Tuesday 23 December 2014

4 TIP ELAK KEDUTAN

Ada beberapa punca berlakunya kedutan mata antara lain adalah stres, keletihan, terlalu banyak kafein, alkohol, mata kering, alergi, ketegangan mata dan ketidakseimbangan pemakanan.


Kedutan ini memang biasa muncul dan hilang, namun ada juga bertahan seharian atau bahkan berminggu-minggu. Bagi mengatasi hal ini, anda perlu tahu apa yang menjadi penyebab agar boleh dirawat dengan cara yang tepat. 


Bagi mengatasi masalah yang sedemikian terdapat beberapa cara yang sesuai. Antaranya:


1. Vitamin A dan C

 

Kandungan vitamin A dan C sangat sesuai digunakan kerana sifat anti oksida dalam vitamin memelihara wajah sepenuhnya.  Ia juga membantu merangsang pembentukan kolagen. Kolagen merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.


2. Banyak Minum Air Putih


Minum sekurang-kurangnya lapan gelas dalam sehari mampu menghilangkan toksin dalam tubuh dan membuat kulit terlihat lebih cerah.


3. Makan Buah Beri


Buah kecil ini ternyata mempunyai manfaat yang besar pada kulit. Buah beri mengandungi antioksidan tinggi yang berfungsi melindungi sel kulit dari menipis, kolagen dan kedutan pada kulit.


4. Hindari Kebiasaan Buruk

Tidak memakai krim pelindung matahari, merokok dan minum minuman beralkohol merupakan salah satu faktor penyebab munculnya kedutan pada wajah. Jika tidak meninggalkan kebiasaan buruk tersebut, maka kolagen kulit akan berkurang sehingga menimbulkan kedutan pada wajah. Untuk kulit sensitif di sekitar mata, gunakanlah krim atau kaca mata untuk melindunginya. 



---->  Boleh klik untuk Set Kulit Cantik

No comments:

Post a Comment