Pastinya ramai yang tertanya-tanya. Apakah itu sawan? Apa yang perlu dilakukan jika anak anda mengalami sawan? Adakah demam sawan berulang? Apakah demam sawan sama dengan Epilepsi? Apa yang perlu dibuat sekiranya anak anda demam?
Jom kita baca artikel di bawah ini untuk pengetahuan bersama.
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan. Demam sawan adalah sawan yang berlaku dengan suhu badan yang tinggi dikalangan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun.
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anak Anda Mengalami Sawan?
- Baringkan anak anda secara mengiring sebelah kiri atau kanan.
- Jauhkan anak anda daripada sebarang benda yang berbahaya atau tajam.
- Jangan sekali-sekali memasukkan sesuatu ke dalam mulut anak anda semasa berlakunya sawan.
- Jangan menampar, menggoncang atau mengurut badan anak anda untuk menyedarkan dirinya semasa sawan.
- Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan.
- Anak anda perlu diperiksa oleh doktor selepas berlakunya sawan untuk mengenalpasti sama ada terdapat sebarang jangkitan kuman pada otak.
Adakah demam sawan berulang?
Ya.Kira-kira 3% daripada kanak-kanak yang mengalami demam sawan akan mendapat serangan yang sama. Tetapi risiko mendapat demam sawan berkurang apabila melebihi umur 3 tahun.
Adakah demam sawan sama dengan epilepsi?
Tidak.Epilepsi ialah penyakit sawan yang berlaku tanpa demam dan biasanya berulang.
Apakah yang perlu dibuat jika anak anda demam?
- Periksa suhu badan menggunakan jangkasuhu.
- Buka pakaian anak anda untuk menurunkan suhu badan.
- Rendahkan suhu bilik (pasang kipas angin/penghawa dingin).
- Lakukan demahan dengan air suam pada keseluruhan tubuh untuk menurunkan suhu badan.
- Jangan gunakan ketulan ais (air batu) untuk menurunkan suhu badan anak anda.
- Beri minum air secukupnya.
- Berikan ubat demam dengan dos yang betul. Sekiranya anak anda tidak boleh makan ubat, beri suppositori paracetamol setiap 6 jam sekali.
- Bawa anak anda ke hospital dengan segera.
Rujukan:
www.Netdoctor.co.uk/febrile convulsion
www.healthguidedinfo.com/ febrile fits
Ihsan daripada:
Wad Pediatrik 4,
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
No comments:
Post a Comment