Sunday, 2 March 2014

Kepentingan Posisi & Perlekapan Yang Betul Semasa Penyusuan

1.  Posisi Ibu
  • Anda berada dalam keadaan selesa.
  • Bahagian belakang, kaki dan payudara anda diampu (jika perlu).


2.  Posisi Bayi
  • Badan bayi lurus, rapat ke badan anda, muka bayi menghadap payudara, hidung bayi bertentangan puting (bayi dibawa ke arah anda, bukan sebaliknya).
  • Kepala dan bahu bayi diampu (keseluruhan badan jika bayi pramatang).  













Cara Perlekapan Semasa Penyusuan



Perlekapan Yang Betul
  • Mulut bayi terbuka luas.
  • Bibir bawah bayi melengkup keluar.
  • Dagu bayi memcecah payudara ibu.
  • Banyak kawasan gelap payudara masuk ke dalam mulut bayi.

Perlekapan yang salah
  •  Mulut bayi tidak terbuka luas.
  • Dagu bayi tidak menyentuh payudara.
  • Tidak banyak kawasan gelap payudara masuk ke dalam mulut bayi.



Cara Mengampu Payudara Semasa Penyusuan
 


Pegangan 'C' - Betul


Pegangan Gunting - Salah



Kandungan Air Dalam Susu Ibu
  • Susu ibu kaya dengan AIR (88%).
  • Bayi tidak memerlukan air tambahan walaupun dalam keadaan cuaca panas.
  • Pemberian air atau cecair lain boleh mengganggu penghasilan susu ibu.


Keburukan Susu Botol
  1. Lebih kerap mendapat jangkitan (batuk, demam, selesema).
  2. Kesihatan ibu terjejas - risiko mendapat kanser payudara dan ovari.
  3. Tidak membantu menjarakkan kehamilan.
  4. Jika yang cair diberi menyebabkan kekurangan zat makanan.
  5. Kurang membantu mengeratkan kasih sayang.
  6. Mudah tercemar - risiko berlaku cirit-birit tinggi.
  7. Kegemukan.




Ihsan dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling

No comments:

Post a Comment