Setiap manusia tidak terlepas dari merasa marah. Malah ia adalah satu keadaan yang normal. Namun haruslah dikawal bagi mengelakkan keburukan terutamanya dari sudut kesihatan biarpun ia merupakan salah satu proses untuk melepaskan tekanan.
Disamping menarik nafas yang dalam dan mencari lokasi yang tenang bagi meredakan api kemarahan, terdapat cara lain yang boleh dipraktikkan. Ini termasuklah jenis makanan yang sesuai diambil bagi menstabilkan kembali emosi. Antaranya ialah:
1. PISANG
Pisang yang dimakan setiap hari secara teratur dikatakan mampu mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Bukan setakat itu sahaja, ia juga bagus untuk mengurangkan rasa marah. Kandungan vitamin B dan kalium di dalamnya menjadikan anda lebih santai dan tenang.
2. KACANG WALNUT
Sekiranya anda merasa gagal untuk mengawal perasaan marah, segeralah cari kacang walnut. Dipercayai kandungan asid lemak omega 3 di dalamnya berupaya membuatkan diri menjadi lebih tenang dan bahagia.
3. MI
Tidak ramai yang gemar menjadikan mi sebagai salah satu makanan harian mereka. Alasan yang biasa diberikan ialah membuatkan perut buncit. Mungkin ada kebenarannya tetapi mi sebenarnya membantu anda untuk meredakan perasaan marah. Sekali-sekala bolehlah diambil tetapi ingat, jahat dalam kuantiti yang babyak.
4. MENTEGA KACANG
Enaknya menikmati mentega kacang bersama roti atau biskut. Puas apabila merasa kepekatan menteganya yang masuk ke dalam mulut. Dikatakan makanan ini juga boleh membuatkan seseorang itu kembali tenang dari marahnya.
5. KEJU
Sekalipun ianya dikategori sebagai makanan berat namun keju tetap punya peminat yang tersendiri. Kini, terdapat pelbagai hidangan yang menggunakan keju sebagai bahan asas. Dipercayai dengan pengambilan keju membuaykan perasaan menjadi tenang dan rileks.
6. KENTANG
Kentang kaya dengan sumber karbohidrat serta vitamin B yang tinggi. Kedua-dua khasiat ini penting untuk menurunkan tekanan. Sekiranya anda mula rasa marah maka jadikan kentang sebagai hidangan sampingan.
7. Coklat
Walaupun diketahui coklat cukup ditakuti kerana boleh mendatangkan masalah kegemukan namun masih elok diamalkan. Seperti coklat gelap,ia dikatakan bermanfaat untuk jantung selain membekal tenaga pada tubuh. Pada masa yang sama, coklat juga boleh menenangkan perasaan marah atau emosi yang tidak stabil.
Ihsan: Mingguan Wanita Disember 2014
No comments:
Post a Comment