maklumat lanjut.

  • Tindak balas terhadap ubat-ubatan. Antibiotik, ubat anti-kanser, antasid yang mengandungi magnesium juga boleh menyebabkan diarrhea.
  • Kegagalan fungsi sistem usus dan pencernaan.



Suplement Shaklee yang disyorkan untuk Cirit-Birit

 





Nutriferon:

  • Mengukuhkan sistem imun (Mengaktifkan interferon)
  • Tingkatkan ketahanan badan

Performance Drink:

  • Mengganti potassium yang hilang
  • Elak dehidrasi dan Bantu kekalkan air dalam badan

 B-Complex

  • Menambahkan selera makan
  • Menukarkan makanan kepada tenaga


 Anda juga boleh terus membuat pembelian dengan hanya menekan perkataan ----> Set Vitamin Cirit-Birit






Sebarang Pertanyaan dan Pembelian:
Call / SMS / WA :  017-6396124

Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Wednesday, 10 September 2014

Tekanan Darah Rendah & Cara Merawat Dengan Shaklee.



Apakah itu Tekanan Darah Rendah?
(Hypotension)

Hypotension adalah istilah perubatan merujuk kepada tekanan darah rendah (kurang daripada 90/60) tanpa menunjukkan sebarang gejala.



 


Tekanan darah ditunjukkan dalam dua bacaan. Bacaan pertama mempunyai nilai lebih tinggi daripada bacaan kedua menunjukkan ukuran tekanan sistolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung berdegup dan mengisi mereka dengan darah. Bacaan kedua mengukur tekanan disatolik, atau tekanan dalam arteri apabila jantung terletak di antara denyutan (keadaan rehat)


Tekanan Darah Normal = 120/80 mmHg
Tekanan Darah Rendah =  90/60 mmHg


Tekanan darah yang normal biasanya di antara julat 120/80 (systolic/diastolic). Orang yang sihat, terutama atlet, tekanan darah rendah adalah tanda jantung (kardiovaskular) yang sihat (jantung dan saluran darah). Tetapi tekanan darah rendah menjadi tanda masalah asas terutamanya warga tua : di mana ia boleh menyebabkan aliran darah yang tidak mencukupi ke jantung, otak dan organ-organ penting yang lain.



Antara tanda-tanda jika anda mempunyai Tekanan Darah Rendah ialah:
  1. Cepat lelah/sesak nafas terutama bila cuaca panas.
  2. Sering menguap.
  3. Pening kepala ketika posisi badan berubah.
  4. Mudah berpeluh.
  5. Mata terkunang-kunang/penglihatan kurang jelas.
  6. Muka pucat.
  7. Mual dan lesu.
  8. Kulit berasa dingin, pucat dan lembap.
  9. Tangan dan kaki kebas.
  10. Pernafasan cepat dan pendek.
  11. Cepat haus.
  12. Pengsan (tahap serius). 


Punca Tekanan Darah Rendah adalah tidak jelas, tetapi ia boleh dikaitkan seperti berikut:

  1. Kehamilan.
  2. Masalah hormon seperti tiroid yang begitu aktif (hypothyroidism), tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme), kencing manis atau gula darah yang rendah.
  3. Terlebih dos dari ubat  tekanan darah tinggi.
  4. Kegagalan jantung.
  5. Jantung aritmia (irama jantung yang tidak normal).
  6. Pelebaran atau pengembangan saluran darah.
  7. Keletihan haba atau strok haba.
  8. Penyakit hati.




Suplement Shaklee yang disyorkan untuk Penghidap Tekanan Darah Rendah:




  

Vitalea

  • Multivitamin dan multimineral untuk mengimbangkan keperluan nutrien di dalam badan.
  • Mengandungi zat besi untuk pembentukkan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat.
  • Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen k tisu dan sel.

B-Complex :

  • Menambahkan tenaga dan mengurangkan stress.
  • Tingkatkan sel darah merah dan hemoglobin.
  • Lengkap dengan 8 kumpulan Vit B termasuk B12 dan folat.

Sustain Realeased Vita-C :

  • Bantu penyerapan vit B12 dan zat besi.
  • Bantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.


Tip mengatasi Tekanan Darah Rendah:

  1. Periksa tekanan darah secara berkala.
  2. Amalkan cara hidup sihat dengan melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
  3. Minum lebih banyak air terutama ketika cuaca panas dan selesema. 
  4. Ubah posisi badan secara perlahan-lahan (jika bangun dari tidur, tarik nafas panjang-panjang selama beberapa kali, kemudian bangkit duduk perlahan-lahan. Setelah itu barulah bangun berdiri.
  5. Tidur dengan kedudukan kepala sedikit tinggi dari badan juga dapat membantu mengatasi kesan graviti.
  6. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap.
  7. Kurangkan makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi, kentang, pasta dan roti. Ini boleh mengelakkan tekanan darah turun mendadak selepas makan.

Anda juga boleh terus membuat pembelian dengan hanya menekan perkataan ----> Set Tekanan Darah Rendah





Sebarang Pertanyaan dan Pembelian:
Call / SMS / WA :  017-6396124

Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Sunday, 7 September 2014

Wah!! Tiada Lagi Sakit Lutut dan Sendi

Assalamualaikum wbt.

Saya baru je dapat update dari customer kesayangan saya.... Sakit lutut dan sendi dia dah hilang... Selalunya bila nak solat rasa susah sangat, bila rukuk dan sujud lama sikit pon tak boleh.. Dia solat guna kerusi.
Mujur beliau mengamalkan makan AJHT ni. Tak mahal pun. Nak bisik harga ni... 


p/s: Harga dari jenama lain, mahal wooo.


Anda juga boleh terus membuat pembelian dengan hanya menekan perkataan ----> Advance Joint Health Tablet.


Thursday, 4 September 2014

Betul ke Collagen Powder Shaklee Mahal? Berbaloi ke Makan Collagen ni?


Shaklee telah melaburkan sebanyak USD300 juta untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk kesihatan Shaklee. Syarikat Shaklee telah meneruskan kesinambungannya di dalam menerajui kepercayaan bahawa kesihatan dan kebahagiaan manusia sebagai sandaran utama kepada pembinaan dan pembentukan kehidupan dunia yang lebih baik.

Dr. Forrest C. Shaklee


Collagen Powder Shaklee


Shaklee Collagen Powder ialah suplemen kolagen tercanggih yang mengandungi 4,000mg ekstrak Kolagen RSS (Red Snapper Scale) proprietari yang tulen dan berkualiti tinggi daripada sisik ikan merah. Kolagen Shaklee mempunyai molekul yang amat ringan, lebih kurang 1,000 Dalton*, menyebabkannya mudah diserap oleh tubuh bagi merangsang sintesis kolagen pada lapisan dermis.


 

 
Bagi meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyerlahkan kecantikan dalaman anda, produk kolagen Shaklee dirumus dengan tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B.


Manfaat Utama:

  • Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dll. Justeru itu, Shaklee Collagen Powder mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.


  • Tampak Lebih Muda

  • Kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
  • Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
  • Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
  • Membantu menghilangkan tanda penuaan. Dalam kes saya, parut jerawat di muka saya hilang dalam tempoh penggunaan sekotak Collagen Powder.

  •  Rasa Lebih Muda

  •  Kolagen adalah sama penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.

  • Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran disendi-sendi.
  • Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
  • Memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik semakin anda menua.


Testimoni diri sendiri selepas menggunakan Collagen Powder Shaklee:



Hanya dengan 1 kotak Collagen Powder


Shaklee Collagen Powder mudah larut dan boleh dicampurkan ke dalam makanan dan minuman kegemaran anda. Setiap sajian dibungkus dalam paket berasingan untuk pengambilan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.


Anda fikirkanlah, memang wajarlah harga yang dikenakan untuk produk yang berkualiti dan bermutu tinggi ini. Mana taknya, ia telah melepasi lebih daripada 83,000 kali ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan setiap produk yang dikeluarkan. 

Secara teknikalnya, produk Shaklee tiada parabens, Triclosan, Phthalates, Sodium Lauryl Sulfat (SLS), Natrium Sulfat Eter Lauryl (SLES), 1,4-Dioxane, atau Propilena Glikol. Tiada bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, lemak trans dan tiada pemanis tiruan atau perisa. Shaklee tidak menggunakan haiwan sebagai bahan ujian. Malah pembungkusan Shaklee adalah selamat dan bebas daripada biophenol toksin - phthalates dan dakwat toksik. 


Itulah sebabnya saya benar-benar pasti setiap produk Shaklee dijamin 100% selamat untuk digunakan.



p/s: Anda juga boleh terus membuat pembelian dengan menekan perkataan ----->  Collagen Powder



Sebarang Pertanyaan dan Pembelian:
Call / SMS / WA :  017-6396124

Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan