Thursday 1 January 2015

Waktu Paling Mustajab Berdoa

Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH:



  1. Malam Lailatul-Qadar.
  2. Ketika Hujan Lebat.
  3. Ketika Akan dan Setelah Selesai Solat.
  4. Ketika Menghadapi Barisan Musuh di Medan Peperangan.
  5. Sepanjang Bulan Ramadhan.
  6. Di antara Azan dan Iqamah.
  7. Ketika Sujud dalam Solat.
  8. Ketika Iktidal Akhir dalam Solat.
  9. Ketika Khatam (Tamat) Membaca 30 Juz Al-Quran.
  10. Sepanjang Malam, Paling Utama Sepertiga Awal dan Sepertiga Akhir (Waktu Sahur/Solat Malam).
  11. Malam Jumaat dan Sepanjang Hari Jumaat Kerana Mengharapkan Bersua Dengan Saat Ijabah (Diperkenankan Doa) yang Terletak di antara Terbit Fajar hingga Terbenam Matahari pada Hari Jumaat.
  12. Di antara Waktu Zuhur dan Asar.
  13. Doa Sebelum Berbuka Puasa.


DOA HARIAN


"Ya Allah, muliakanlah orang yang sedang membaca doa ini. Lapangkanlah hatinya, bahagiakanlah keluarganya dan luaskanlah hatinya seluas lautan yang Engkau ciptakan. Mudahkanlah segala urusannya, kabulkanlah cita-citanya, jauhkan dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar dan jauhkanlah dari segala musibah. Terimalah semua amal ibadahnya dan kelak jadikanlah dia penghuni syurga-Mu."

Amin Ya Rabbal 'Alamin. 



DOA KETIKA MEMULAKAN TUGAS


"Ya Allah, aku memohon padaMu kebaikan pekerjaan ini dan segala kebaikan yang ada di dalamnya. Sesungguhnya di atas segala sesuatu itu Engkaulah Yang Maha Berkuasa menentukannya".

Amin Ya Rabbal 'Alamin.



 

No comments:

Post a Comment