Apa itu Cirit-Birit?
Cirit-birit merupakan keadaan di mana seseorang itu hilang kawalan keupayaan membuang najis secara normal menyebabkan ia sentiasa perlu membuang najis pada setiap masa. Pembuangan najis dilihat berlaku apabila najis yang dikeluarkan dari dubur yang pada kebiasaannya dalam bentuk pepejal menjadi lembut, berair atau sangat berair. Keadaan ini sekiranya berlarutan mampu menyebabkan kekeringan air (terdehidrasi) @ dehydrated dan sekiranya berterusan mampu membahayakan pesakit juga boleh menyebabkan maut.Tanda-tanda awal:
Kebiasaannya pesakit akan mengalami rasa kurang selesa dibahagian perut, sakit dibahagian ulu hati. Pesakit pada permulaan biasanya mula rasa gelisah, cepat berpeluh dan seram sejuk diseluruh badan. Dalam kes yang lebih teruk, ia mengakibatkan pesakit tersebut mula berasa loya, muntah-muntah dan juga demam.Simptom:
- Ketidaknormalan kerap berlaku dalam penggerakan usus.
- Kehilangan banyak air dan najis yag tidak dicerna sepenuhnya.
- Terasa kejang dibahagian perut, sakit menyengat di bahagian ulu hati (perasaan libang libu).
- Flatulence (Kekembungan perut), kentut berpanjangan (pembuangan gas metana asli dari usus yang lebih busuk dari kebiasaan, dan kerap).
- Apabila bahagian abdominal dipicit dan diurut, bunyi air dapat didengari dengan jelas.
- Pembuangan najis cair dan berair berterusan, serta rasa ingin muntah atau mengalamai kemuntahan.
Tempoh berlaku:
Dalam kebanyakan kes, cirit birit berlaku dan berlarutan dalam tempoh 2-3 hari. Namun ia juga boleh berlaku pada kadar lebih lama dari itu. Misalnya dalam kes taun, cirit-birit serius boleh berlaku sehingga seminggu dengan kehilangan setengah liter air dalam badan dalam tempoh kira-kira sejam.Sebab berlaku:
Terdapat beberapa faktor utama yang dikenal pasti penyebab masalah cirit-birit:- Minum air minuman yang tidak dimasak sempurna atau ditapis bersih.
- Meminum air tercemar.
- Memakan makanan tidak dibersih dan dimasak dengan betul dan menyeluruh seperti memakan daging dan telur yang mentah atau kurang dimasak.
- Memakan makanan yang dicemari oleh bakteria berbahaya contohnya bakteria, Campylobacter, Salmonella, Shigella, dan Escherichia coli (E. coli).
- Jangkitan virus (kuman). Terdapat pelbagai jenis kuman penyebab diarrhea, termasuklah rotavirus, norovirus, cytomegalovirus, herpes simplex virus, dan viral hepatitis. Jangkitan dengan rotavirus adalah penyebab biasa yang menyebabkan cirit-birit kepada kanak-kanak. Rotavirus diarrhea biasanya dapat dilangsaikan dalam 3 hingga 7 hari tetapi dapat menyebabkan masalah pencernaan laktosa melebihi sebulan atau lebih.
- Parasit. Parasit juga dapat memasuki tubuh dari makanan atau minuman tercemar dan parasit juga dapat berlindung atau menetap dalam sistem pencernaan manusia. Contoh parasit penyebab diarrhea termasuklah Giardia lamblia, Entamoeba histolytica, dan Cryptosporidium.
- Penyakit usus. Luka atau kesan melecet diantara dinding usus juga dapat menggalakkan jangkitan kuman dan menyebabkan penyakit pada usus, sindrom iritasi usus (IBS), ulcerative colitis, penyakit Crohn’s dan penyakit celiac acap kali menjadi penyebab kepada cirit-birit.
- Ketidaktoleransian dan alahan kepada makanan serta sensitiviti. Ada segelintir orang yang mengalami cirit-birit apabila memakan makanan yang banyak lemak misalnya lauk bersantan, daging tidak buang lemak, memakan buah tinggi lemak seperti durian. Ada juga pesakit yang alah terhadap gula laktosa, gula ini sering dijumpai dalam susu dan produk hasilan susu. Maka ada juga orang yang akan mengalami cirit-birit apabila mengambil susu pada kadar yang banyak. Memakan makanan tinggi serat secara melampau dan bijirin dengan banyak juga boleh menyebabkan cirit-birit. Bayi biasanya berumur dibawah 2 tahun juga apabila diberikan susu formula juga boleh menyebabkan ia mengalami cirit birit. Lihat susu ibu untuk maklumat lanjut.
- Tindak balas terhadap ubat-ubatan. Antibiotik, ubat anti-kanser, antasid yang mengandungi magnesium juga boleh menyebabkan diarrhea.
- Kegagalan fungsi sistem usus dan pencernaan.
Suplement Shaklee yang disyorkan untuk Cirit-Birit
Nutriferon:
- Mengukuhkan sistem imun (Mengaktifkan interferon)
- Tingkatkan ketahanan badan
Performance Drink:
- Mengganti potassium yang hilang
- Elak dehidrasi dan Bantu kekalkan air dalam badan
B-Complex
- Menambahkan selera makan
- Menukarkan makanan kepada tenaga
Anda juga boleh terus membuat pembelian dengan hanya menekan perkataan ----> Set Vitamin Cirit-Birit
Sebarang Pertanyaan dan Pembelian:
Call / SMS / WA : 017-6396124
Email saya: ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan
No comments:
Post a Comment