Thursday 27 March 2014

Apa itu Gout? Faktor-faktor penyebab Gout dan Cara mengubati penyakit Gout






Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.


Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-


  1. Serangan akut (tiba-tiba).
  2. Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

 

Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:

  1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.
  2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.
  3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout. 

Makanan yang patut di elakkan (TOTALLY FORBIDDEN) ialah:-

  • Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
  • Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
  • Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
  • Daging merah.
  • Cendawan.
  • Yis (roti putih, roti manis). 





Cadangan Set Gout Shaklee:

  1. Omega Guard / Joint Health Tablet - Memberi keselesaan pada sendi. 
  2. Alfalfa Complex - Menyah toksin dari badan secara semulajadi dan selamat. Ia turut menyingkirkan asid unik dalam badan. Ia turut berfungsi untuk menurunkan asid serum (alkalin) di dalam badan. 
  3. Performance Drink - Mengekalkan kandungan cecair di dalam badan.


*** Dinasihatkan agar pengambilan air masak / air putih adalah cukup setiap hari.
 

Pengiraan air masak yang perlu diambil oleh setiap individu ialah 25 KG berat badan = 1 liter air dan selanjutnya.

Contoh : Berat A ialah 75KG. Jadi jumlah pengambilan air masak oleh A ialah 75/25 =  3 liter air sehari.



Sebarang Pertanyaan dan Pembelian:
Call / SMS / WA :  017-6396124
Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

No comments:

Post a Comment