Thursday 18 September 2014

Buah mentega yang sedap

Assalamualaikum wbt...

Rasanya dah hampir 20 tahun saya tak jumpa @ makan buah mentega ni. Hari ni saya begitu bernasib baik sebab terjumpa buah mentega ni kat Port Dickson. Kebetulan ada pula pokok buah mentega ni sepanjang jalan nak balik ke tempat penginapan di Klana Beach Resort, PD.

Macam mana bentuk buah mentega ni?
Buah mentega ni bentuknya bulat sebesar buah epal yang bersaiz sederhana sehingga saiz besar. Kulitnya berbulu macam buah kiwi. Bila buah ini masak ranum, ianya bewarna merah. Isinya bewarna putih kekuningan.

Petua:
Sekiranya saudara/saudari pegang buah ni, pastikan menggosokkan tapak tangan ke rambut. Ini bagi menghilangkan bulu-bulu yang melekat kat tapak tangan.

Cara nak makan buah mentega ni:
√ Masa zaman kecil-kecil dulu, tengah main kat taman permainan, bila nak makan buah ni, saya lempar kat jalan tar, senang nak makan. Sebab buah ni akan terkopak. Tak payah nak pakai pisau. Makan isi je tau.

√ Kalau kat rumah, nak elak tangn terkena bulu buah mentega ni.. Saya akan ambik surat khabar pegang buah ni. Belah kepada 4 bahagian. Pastu makan buah mentega ni macam buah tembikai.

Memang nostalgia betul zaman kanak-kanak saya.

No comments:

Post a Comment