Friday, 25 April 2014

Elak anak sembelit dengan bahan-bahan semulajadi


Assalamualaikum wbt.

Hari ni saya nak share resepi bagaimana nak elak @ kurangkan sembelit dikalangan anak-anak kecil kita. Bahan-bahan yang digunakan tidaklah susah nak dicari. Semuanya ada di dalam dapur rumah kita. Saya dah pun membuat eksperimen sendiri ke atas dua anak saya berumur 2 tahun dan 4 tahun. Mereka berdua ni memang boleh kata kerap sembelit jugak la... Alhamdulillah selepas saya cuba resepi ni, anak saya dah tak de lagi kena sembelit. Memang mujarab. 


Psssttt... Saya dapat resepi ni pon dari Pak Lang Ghasari (pak cik kepada suami saya).



Bahan utama yang saya gunakan adalah bunga cengkih dan minyak zaitun. 
Bunga Cengkih
 
Minyak Zaitun



Bahan-bahan sampingan adalah pasta/spageti dan rencah untuk buat sup. Paling mudah saya guna kiub ayam je.... Pastikan kiub ayam tu adalah "No MSG"


 
Pasta / Spageti
 

  Kiub Ayam


Cara nak masak pon tak lah susah sangat. Paling senang... Cepat pon cepat.. Anak tak tunggu lama nak makan...


Saya renehkan air atas dapur, tunggu sehingga air didih. Kemudian saya masukkan  2 biji bunga cengkih, 3-4 titis minyak zaitun dan kiub ayam (mengikut keperluan @ secukup rasa). Lepas tu, saya masukkan spageti/pasta ke dalam periuk tu tadi. Bila dah cukup masak, boleh dihidang terus. Saya tidak menambah garam ke dalam hidangan ini kerana kiub tersebut sudah pun mempunyai rasa.

Anda juga boleh menambah daun pasli, lobak merah, daun sup @ telur ke dalam masakan anda.



P/S: 
Selain resepi di atas, saya juga ada memberi Omega Guard, Meal Shake dan Chewable Vita-C dari Shaklee kepada kedua-dua puteri saya. Hasilnya, mereka bertambah sihat, kurang dijangkiti sesema, batuk mahupun demam. Segala-galanya adalah usaha saya, selebihnya adalah urusan Allah swt.



Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi saya melalui:
Haliza Kamis
SMS/CALL di 017-6396124

Saturday, 12 April 2014

Manfaat Vitamin B-Complex Shaklee



Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?


Vitamin B1

Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6

Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12

Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga


Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

 
Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.



KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS

 1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.

2.  Mengelakkan penyakit beri-beri. Maksud penyakit beri-beri

3.  Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.

4.  Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.

5.  Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.

6.  Mencegah stress.

7.  Menguatkan antibodi tubuh.

8.  Amat penting untuk aktiviti sel genetik.

9.  Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.

10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.

11. Mencegah anemia.


 

KELEBIHAN VITAMIN B-COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK


1. Merangsang pertumbuhan.

2. Meningkatkan kemampuan berfikir.

3. Memberikan tambahan tenaga.


 

KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA


1. Menambah tenaga.

2. Mengurangkan stress.

3. Melambatkan proses uban di rambut.

4. Membantu meningkatkan konsentrasi.



KELEBIHAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG


1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.

2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).




Sebarang pertanyaan lanjut @ pembelian, boleh menghubungi saya:
HALIZA BINTI KAMIS
SID: 894712
H/P: 017-6396124
FB: www.facebook.com/mamabatrisya
FB Page: https://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik



kredit kepada: Umi Zhariff

Monday, 7 April 2014

Tips: Makan Banyak, Berat Badan TURUN



Benarkah seperti yang dikatakan, makan lebih banyak boleh membantu menurunkan berat badan? Sememangnya makanan yang betul akan membantu anda menurunkan beberapa kilogram dengan membakar kalori dan menahan nafsu makan. Ikuti fakta berikut.

STIK

 

Berdasarkan kajian yang diterbitkan oleh The American Journal of Clinical Nutrition, wanita yang sedang berdiet dan mengambil makanan seperti daging merah mampu menurunkan berat badan lebih banyak. Caranya, panggang sekitar 4 auns daging sirloin berkualiti, hiris nipis-nipis di dalam campuran salad, atau campur dengan sayur-sayuran untuk membuat hidangan sihat anda.

TELUR


 

Makan semua yang terdapat pada telur, baik bahagian putih mahupun kuningnya. Telur tidak memberi kesan buruk kepada hati anda, tetapi dapat membantu anda mengurangkan beberapa inci. Telur omelette dan telur dadar merupakan pilihan yang tepat bagi anda yang tidak sempat memasaknya, panggang pada hari minggu dan sejukkan, hiris bila diperlukan dan dapat dimakan selama seminggu.

SAYUR KOBIS


 

Semangkuk sayur kobis mengandungi 43 kalori dan sekitar 1.3 gram serat serta mengandungi zat besi dan kalsium. Oleh itu, makanlah sayur kubis mentah yang dipotong lalu dimasak dangan kacang hitam.

GANDUM

 


Semua jenis gandum menyihatkan  tetapi ada beberapa vairasi gandum terutama yang diproses secara minimum mempunyai serat sebesar 5 gram per hidangan, sekaligus menjadikan ia sebagai pilihan terbaik. Gandum segera mengandungi 4 gram per hidangan. Oleh itu daripada makan roti, tambahkan gandum pada daging lebih kurang semangkuk untuk resepi sihat anda.

KEKACANG

 


Kekacang amat berkhasiat untuk merampingkan perut. Dengan memakannya dapat membantu mencegah kenaikan kadar insulin yang menyebabkan lemak terkumpul di dalam tubuh terutama di bahagian perut. Ada banyak jenis kekacang yang boleh anda makan, termasuklah kacang merah dan kuning yang dapat dimasak dengan cepat. Tambahkan kacang ini di dalam sos pasta agar makanan lebih sihat.

EPAL

 

Sebiji epal sehari dapat menjaga berat badan anda. Individu yang makan sebiji epal sebelum makan pasta akan mengambil lebih sedikit kalori berbanding makanan ringan. Epal ideal bagi anda yang memerlukan kudapan yang rendah kalori. Untuk membuat pai epal, potong epal berukuran sedang dan tabur dengan 1/2 sudu teh serbuk kayu manis dan 1/2 sudu teh bumbu dapur. Masukkan ke dalam ketuhar selama 1 1/2 minit.

PASTA GANDUM HITAM

 

Gandum hitam mengandungi serat tinggi. Tidak seperti kebanyakan karbohidrat. Gandum hitam juga mempunyai protein. Kedua-dua zat ini sangat penting untuk tubuh. Caranya masak pasta seperti memasak beras. Untuk makanan ringan, campurkan gandum hitam dengan brokoli, lobak merah dan bawang.


Ihsan: Mingguan Wanita (Mei'10)

Friday, 4 April 2014

Manfaat dan Kelebihan Ostematrix Shaklee


Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.


Apa yang bestnya Ostematrix Shaklee ni?

  • Ostematrix Shaklee adalah Halal!
  •  Kandungan kalsiumnya paling premium dan kadar penyerapannya adalah 99%
  • 100% semulajadi
  • Penuh dengan garam mineral semulajadi dari Laut Mati
  • Bukan sekadar mengandungi kalsium, malah Ostematrix Shaklee mengandungi magnesium, fosforus, Vitamin D, Zink, Kuprum, Manganes dan Boron.
  • Kesemua mineral ini membantu pembinaan jisim tulang
  • Terbukti secara ujian klinikal dan penyelidikan


Siapa yang patut mengambil Ostematrix Shaklee?

  • Ibu mengandung
  • Ibu yang menyusukan anak
  • Wanita yang sudah mencapai usia 30 tahun keatas (jisim tulang berkembang ke tahap maksimum pada umur 28 dan mengurang selepas itu ya)
  • Mereka yang kurang mengambil pemakanan yang sihat untuk kesihatan tulang contohnya mereka yang malas mengambil susu
  • Warga tua
  • Mereka yang merokok, minum alkohol atau penggemar minuman dan makanan ringan. Kesemua ini mengganggu penyerapan kalsium yang diambil dari pemakanan harian
  • Pesakit sakit belakang, gigi rapuh dan tulang reput
  • Wanita yang mengalami PMS (Pre-menstrual Syndrome)
  • Anda! (Betul tak??)

Jadi sekarang kita dah tahu apa yang ade dalam Ostematrix dan siapa yang patut ambil. Sekarang mari kita tengok dengan lebih jelas, apa manfaat yang boleh didapati dari Ostematrix ini.



Manfaat utama Ostematrix Shaklee:

1 - Menguatkan Tulang

Kalsium menghalang osteoperosis, menguatkan kuku, gigi dan sistem saraf. Kalisum juga merawat tulang reput, menguatkan gusi dan merangsang darah untuk memekat.

2 - Memperbaiki Kekejangan dan Kebas:
Pengambilan 600mg kalisum sebelum tidur akan mengurangkan kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis

3 - Meringankan Stress:
Ostematrix mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, membantu tidur yang lebih selesa dan membantu memperbaiki depresi, mood yang tidak tetap, sakit kepala dan pitam

4 - Memperbaiki Masalah Haid:
Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit seaktu haid dan membantu membuang air kecil.

5 - Pengalkalian Tubuh
Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan PH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.

6 - Merawat penyakit ricket:
Meningkatkan penyerepan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka dan memperbaiki penyakit periodontal.

7 - Mengaktifkan Enzim Tubuh Untuk Menghasilkan Tenaga
Magnesium dalam Ostematrix adalah ion positif nombor dua penting didalam tubuh badan kita.

8 - Memelihara Metabolism Kerangka dan Pertumbuhan Otot
Ostematrix Shaklee mengandungi zink, Boron, Manganes dan Kuprum yang membantu memelihara metabolism kerangka badan.



Bagi bulan April 2014,  terdapat promosi khas untuk Ostematrix. Jika anda membeli 6 botol Ostematrix, anda akan mendapat 1 botol secara percuma.Tunggu apa lagi?? Jom dapatkan Ostematrix sekarang!!


Sebarang Pertanyaan dan Pembelian:

Call / SMS / WA :  017-6396124
Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan 
Kredit kepada:  Salwa Mohd Salleh

Thursday, 3 April 2014

7 Tanda Anda Wanita Bertuah

Bertuah la badan kalau anda menjadi idaman lelaki. Lebih bangga lagi kalau lelaki yang mahukan anda itu menjadi kegilaan ramai wanita kerana ketampanan, kekayaan dan sikapnya. Cuba semak, adakah anda wanita bertuah yang menjadi idaman lelaki?


 


1 - Dia Sanggup Menunggu

Sekali pun sudah jauh malam tetapi anda masih di pejabat lagi. Kerja yang masih banyak membuatkan anda tidak betah tangan menyiapkannya. Namun si jejaka idaman masih setia menanti bagi memastikan keselamatan anda terjamin. Ini kerana dia bimbangkan keselamatan anda. Dia mahu anda selamat pulang ke rumah.

2 - Dia Tunjukkan Tanda Badan di Tubuhnya

 

 
Membuka satu rahsia dalam hidup sebenarnya bukan mudah kalau seseorang itu tidak istimewa di hatinya. Jarang ada lelaki yang mahu menunjukkan tanda-tanda lahir yang sebelum ini tersembunyi di sebalik pakaiannya. Justeru itu, kalau si dia sudah membuka rahsia peribadinya, ia bermakna, anda amat bernilai di hatinya.

3 - Berkongsi Rahsia Peribadi

Sama seperti tanda peribadi di tubuh, berkongsi cerita-cerita rahsia juga satu dari tanda, anda sangat istimewa di hatinya. Bila dia sudah bercerita bermakna, dia sangat mempercayai anda dan mahu menjadikan anda seorang suri dalam hidupnya. Lelaki biasanya agak ego namun apabila mereka sudah membuka rahsia diri, ia memberi makna dia mahu berkongsi segala-galanya dengan anda.

 4 - Dia Menjadikan Anda Tempat Rujukan

Sebenarnya bukan mudah untuk lelaki berkongsi segala-galanya atau menjadikan wanita tempat untuk mereka bersandar, berpaut dan sebagainya. Lelaki biasanya lebih senang bercerita dengan kaum sejenis mereka. Tetapi bila dia sudah menjadikan anda tempat rujukan bermakna anda sangat istimewa.

 5 - Dia Membuat Lirikan Mata

 

 

Setiap kali anda berbual dengannya, lirikan matanya seperti memberikan satu tanda, dia seperti menyenangi anda. Dia akan memberikan sepenuh tumpuan terhadap apa yang anda ceritakan. Malah kalau boleh dia mahu kelihatan seperti lelaki yang sangat romantis di mata anda.

6 - Dia Menghargai

Terasa diri dihargai!! Jarang sekali, wujud perasaan sebegini di dalam hati setiap orang kerana walau pun anda ada ramai kawan tetapi belum tentu ada yang sangat mengambil berat tentang diri anda, sanggup berbuat untuk anda dengan seluruh hatinya malah diri dia begitu menghargai anda, bermakna anda sangat bermakna di hatinya.

7 - Dia Belikan Anda Minuman

Memang anda sangat istimewa dihatinya kalau dia sering mengambil berat tentang diri anda. Termasukalh soal makan minum anda setiap hari. Kalau dia sudah mengambil berat soal ini, bermakna anda begitu istimewa di hatinya. Setiap pagi ada saja nasi lemak dan kopi o yang sudah terhidang di meja anda. Jika ini terjadi, bermakna, andalah gadis idaman dirinya.




Ihsan: Mingguan Wanita 

Monday, 31 March 2014

Keracunan Darah Boleh Bawa Maut (SEPTISEMIA)




Sindrom Septisemia adalah kehadiran bakteria dalam darah (Bakteremia) dan selalunya ia berkaitan dengan jangkitan teruk. Tubuh mengandungi banyak mikroorganisma pada kulit dan usus yang selalunya amat baik dan tidak mengancam kepada kesihatan. Tetapi apabila organisma ini memasuki aliran darah dan merebak ke seluruh tubuh, ia boleh berkembang kepada jangkitan yang kuat.

Septisemia adalah satu jangkitan yang akan mencemarkan darah dengan pelbagai bakteria. Jika tidak dirawat dengan sempurna, darah yang dijangkiti boleh mencemarkan organ-organ atau tisu-tisu tubuh seperti otak, hati atau buah pinggang, dan boleh juga membawa maut. Jika dibiarkan pada tahap awal, septisemia boleh berkembang menjadi lebih serius kepada kejutan septik. Septisemia juga boleh dikenali sebagai Keracunan Darah atau Sepsis.

PENYEBAB


Penyebab Septisemia biasanya adalah melalui luka-luka yang telah dijangkiti.
  • Termasukalah luka-luka pembedahan, luka akibat terbakar, keguguran, jangkitan mulut atau gigi, luka-luka diabetik, dan sebarang kecederaan atau pendarahan dalam akibat kemalangan. 
  • Ia juga boleh bermula daripada jangkitan disekeliling tubuh termasuklah jangkitan pada paru-paru, abdomen dan saluran urinari.

GEJALA-GEJALA

  • Septisemia boleh dikenali melalui gejala-gejala seperti bermula dengan demam memuncak, rasa sejuk, bernafas dengan cepat dan kadar degupan jantung yang laju. Penghidapnya juga akan kelihatan sangat sakit.
  • Gejala-gejalanya akan berkembang kepada penurunan suhu badan (hipotermia), kejatuhan tekanan darah, keliru atau perubahan dalam status mental, loya dan muntah. Masalah darah beku yang membawa kepada bintik-bintik merah pada kulit. Keadaan ini berkemungkinan juga akan membawa kepada air kencing berkurangan atau tidak langsung keluar.


DIAGNOSIS DAN RAWATAN SEPTISEMIA

Diagnosis Septisemia termasuklah pemeriksaan fizikal dan ujian darah. Septisemia perlu dirawat di hospital kerana ia memerlukan perhatian segera dan penjagaan rapi. Ia boleh dicegah dengan rawatan sempurna ketika diperingkat jangkitan awal. Vaksinasi menentang jangkitan tertentu juga boleh mengurangkan risiko Septisemia.


UJIAN DAN PEMERIKSAAN

Pemeriksaan fizikal yang boleh dilakukan boleh menunjukkan:
  • Tekanan darah rendah.
  • Suhu badan menurun atau demam.
  • Tanda-tanda berkaitan penyakit (seperti meningitis, epiglottitis, pneumonia, atau sellutitis).

Ujian yang boleh mengesahkan jangkitan termasukalah:
  • Pengkulturan darah.
  • Gas darah.
  • CBC.
  • Kajian pembekuan. (PT, PTT, tahap Fibrinogen).
  • Pengkulturan CSF.
  • Pengkulturan sebarang lesi kulit yang disyaki.
  • Kiraan platelet.
  • Pengkulturan urin.

KOMPLIKASI

Apabila Septisemia berkait dengan beberapa organisma seperti meningococco, boleh membawa kepada;
  • Kejutan yang tidak dapat diterbalikkan.
  • Kejatuhan adrenal.
  • Masalah pendarahan -Sindrom Waterhouse-Freiderichsen atau kegagalan kelenjar adrenal disebabkan oleh pendarahan. Ia juga disebabkan oleh jangkitan meningococcal teruk dan dikelaskan melalui kejutan yang mendalam.
  • Sindrom pernafasan teruk dewasa (ARDS).



PENCEGAHAN

Rawatan sempurna jangkitan berpusat boleh mencegah Septisemia. Vaksin seperti Haemophilus influenza B (HIB) S.pneumoniae yang sedia ada dikatakan mampu mengurangkan jumlah kes Septisemia di kalangan kanak-kanak. Kedua-duanya amat dicadangkan dalam imunisasi kanak-kanak. Dalam kes-kes tertentu, mereka yang bekerja dengan pesakit Septisemia, boleh juga diberikan antibiotik bagi pencegahan.

Langkah-langkah berikut juga mampu melindungi daripada penyakit  yang melemahkan sistem imun:
  • Cuci tangan dengan kerap.
  • Pastikan mendapat vaksin terkini.
  • Dapatkan rawatan perubatan jika terdapat sebarang jangkitan serius.
  • Tukar tampon (jika memakainya) sekurang-kurangnya enam hingga tujuh jam.
  • Cuci bahagian kemaluan daripada hadapan ke belakang selepas membuang air kecil atau besar atau selepas melakukan hubungan seksual.



Kredit kepada MW-Mei'10

Thursday, 27 March 2014

Apa itu Gout? Faktor-faktor penyebab Gout dan Cara mengubati penyakit Gout






Gout merupakan sejenis sakit sendi yang berpunca dari kandungan asid urik dalam darah yang tinggi. Kaum lelaki mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidapi gout. Faktor gemuk dan kekeluargaan turut memainkan peranan. Gout akan menyebabkan sakit sendi terutamanya di sendi ibu jari kaki yang bengkak dan merah. Ia seterusnya boleh menyerang sendi-sendi lain di samping boleh menyebabkan erosi pada sendi dan tumbuhnya gout tophus (bengkak pada sendi seluruh badan yang tidak sakit tapi berkekalan). Kejadian batu karang pada buah pinggang juga sering berlaku pada penghidap gout. Risiko sakit jantung turut bertambah bagi mereka yang mengidapi gout.


Serangan gout boleh terbahagi kepada 2 jenis iaitu:-


  1. Serangan akut (tiba-tiba).
  2. Serangan kronik yang berpanjangan.

Serangan gout akut dikenal pasti sebagai serangan yang berulang-ulang, sendi menjadi bengkak dan rasa berdenyut berpanjangan dalam tempoh antara lima hingga enam hari. Pesakit datang mengadu dengan gejala tulang sendi mereka seolah-olah digigit.

Manakala bagi serangan kronik berpanjangan, walaupun pesakit tidak merasa berdenyut-denyut namun pesakit tetap merasa tidak selesa. Di samping itu tempoh kesakitan berterusan hingga mengambil masa yang agak lama dengan anggaran antara dua hingga tiga minggu. Bagi menghilangkan rasa sakit ini, biasanya pesakit terpaksa mengambil ubat penahan sakit.

 

Faktor-faktor berikut juga boleh menyebabkan gout:

  1. Diet dan berat badan juga salah satu punca keadaan asid urik gout seperti kegemukan, satu diet protein tinggi, alkohol atau rendah kalori dalam diet.
  2. Ubat juga mendatangkan asid urik gout. Ia boleh meningkatkan asid urik dalam darah. Anda perlu berhati-hati apabila menggunakan ubat seperti aspirin, diuretics.
  3. Orang yang pernah mengalami penyakit ginjal, tekanan darah, kecederaan dan pembedahan berkemungkinan besar boleh mendapat gout. 

Makanan yang patut di elakkan (TOTALLY FORBIDDEN) ialah:-

  • Makanan laut seperti ikan, kerang, sardin dan ikan bilis.
  • Sayur-sayuran seperti asparagus, bunga kobis dan bayam.
  • Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung.
  • Daging merah.
  • Cendawan.
  • Yis (roti putih, roti manis). 





Cadangan Set Gout Shaklee:

  1. Omega Guard / Joint Health Tablet - Memberi keselesaan pada sendi. 
  2. Alfalfa Complex - Menyah toksin dari badan secara semulajadi dan selamat. Ia turut menyingkirkan asid unik dalam badan. Ia turut berfungsi untuk menurunkan asid serum (alkalin) di dalam badan. 
  3. Performance Drink - Mengekalkan kandungan cecair di dalam badan.


*** Dinasihatkan agar pengambilan air masak / air putih adalah cukup setiap hari.
 

Pengiraan air masak yang perlu diambil oleh setiap individu ialah 25 KG berat badan = 1 liter air dan selanjutnya.

Contoh : Berat A ialah 75KG. Jadi jumlah pengambilan air masak oleh A ialah 75/25 =  3 liter air sehari.



Sebarang Pertanyaan dan Pembelian:
Call / SMS / WA :  017-6396124
Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Set Vitamin Untuk Perokok



Ramai ibu atau isteri dalam dilema apabila suami, ayah, abang & adik lelaki mereka merokok, apa lagi mereka ini adalah perokok tegar. Ini kerana seperti yang kita sedia maklum, secara tak langsung dirinya dan anak-anak menjadi perokok sekunder.

Perokok sekunder dikatakan memiliki risiko kesihatan yang lebih tinggi dari perokok itu sendiri.

Mari kita lihat apa yang dimaksudkan dengan "Perokok Sekunder"?

Perokok Sekunder

  • Orang yang terdedah kepada asap rokok sekurang-kurangnya 15 minit dalam tempoh 2 hari seminggu.
  • 30% risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung. 
 

Kesan Terhadap:

(Wanita)

  • Isteri kepada seorang perokok mempunyai 30% risiko kanser paru-paru & penyakit jantung.
  • Lebih mudah terdedah kepada penyakit kanser.
  • Low fertility (kesuburan).
  • Early menopaus.
  • Keguguran (miscarriage) atau baby meninggal di dalam perut.
  • Kelahiran bayi pra-matang. 

 (Kanak-kanak)

  • Mudah terkena serangan athma.
  • Sakit paru-paru / jangkitan paru-paru.

(Kawan-kawan)

  • Batuk.
  • Sakit mata.
  • Sakit kepala.
  • Serangan jantung.
  • Athma.

Seorang perokok mempunyai kadar pengoksidaan dalaman dan radikal bebas yang sangat tinggi. Dikatakan lebih satu trilion radikal bebas terhasil dalam setiap sedutan. Banyaknya! Jadi, mereka memerlukan lebih antioksidan berbanding orang biasa.


 

Cadangan Vitamin Untuk Perokok ialah:

 

 

Vita-Lea

  • Salah satu kandungan Vita-Lea adalah Vitamin D. Hasil kajian yang dimasukkan dalan Jurnal Respiratori dan Penjagaan Kesihatan Kritikal Amerika menunjukkan perokok yang kurang Vitamin D mengalami kerosakan pada paru-paru lebih cepat berbanding perokok yang mengandungi kadar vitamin D yang normal dalam darah. 
  • Vitamin D diperlukan oleh perokok kerana Vitamin D yang bersifat antiaoksidan dan antiradang, mampu memberi sedikit perlindungan terhadap kerosakan paru-paru akibat merokok.

 

Vitamin E

  • Pada tahun 2005, kajian oleh Institut Linus Pauling yang disiarkan dalam "American Journal of Clinical Nutrition," menunjukkan bahawa tahap Vitamin E pada plasma darah  berkurangan dan hilang dengan lebih cepat dalam perokok berbanding bukan perokok. Kerana tahap vitamin E yang rendah, ia tidak memberi perlindungan yang mencukupi terhadap radikal bebas, ini mungkin salah satu sebab-sebab mengapa orang yang merokok boleh  mendapat kanser.

 

Sustained Released Vita-C 500mg

  • Oksida di dalam asap rokok mempercepatkan metabolisme vitamin C, menyebabkan bekalan vitamin ini menjadi berkurangan. Pengambilan tambahan Vitamin C boleh mengembalikan tahap Vitamin C pada darah perokok kepada normal dan kekurangan Vitamin C boleh merosakkan keupayaan badan untuk menukar kolesterol ke hempedu.
  • Menurut kajian menunjukkan yang perokok tegar atau pasif kehilangan 25 hingga 30mg vitamin cdalam tubuh. Malah menurut kajian, jika perokok menghisap 20 batang rokok ia menyebabkan tiada atau hampir tiada vitamin c dalam tubuh si perokok. Disebabkan itulah pengambilan vitamin C dicadangkan untuk diambil oleh perokok.


   B-Complex

  • Perokok mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat kanser paru-paru dan pankreas berbanding dengan bukan perokok, namun risiko ini boleh dikurangkan dengan mendapat vitamin B yang mencukupi. 
  • Rachael Stolzenberg-Solomon, Ph.D., di Institut Kanser Kebangsaan di Bethesda, Maryland, mendapati bahawa tahap vitamin B folat adalah lebih rendah pada pesakit yang menghidap barah pankreas. Asid folik, amat penting untuk paru-paru, juga boleh membantu mengurangkan simptom bronkitis pada perokok. 




Sebarang Pertanyaan / Pembelian, boleh menghubungi:


Call / SMS / WA :  017-6396124
Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan



Monday, 24 March 2014

Vitamin Cinta Shaklee ~ Hangatkan Hubungan Intim Suami Isteri Seperti Malam Pertama ~



"Hubungan seksual hambar antara punca keretakan rumah tangga"

Itu adalah tajuk di akhbar Berita Harian yang telah melaporkan bahawa hubungan intim suami isteri adalah perkara penting dalam hubungan suami isteri. Menurut statistik perceraian dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), punca krisis rumah tangga kerana tidak serasi, kecurangan, poligami, campur tangan keluarga, masalah kesihatan pasangan termasuk kesuburan dan suami isteri bermain kayu tiga.


Adakalanya juga kedinginan terhadap hubungan seksual membuatkan kenikmatan melayari bahtera rumahtangga tiada manisnya. Menurut pakar, antara penyebab masalah kedinginan seks ini adalah:-

  • sering kepenatan dan kelesuan 
  • komitmen yang bertambah
  • kurang rehat
  • kurang masa untuk diri sendiri 
  • kurang nutrisi
 

Jadi, ia boleh diatasi dengan:-

  • mendapatkan rehat yang cukup 
  • merancang masa berkualiti 
  • membaca novel atau menonton filem romantik untuk mendapatkan mood
  • memastikan cukup keperluan nutrisi 
  • mengurangkan pengambilan makanan segera, makanan ringan dsb

Hubungan intim suami isteri bukan sahaja untuk memenuhi keinginan suami tetapi juga merupakan keinginan semulajadi bagi kaum isteri, jadi persefahaman untuk memenuhi keperluan masing-masing sepatutnya tidak menjadi satu isu yang boleh mengakibatkan penceraian.  

Jika ianya berlaku di dalam rumahtangga, sewajarnya pasangan perlu cari penyelesaian. Kehangatan hubungan suami isteri akan kembali pulih dengan Set Vitamin Cinta Shaklee yang terdiri daripada 2 vitamin penting iaitu VITAMIN E dan ALFALFA. 

Vitamin E untuk suami dan Alfalfa untuk isteri. Gabungan 2 vitamin ini bertindak dengan cara berikut:

 




Sebarang pembelian / Pertanyaan:
Call / SMS / WA :  017-6396124


Email saya:  ajotngu21@gmail.com Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA
Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Sunday, 23 March 2014

Faedah Utama Nutriferon Shaklee

 


Bila cakap tentang Nutriferon, mesti kita terus ingat Nutriferon ni bagus bila demam, selsema, batuk, asthma, untuk resdung kan.. tapi sebenarnya ada BANYAK LAGI faedah Nutriferon ni..

Faedah utama:

Menguatkan sistem imun dalam 3 hari - ia adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.

Melawan kanser dan tumor - interferon semulajadi mengandungi polisakarida aktif yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin untuk melawan tumor dan sel-sel kanser. Juga, ia boleh mengurangkan ketidakselesaan semasa rawatan kemoterapi.

Melindungi terhadap influenza - ia mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

Meringankan tekanan dan kelesuan - membantu mengatasi  kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.

Kelewatan Penuaan - formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat.

Mengurangkan jangkitan pesakit Hepatitis B & C - keberkesanan Nutriferon dalam memerangi virus boleh mengurangkan jangkitan dan mengurangkan sebarang ketidakselesaan, misalnya, kembung, mual, dan lain-lain muntah pesakit Hepatitis B dan C.

Meningkatkan Menopaus - Membantu masalah yang timbul kerana menopaus seperti darah tinggi, kolestrol tinggi, peredaran darah dan pelbagai masalah lain.

Membantu masalah PMS - Terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.




Kredit to: Lia UmmiIrfan

Apa itu ASTHMA? Suplemen Untuk Pesakit Asthma ~ SHAKLEE




Penyakit Asthma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas. Ini adalah kerana ketika pesakit diserang asthma, keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam paru-paru menjadi sempit. Pesakit asthma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, dan sukar untuk bersenam.
 
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh pengsan.




BAGAIMANA ASTHMA TERJADI?

  • Asthma disebabkan oleh inflamasi / keradangan pada saluran pernafasan.
  • Keradangan ini menyebabkan saluran paru-paru membengkak dan menghasilkan lendir yang berlebihan serta menjadi lebih sensetif.
  • Otot di sekeliling saluran pernafasan akan mengecut dan menyebabkan lapisan saluran pernafasan menjadi sempit.
  • Beberapa faktor pencetus boleh menyebabkan inflamasi dan radang pada salur pernafasan. 
Saiz saluran pernafasan yang sempit menyebabkan anak anda mengalami kesukaran bernafas.



PENCETUS SERANGAN ASTHMA

 



  • Senaman
  • Jerebu dan pencemaran udara.
  • Alahan dihidu seperti kutu habuk (house dust mite), debunga, spora kulapuk (mould spores), epithelials binatang peliharaan
  • Persekitaran yang sejuk.
  • Jangkitan saluran pernafasan, batuk dan selesema.
  • Merokok dan asap rokok.
  • Tekanan emosi.
  • Aspirin dan ubat seumpamanya
Asthma juga merupakan satu penyakit yang dikaitkan dengan keturunan.


TANDA-TANDA PENYAKIT ASTHMA

  • Batuk terutama pada waktu malam atau cuaca sejuk.
  • Nafas berbunyi / 'wheezing' (seperti siulan).
  • Rasa ketat / ketegangan di dada.
  • Kesusahan bernafas atau batuk selepas aktiviti fizikal.


TANDA-TANDA PENYAKIT ASTHMA YANG TERUK

  • Kesusahan bernafas.
  • Kesusahan untuk bersuara / bercakap.
  • Kelihatan sangat penat.
  • Kebiruan pada kuku dan bibir.
  • Terdapat lekuk pada bahagian dada apabila bernafas.

BAGAIMANA SERANGAN ASTHMA DAPAT DIELAKKAN

  • Kenalpasti faktor pencetus Asthma.
  • Jauhi / elak bahan pencetus Asthma.
  • Menggunakan ubatan asthma seperti yang diarahkan oleh doktor.
  • Bawa anak berjumpa doktor jika terdapat tanda-tanda penyakit asthma.

ASTHMA DIKALANGAN KANAK-KANAK


  • Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asthma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.
  • Bagi kanak-kanak yang menghidapi asthma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.
  • Manakala, 50% - 60% akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 p lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.


SUPLEMEN UNTUK ASTHMA


Omega Guard (Asid lemak Omega-3)

  • Kajian klinikal Universiti of Maryland Medical Center menunjukkan 29 kanak-kanak asthma yang diberi makan minyak ikan yang kaya EPA dan DHA selama 10 bulan didapati mampu mengurangkan simptom asthma berbanding kanak-kanak yang mengambil placebo.
  • Kajian penyelidik Jepun keatas 32 pesakit COPD (chronic obstructive pulmonary disease) yang diberi supplemen omega-3 mendapati, selepas setiap 3 bulan tahap kesihatan mereka semakin baik berbanding mereka yang tidak diberi omega-3.
  • Penyelidik mencadangkan sokongan nutrisi yang mengandungi asid lemak omega-3 adalah selamat dan praktikal untuk merawat masalah berkaitan peparu dan pernafasan.



NutriFeron (interferon semulajadi Shaklee)

  • Seperti yang kita tahu, asthma dicetuskan oleh serangan alergen, manakala sistem imun pesakit tidak dapat bertahan terhadap serangan tersebut. Asthma pada kanak-kanak menunjukkan ada keradangan melampau di laluan udara. 



Bagaimana interferon membantu? 
  • Penyelidik menemui keupayaan interferon menghalang populasi sel imun yang mencetuskan asthma. Secara semulajadi 1 kelas sel limfosit T yang dikenali sebagai T helper 2 cells (Th2 cell) membantu melindungi menentang jangkitan dengan merembeskan bahan kimia untuk meransang pembengkakan; tetapi dalam sesetengah individu, sel Th2 boleh menyebabkan tindak balas alergik kepada sel normal yang tidak berbahaya seperti pencemar dan debunga. Apabila sel Th2 menjadi reaktif kepada tersebut, ia mencetuskan semua proses pembengkakan yang biasa terhadap penyakit alergi seperti asthma dan ekzema.


  • Journal of Immunology mencadangkan interferon digunakan untuk terapi pesakit asthma. Interferon akan menghalang pembentukan sel Th2 dan kestabilannya dengan memberhentikan perembesan asthma-causing chemical lalu memberhentikan simptom asthma.

  • Telah ramai ibu-ibu yang mempunyai anak asthma berpuas hati selepas menggunakan produk Shaklee. Satu testimoni terbaru daripada pelanggan saya dimana anaknya yang mengalami asthma, batuk teruk lalu diberikan Omega Guard.
  



Sebarang Pembelian @ Pertanyaan:




Call / SMS / WA :  017-6396124





Email saya:  ajotngu21@gmail.com
Add Fb saya : http://www.facebook.com/mamabatrisya untuk chatting secara langsung dengan saya
Klik Like di FanPage saya : http://www.facebook.com/SihatCergasAnggunCantik untuk mendapatkan DISKAUN HEBAT dan INFO PERCUMA

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yg mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Friday, 21 March 2014

Apa Itu Sawan? (Febrile Fit)




Pastinya ramai yang tertanya-tanya. Apakah itu sawan? Apa yang perlu dilakukan jika anak anda  mengalami sawan? Adakah demam sawan berulang? Apakah demam sawan sama dengan Epilepsi? Apa yang perlu dibuat sekiranya anak anda demam?


Jom kita baca artikel di bawah ini untuk pengetahuan bersama.


Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan. Demam sawan adalah sawan yang berlaku dengan suhu badan yang tinggi dikalangan kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 5 tahun.




Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Anak Anda Mengalami Sawan?

  • Baringkan anak anda secara mengiring sebelah kiri atau kanan.
  • Jauhkan anak anda daripada sebarang benda yang berbahaya atau tajam.
  • Jangan sekali-sekali memasukkan sesuatu ke dalam mulut anak anda semasa berlakunya sawan.
  • Jangan menampar, menggoncang atau mengurut badan anak anda untuk menyedarkan dirinya semasa sawan.
  • Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan.
  • Anak anda perlu diperiksa oleh doktor selepas berlakunya sawan untuk mengenalpasti sama ada terdapat sebarang jangkitan kuman pada otak.

 

Adakah demam sawan berulang?

Ya.
Kira-kira 3% daripada kanak-kanak yang mengalami demam sawan akan mendapat serangan yang sama. Tetapi risiko mendapat demam sawan berkurang apabila melebihi umur 3 tahun.
 

Adakah demam sawan sama dengan epilepsi?

Tidak.
Epilepsi ialah penyakit sawan yang berlaku tanpa demam dan biasanya berulang.






Apakah yang perlu dibuat jika anak anda demam?

  • Periksa suhu badan menggunakan jangkasuhu.
  • Buka pakaian anak anda untuk menurunkan suhu badan.
  • Rendahkan suhu bilik (pasang kipas angin/penghawa dingin).
  • Lakukan demahan dengan air suam pada keseluruhan tubuh untuk menurunkan suhu badan.
  • Jangan gunakan ketulan ais (air batu) untuk menurunkan suhu badan anak anda.
  • Beri minum air secukupnya.
  • Berikan ubat demam dengan dos yang betul. Sekiranya anak anda tidak boleh makan ubat, beri suppositori paracetamol setiap 6 jam sekali.
  • Bawa anak anda ke hospital dengan segera.



Rujukan:
www.Netdoctor.co.uk/febrile convulsion
www.healthguidedinfo.com/ febrile fits

Ihsan daripada:
Wad Pediatrik 4,
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)