Friday 3 October 2014

Siapakah Dia Empunya Nama Haliza Kamis




Ramai yang tidak mengenali saya sebelum saya berbisnes ni. Maklumlah.. Saya ni pemalu, tetapi sekiranya sudah memulakan perbualan, saya boleh dikategorikan sebagai seorang yang peramah. Ade saja info yang bertukar-tukar.

Nama saya Haliza binti Kamis dan pada tahun ni usia saya genap 32 tahun. Saya sudah berkahwin dengan pasangan 'soul mate' saya iaitu Kamarul Rahmat bin Muhammad Noor pada 06/06/2014. Kami telah dikurniakan dengan 2 orang cahaya mata.

Saya mula menggunakan produk Shaklee selepas tempoh berpantang 3 bulan anak kedua. Saya dimaklumkan oleh kawan saya bahawa produk Shaklee dapat membantu saya membanyakkan susu. Maklumlah, anak baru 3 bulan tapi susu tak berapa nak banyak. 

Teringat kat anak pertama saya.. Dapat minum susu ibu hanya sebulan setengah saja. Waktu tu rasa sangat down. Rasa bersalah pun ada. Sampai la saat dan ketika saya menulis blog ni.. Sedih...

Mmmmpphhh... Baiklah, berbalik kepada kisah anak kedua saya. 

Saya nak cite sikit tentang testimoni saya menggunakan produk Shaklee iaitu bermula pada pertengahan Jun 2012. Saya telah mengambil Set Menyusu (Pemium) ~ Set 3M ~ iaitu B-Complex, Vitalea, Alfalfa Complex, Sustained Released Vita-C, Energing Soy Protein (ESP) dan Ostematrix. Masa tu anak saya yang nombor dua tu berusia 3 bulan lebih. Alangkah baiknya kalau dari dulu lagi saya tau tentang Shaklee.... Tak la menggagau nak makan jamu jek... Tak sedap kot makan jamu...  :)  Saya berhasil meningkatkan pengeluaran susu untuk si kecil. Baru saya tau... Shaklee ade vitamin untuk semua masalah... 

"Sebelum ini, kulit saya dikategorikan kepada kulit kombinasi iaitu jenis berminyak dan kering. Masalah yang selalu timbul adalah jerawat batu akan senang tumbuh di sekitar pipi, dahi, hidung dan dagu. Manakala akan kering di sekitar keliling bibir. Selain itu, Whitehead dan Blackhead juga selalu menumpang bertepek di bahagian hidung yang tak berapa nak mancung ni. Maka, setiap 2 minggu, saya akan buat facial  sendiri kat rumah. Memang azab jugaklah"... 

Nostalgia ketika di Majlis Pernikahan dan Majlis Perkahwinan saya, mak andam terpaksa mekapkan saya tebal-tebal kerana nak tutup jerawat yang berbenjol-benjol kat muka ni... Malu jugak pada waktu tu... Mekap pon jadi tak cantik... (Kalau lah boleh diulang ke waktu itu, saya mesti amik suplement Shaklee.... Hihihihi... (Mode: Malu nak masukkan pic pengantin... Macam muka tak siap....)

Selama hampir 6 bulan ambil Set 3M bersama Lecithin dan Omega Guard, hasilnya memang lah macam tak percaya. Production susu meningkat. Sekaligus dapat kulit yang lebih bersih, cerah, tiada lagi jerawat, gebu-gebas dan badan pon sihat. Jarang dah jatuh sakit. 

Ye lah, ade juga orang cakap, semua ni kan kuasa Allah... Betul... Saya tak nafikan itu semua, tetapi apa yang saya lakukan ialah berusaha memperbaiki diri dan tahap kesihatan, tawakkan dan doa....

No comments:

Post a Comment