Lebih 90% statistik menunjukkan golongan wanita lebih terdedah kepada
kanser dan hampir kesemuanya disebabkan kanser payu dara yang mana
menjadi salah satu pembunuh kepada golongan wanita.
Bagaimanapun, masih ada baki 10% untuk lelaki juga menghidap
penyakit ini dan terdapat sekurang-kurangnya satu peratus menunjukkan
lelaki juga ada potensi untuk terkena kanser payu dara. Kanser masih
boleh dicegah dari awal jika kita mampu mengawal gaya hidup, makanan dan
kesihatan diri secara konsisten dan seimbang. Justeru Gen Y ingin
berkongsi 15 jalan mudah untuk kita semua, baik lelaki mahupun wanita
yang masih belum terlewat untuk mengelakkan diri daripada terkena virus
pembunuh ini.
1. Kubis jeruk
Masukkan kubis jeruk dalam hidangan harian anda. Mungkin anda boleh
cuba hidangan ini kerana kerana mengikut satu pemerhatian dan kajian
pakar di Finland, makanan yang melalui proses penapaian akan
menghasilkan beberapa sebatian yang boleh menghalang kanser.
Jika anda membelinya di dalam tin, bilas kubis jeruk untuk
mengurangkan natrium sebelum anda makan. Jika tidak boleh atau biasa
dengan rasanya, anda boleh mencubanya sesekali dalam hidangan berat sama
ada makan tengahari ataupun hidangan makan malam.
2. Sayur brokoli
Apa
kata kali ini kita tukar pilihan sayur kepada jenis brokoli. Sayur
brokoli adalah makanan terbaik dalam menentang kanser jika anda
mengambilnya setiap hari. Brokoli lebih baik jika anda mengukus untuk
menjadi makanan kudapan atau ditambah ke dalam sup atau dijadikan salad.
Elak masak di dalam gelombang mikro kerana ia menghapuskan 97% flavonoids dalam brokoli.
3. Kacang Brazil
Sekiranya
anda jenis yang gemar mengambil salad sebagai salah satu hidangan
harian, kali ini cuba tambah kacang Brazil di dalam hidangan itu kerana
ia kaya dengan selenium, iaitu sejenis mineral yang boleh membunuh sel
kanser dan membantu sel membaiki DNA.
Kajian dan satu
penyelidikan oleh Harvard mendapati 1,000 lelaki yang menghidap kanser
prostat yang mempunyai tahap darah tinggi selenium, berjaya kurangkan
48% sakit ini.
Kajian yang dilakukan di Universiti Cornell dan
University of Arizona menunjukkan yang 200 mikrogram selenium setiap
hari tanpa membuang kulit kacang Brazil mengurangkan 63% risiko tumor
prostat, 58% kanser kolorektum, 46% kanser paru-paru dan 39% sakit
kanser secara keseluruhan.
4. Kalsium dan vitamin D
Ambil
kalsium bersama vitamin D sebagai makanan tambahan. Menurut kajian
Fakulti Perubatan di Dartmouth, Amerika Syarikat, makanan tambahan
seperti kalsium bersama vitamin D membantu mengurangkan polip kanser
iaitu sejenis risiko mendapatkan kanser kolon pada orang yang mempunyai
masalah ketumbuhan.
5. Bawang putih
Bawang
putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh merangsang sistem imun
semula jadi untuk menentang kanser dan juga mengurangkan pertumbuhan
tumor. Ia begitu baik untuk dijadikan alternatif bagi mengelakkan kita
dari virus kanser.
Ada kajian mengatakan bawang putih boleh mengurangkan insiden kanser perut.
6. Beri biru
Dengar
seperti rutin makanan barat namun itulah yang baik untuk menjaga
kesihatan diri dan sekali gus mampu mengelakkan diri daripada kanser
dengan mengambil beri biru ke dalam hidangan terutamanya sarapan.
Buah beri biru adalah buah yang terbaik kerana kandungan antioksidan
yang tinggi. Antioksidan meneutralkan radikal bebas di mana terdapat
sebatian yang tidak stabil yang boleh merosakkan sel dan menjadi punca
kepada kanser.
7. Sos perapan
Banyakkan sos
perapan untuk makanan bakar atau setiap kali aktiviti jamuan BBQ anda.
Daging yang dipanggang atas api boleh mewujudkan pelbagai jenis
bahan-bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser.
Namun, kajian
yang diperoleh dari Institut Kajian Kanser Amerika Syarikat mendapati
salutan daging dengan sos perapan yang tebal mampu mencegah terdedah
dengan api secara langsung dan mengurangkan jumlah bahan kimia.
Adalah lebih baik anda masak daging anda di dalam ketuhar terlebih dulu
sebelum mula gril di atas api agar daging anda masak sempurna.
8. Air kosong
Menurut
kajian dari Jurnal Perubatan The New England pada tahun 1996 mendapati
lelaki yang meminum lapan gelas air kosong setiap hari membantu
menyingkirkan risiko kanser pundi kencing.
Wanita yang minum
banyak air kosong pula membantu mengurangkan risiko kanser kolon.
Penggemar minuman air kosong membantu mengurangkan risiko kanser
sebanyak 45%. Namun kebaikan dan kesan positif terhadap
pengambilan air kosong tidak perlu lagi diperkata kerana sudah terbukti
menerusi banyak kajian yang air kosong sememangnya baik untuk sistem
badan kita.
9. Teh hijau dan teh Cina
Jadikan
minuman teh hijau sebagai tabiat sihat berbanding mengambil jenis air
kopi lain. Kehebatan teh hijau terbukti di Asia sejak beribu tahun lagi
terutamanya bagi masyarakat Cina yang sememangnya menjadikan teh itu
sebagai hidangan wajib setiap hari.
Di barat, kajian baru
membongkarkan yang teh hijau membantu menentang pelbagai jenis kanser.
Para saintis percaya bahan kimia yang terdapat di dalam teh hijau yang
dipanggil EGCG adalah salah satu bahan yang paling hebat melawan kanser.
10. Ikan salmon
Kajian
dari Australia mendapati sesiapa yang mengambil empat atau lebih
hidangan salmon setiap minggu mampu menentang kanser leukemia, myeloma
dan non-Hodgkin lymphoma.
Salmon sememangnya sudah terbukti
khasiat yang terkandung padanya berdasarkan beberapa kajian lain sebelum
ini. Salmon, makerel, halibut, sardin dan tuna turut membantu
mengurangkan risiko kanser endometrium terhadap wanita.
11. Jemur diri
Berjemur
15 minit setiap hari adalah salah satu alternatif yang boleh
mengelakkan diri kita daripada kanser. Cahaya matahari mengandungi
vitamin D dan tahukah anda yang kekurangan vitamin D meningkatkan risiko
kanser termasuk payudara, kolon, prostat, ovari dan perut.
Begitu juga penyakit diabetes, osteoporosis dan tekanan darah tinggi.
Sesekali melakukan aktiviti luar di bawah cahaya matahari selama 15
minit tidaklah menggelapkan kulit anda tetapi membantu mengelak kanser.
12. Buah kiwi
Pilih
kiwi sebagai buah pilihan. Buah kiwi membantu melawan kanser kerana
kandungannya yang kaya vitamin C, vitamin E, lutein dan zat besi. Petua
melembutkan isi daging adalah dengan menggosok hirisan buah kiwi pada
daging yang mempunyai lemak.
13. Minum sitrus
Jadikan
buah sitrus sebagai minuman harian bagi menggantikan pilihan kebiasaan
lain selain air kosong yang sudah tentunya menjadi pilihan wajib.
Pengambilan buah sitrus seperti lemon dan limau mampu membantu
mengurangkan risiko kanser mulut, tekak dan perut.
14. Makanan organik
Makanan
organik ditanam tanpa sebarang penggunaan racun perosak di mana racun
perosak boleh menjadi punca kerosakan sel yang akhirnya menjuruskan
kepada kanser. Pilih dan carilah jenis makanan ini untuk dijadikan
hidangan baru.
15. Vitamin
Ambil multivitamin
setiap pagi. Banyak kajian mencadangkan untuk mendapatkan tahap
kesihatan yang terbaik, jangan lupa mengambil vitamin dan mineral kerana
ia membantu memperbaiki fungsi sistem imun dan membantu mencegah
pelbagai jenis kanser.
Haliza Kamis
017-6396124